🧢07

443 70 8
                                    




"sandwich dengan banana milk lagi?"

Taehyung hanya tersenyum.

"bidadari bagi hehehe"

"dah berapa lama dia buat keje ni?"

"siapa? keje apa?"

" cik bidadari kau tulah, dah berapa lama dia buat kerja amal tanggung kau makan minum ni?"

"ohh.."

Taehyung tersengeh malu.

"emm..adalah dekat 3 minggu"

Hana membuat reaksi terkejut. Pehh dasyat sehhh.

"tak jemu ke asyik makan minum tu je"

Taehyung yang masih senyum menggeleng comel.

"sepanjang hayat makan minum ni pun takpe"

"uishh, kau nak dia tanggung kau sampai tua ke?"

"hehehe..kalau dia sanggup, apa salahnya"

Hana memandang Taehyung pelik. Takde kerja agaknya rajin benar nak menanggung anak orang sampai ke tua.

Hana membuka bekal makanannya. Hari ni dia bawa roti telur bersama sosej potong. Sempat dia masak pagi tadi. Sepaket air vitegen dikeluarkan dari beg.

"wahh, bawa bekal"

Kata Taehyung. Dia nampak teruja. Muka pun penuh dengan harapan dia dapat menelan apa yang dia sedang lihat.

"nak ke?"

Tanya Hana.

"nak nak!"

Jawab Taehyung teruja. Hana tersenyum sinis.

"pergilah beli! hohoho"

Usik Hana lalu dia makan dengan lahapnya. Sengaja ditayang di hadapan Taehyung, buat kecur orang je.

Jelas wajah Taehyung hampa, sedih amat.

"hahahaha aku gurau jelah. Amiklah kalau nak"

Kembali tersenyum, Dia menolak cermin matanya ke atas sedikit barulah makanan Hana diambil.

"amacam? sedap tak?"

Taehyung mengangguk.

"kann, aku masak memang sedap tau"

Hana makan lagi sesuap.

Eleh, roti telur dengan sosej je pun. Berlagak macam masak kenduri.

Sedang mereka makan, mata Hana memerhati Taehyung dari atas sampailah ke hujung kasut.

Tahun bila punya baranglah dia ni pakai. Warna pun macam dah lusuh je. Ke memang style dia? ingat ni zaman bila nak pakai baju warna lusuh bagai ni? tak up to date langsung.

Matanya tertumpu pada rambut Taehyung.

"eh, rambut kau ni memang macam ni je eh?"

Tegur Hana spontan.

Taehyung yang sedang sibuk melantak terhenti seketika. Dia menyentuh rambutnya.

"macam nilah.. nak macam mana lagi?"

"takdelah, aku tengok dah macam mangkuk dah. Kau tak pandai nak bergaya sikit ke?"

"bergaya? bergaya macam mana? ni tak cukup bergaya ke?"

Hampir tersembur sosej yang sudah hancur dikunyah Hana. Bergaya tang mananya oi.

"pfftt, celah mana doh bergaya? HAHAHAHA"

Gelak Hana tanpa perikemanusiaan. Dah serupa beruk pun ada.

Hati Taehyung mengecil, pfft. Boleh eh mengecil. Dia terasa hati dengan kata-kata dan kelakuan Hana. Sama seperti kelakuan si pembuli.

Tawa Hana semakin perlahan bila dia perasan perubahan air muka Taehyung. Dia mula kembali normal, cuma tambah rasa bersalah.

"ehem..tak..aku bukan nak kutuk kau, aku bukan gelak—okay aku gelak tapi..."

Dia tidak tahu bagaimana ingin menyatakan apa yang dia rasa.

"..aku ingat kau buat lawak tadi so... aku gelak ah...sorry.."

Taehyung sedut air susu pisangnya kemudian dia tersenyum pahit.

"takpe, dah biasa"

Kata Taehyung perlahan.

Diam.

Kekok

Awkward

"aku rasa kau kena tukar penampilan kau"

Cadang Hana.

"tukar? kenapa pula?"

Garfu diletakkan di atas meja. Wajah Hana mula serious seperti mahu membincangkan masalah dunia yang tiada penghujungnya.

"okay before that, sorry to say lah kalau apa yang aku cakap ni bakal buat kau terasa tapi kau memang kena tukar penampilan kau. Kau tak rasa ke semua orang gelakkan kau sebab kau punya penampilan?"

"macam awak gelak tadi?"

"alah yang tu tak payah kiralah"

"entah, saya rasa saya okay je. Bukannya saya pakai baju atau seluar yang dah koyak rabak ke. Biasa je saya rasa"

Taehyung melihat baju dan seluar yang sedang dipakainya. Pada matanya, dia biasa saja. Tak pernah terfikir lagi lah nak berbogel ke apa.

"pada kau memanglah biasa, pada orang lain kau nampak..em sorry eh...nampak selekeh. Kot blazer besar, kemeja besar, seluar besar, lagi apa? cermin mata besar, beg pun besar. Adui apa ni beg pun macam budak gred satulah kau ni"

Hana membelek beg Taehyung tapi dirampas laju oleh tuan punya barang.

"biarlah. saya tak kacau orang lain pun"

Kata Taehyung sambil memeluk erat beg kesayangannya itu.

"masalahnya orang kacau kau. Buli. Kau tahu kan kau kena buli? sebab apa? sebab kau nerd sangat. Tukarlah."

Tipulah kalau Taehyung tak terasa tapi nak dinafikan pun, kata-kata Hana tu ada betulnya juga.

Dia diam. Hana masih menunggu jawapan dari Taehyung tentang pendapatnya. sambil dia laju minum air vitegennya yang ke tiga.

"em...takpelah, biar saya jadi diri sendiri jelah. Biarlah orang nak cakap apa"

Hana buat muka.

"weh terung...jap apa nama kau?"

"kim taehyung lah, apa terung"

"haa whateverlah, sekarang ni bukan masalah kau takkan jadi diri kau, kau jadilah diri kau tu sampai bila-bila pun cuma baju kau, seluar kau semua-semua ni aku nak kau tukar. Apa yang kau pakai, tu je tukar. Bukannya aku suruh kau tukar jantina pun haihh"

Sudahnya Hana pula yang stress. Dia makan sambil mulutnya terkumat kamit. Sambung membebel sedirian.

Taehyung hanya melihat kelakuan Hana yang saling tak tumpah seperti seorang ibu yang membebel pada anaknya.

Selama ni takde pula orang lain selain makcik Kim yang risaukan keadaannya, tapi makcik Kim ada juga cakap yang pakaian yang diberinya besar dan mahu membelikan yang baru tapi ditolak sekerasnya oleh Taehyung.

Takkan dibiarkan makcik Kim membazir duit lagi untuknya. Sudah banyak dirinya dibantu oleh keluarga Kim itu.

Dari dia merempat sampailah dapat bersekolah, semua atas jasa keluarga Kim.

"eh aku nak kena pergi bilik guru, terlupa pula aku aduh! okaylah aku chau dulu eh"

Kelam kabut Hana mengemas bekalnya.

"ni ada dua ni, kau amiklah, kbai!"

Air vitegen diberi pada Taehyung laju. Taehyung hanya menonton saja Hana yang gopoh hingga dia hilang dari pandangan matanya.

Dia menoleh ke arah air vitegennya. Memandangkan banana milk sudah habis, mari kita pelahap vitegen pula. Dia sedut gembira.

Dapat air free lagi hihihi

Budak Nerd Kepala Mangkuk || Transform ||Where stories live. Discover now