Langkah Hannah laju diatur ke dalam pejabat Taehyung. Sebiji alat perakam yang berbentuk pepijat diletakkan atau lebih tepat, disembunyikan di bawah meja Taehyung.
kreakk!
"Eh! Hannah buat apa dalam bilik Tae ni?"ujar Taehyung kehairanan apabila melihat Hannah yang sedang berpura- pura mengemaskan mejanya.
Dia agak pelik dengan perubahan sikap Hannah hari itu. Kebiasaannya, Hannah akan memberontak apabila disuruh mengemaskan biliknya.
"Tak ada apa- apa. Takkanlah tak boleh kemas bilik ABANG sendiri."ujar Hannah dengan menampalkan senyuman plastik. Dia membongkokkkan badan lantas berlalu keluar.
"Tak lama lagi, kau akan rasa penderitaan yang tak pernah kau dapat... Kim Taehyung. Ini balasan kau sebab merosakkan hidup aku."
•••••
"K— Kita buat apa di sini?"ujar Seoyun apabila Jungkook memimpin tangannya masuk ke dalam sebuah restoran pada pagi itu.
Jungkook ketawa kecil.
"Masuk restoran mestilah makan, tak akan masuk restoran jadi tempat pembuangan 'air'. Kita sarapan dulu dekat sini. Sarapan dengan kawan Kook boleh tak?"
Seoyun turut ketawa mendengarkan jenaka adiknya yang tidak seberapa dan dia menggangguk. Dia mengambil tempat di atas sebuah kerusi sebaik sahaja Jungkook menarik kerusi buat dirinya.
Jungkook mengambil tempat berhadapan dengan Seoyun lantas jam tangan miliknya yang terlilit pada pergelangan tangannya dilirik perlahan. Nampaknya, Hannah terlewat daripada waktu yang dijanjikan.
"Kita tunggu siapa ni?"
"Kawan— Oh itu dia!"Jungkook berdiri dengan serta merta apabila melihat kelibat Hannah yang menghampiri mereka dengan senyuman yang mekar.
"Hai Kook! Sorry lambat! Biasalah, trafik sesak!"dia melambaikan tangannya.
Seoyun memandang ke arah wanita yang berdiri bersebelahan dengan dirinya tetapi dia hanya nampak alis mata wanita itu sahaja.
"Tak apa, aku faham. By the way, ni kakak aku."ujar Jungkook sambil mengisyaratkan agar Hannah menyapa Seoyun. Tangannya dilekapkan pada perutnya agar Hannah memahami kenapa Seoyun tidak boleh bangun.
Hannah memahami apa yang Jungkook cuba sampaikan lantas dia berpusing sedikit dan menundukkan badannya.
"Hai, Kwon Hannah— F— Future wife T... Taehyung?"
Seoyun bingkas berdiri apabila dia dapat melihat wajah milik Hannah sepenuhnya.
"Kau! Kau adik jantan sial itu! Kook! Mari balik! Noona tak sanggup hadap wajah adik seorang lelaki yang bodoh!"bahu Hannah dilanggar kuat lantas Seoyun mengambil langkah untuk keluar daripada restoran itu.
Hannah terkedu. Tidak tahu apa yang sepatutnya dia lakukan.
"Siapa nama abang kau? A— Aku nak tahu."ujar Jungkook dengan memandang tajam ke arah Hannah. Dia berharap agar bukan nama Kim Taehyung yang disebut.
"Correction, bukan abang! Stepbrother. Kim Taehyung."
"K— Kita jumpa balik waktu lunch. Ada perkara yang perlu aku bincangkan."sekali lagi bahu Hannah dilanggar kuat. Bayangan Jungkook ditatap dengan perasaan kesal milik Hannah.
"Sebenarnya apa yang terjadi di antara Taehyung dengan Seoyun?"
•••••
"Abang kau mengandungkan kakak aku tapi tak nak bertanggungjawab. Aku kesal betul dengan sikap abang kau walaupun kau kawan aku, Hannah. Aku tak pernah kenal depan depan pun lelaki yang kakak aku cakapkan, aku pun sebenarnya tak tahu nama abang kau. Tak sangka."ujar Jungkook dengan kecewa.
Kecewa kerana abang tiri wanita yang dia cintai menjadi punca kesedihan kakaknya.
"A— Aku minta maaf Jungkook. Aku tak tahu dia buat perkara yang memalukan itu."Hannah menundukkan wajahnya.
"Kalau boleh diundurkan balik masa, mungkin aku akan halang kakak aku daripada jumpa si bangsat tu."
Hati Hannah berasa sakit apabila mendengarkan cemuhan Jungkook terhadap abang tirinya.
"Kook, aku betul- betul minta maaf."
"Kalau..."Jungkook memandang Hannah dengan pandangan yang mendatar.
"Kalau aku nak balas dendam terhadap dia... jangan halang aku. Dia dah rosakkan hidup kakak aku. Aku takkan segan nak bunuh orang yang kacau kebahagiaan orang yang aku sayang."Jungkook bangun dari duduknya dan berura- ura ingin meninggalkan tempat itu.
Hannah bingkas bangun.
"Jungkook! Kalau kau nak balas dendam.."Jungkook berpusing kembali. Memandang Hannah dengan kehairanan.
"A— Aku akan tolong. Aku akan balas dendam juga untuk kakak kau dan... aku."
"Kita.. bekerjasama."tangannya dihulurkan untuk bersalam dengan Jungkook. Ingin mengikat janji dendam yang mahu dilunaskan.
YOU ARE READING
Senpai『K.T.H』
Fanfic『⚠ MATURED CONTENT ALERT ⚠ 』 "I love you, senpai." ©BAEJIHEE STORYLINE ©fererorraraa ARTWORK 2018 WORKS Start: 10. 8 . 2018 End: -