5

7.6K 360 70
                                    

"Hannah, buka pintu ini."Taehyung beberapa kali memulas tombol pintu yang berkunci itu. Permukaan pintu juga diketuk sekuat mungkin.

"Hannah! Tae ini, bukalah pintu! Hannah!"bergegar pintu dibuatnya tetapi Hannah langsung tidak membuka pintu biliknya.

"Haih."lelaki itu mengeluh lantas berlari ke arah ruang tamu. Rak kunci yang tergantung pada dinding dibuka lantas kunci bilik Hannah dicapai.

klerk!

"Hannah— Ya Tuhan!"Taehyung berlari ke arah Hannah yang sedang terbaring di atas lantai. Kepala Hannah dipangku lantas tangannya dilekapkan pada dahi Hannah.

"Demam, apa yang patut aku buat?"

•••••

"She's fine. Encik bagi dia berehat beberapa hari dan saya akan bagi beberapa jenis ubat yang perlu dia ambil. Itu sahaja, jangan bagi dia stres ya? Saya takut, stres adalah punca demam dia."kata- kata yang meluncur keluar daripada mulut doktor membuatkan Taehyung mengeluh lega.

"Thanks, doktor. Boleh saya masuk ke dalam dan melawat dia?"tanya Taehyung sambil mengintai Hannah melalui tingkap bilik wad.

"Oh sure, pergilah. Saya pergi dulu."ujar doktor tersebut lantas melangkah pergi diikuti oleh dua orang jururawat daripada belakang.

Taehyung menghantar pemergian doktor tersebut dengan pandangan matanya. Baru sahaja dia ingin menolak pintu wad, lengannya ditarik.

"S— Seoyun..."

"Tae, Seo call Tae punya assistant dia cakap Tae ada dekat hospital. Kenapa? Tae sakit ke?"soal Seoyun sambil memegang pipi Taehyung.

"Uhm, taklah. Adik Tae yang sakit, Hannah."

"Tae, Seo ada sesuatu nak cakapkan."

"Apa dia? Penting sangat ke? Tae nak masuk ke dalam, nak tengok Hannah."

Mata milik Seoyun mula berkaca- kaca menahan tangis.

"T— Tae..."

"Seo mengandung... a— anak Tae."

•••••

Hannah yang mengintip perbualan Taehyung dan Seoyun, tersentak hati. Dia menyandarkan badannya pada dinding di sebelah pintu.

Taehyung sekadar mempermainkan dirinya dan dia adalah boneka kepada lelaki itu.

kreakkk!

"Han— Hannah! Buat apa di sini?"tanya Taehyung apabila dia terpandang Hannah di belakang pintu.

Badan Taehyung didakap.

"Tae, siapa Hannah dalam hidup Tae?"Hannah mula teresak- esak menangis pada bidang dada Taehyung.

Tangan Taehyung membalas kembali pelukannya dan sebelah lagi mengusap rambut Hannah.

"You... You are my everything, Hannah."

Senpai『K.T.H』Where stories live. Discover now