3

9.3K 397 34
                                    

Hai, jemput usha preview ff bipolar playboy yang bakal dibukukan tak lama lagi. hehe ♡

•••••

Jungkook membetulkan kaca matanya sambil memerhatikan banglo milik Hannah. Wanita yang dicintainya tetapi tidak pernah dirinya dipandang oleh Hannah.

Mungkin atas faktor dirinya yang malu untuk meluahkan perasaan cinta, lantaran itu Hannah tidak pernah menyedari kehadirannya.

"Em nak ketuk ke nak sepak?"Jungkook menggaru kepalanya. Risau jugak dia, kalau buat hal tiba- tiba mood Hannah melayan terus tengok dia. Ish, tak boleh jadinya.

ting tong! ting tong! ting tong!

Loceng rumah itu ditekan sebanyak tiga kali. Lama menunggu, akhirnya pintu rumah itu terkuak juga.

"Ya? Oh ni Jungkook eh? Kawan Hannah?"ujar Taehyung sambil menguap lantas mulutnya ditekup. Matanya ditenyeh banyak kali tanda masih lagi mengantuk.

Hai abang ipar. Kata- kata itu hanya bersarang di dalam hati Jungkook. Aish takut pula dia tengok muka Taehyung!

"Err, dae. Saya kawan Hannah, hyung. Dia ada ke tak di rumah sekarang? Saya sebenarnya uhm nak bincang pasal tawaran uhm kerja."Jungkook memberi alasan.

Kalau bagitahu Taehyung bahawa niat sebenarnya ialah mahu melepaskan rindu, agak- agaknya ada tak kasut melayan ke arah muka kacaknya?

Taehyung menggaru kepalanya. Nak bagitahu ke tak nak?

"Err dia ada, tapi uhm mood dia tak berapa okay. Still nak jumpa dia ke? Risau semakin teruk je."terselit sindiran di dalam kata- kata Taehyung.

Fuh Jungkook, sabar. Taehyung tak kenal lagi kot kau. Dia tak tahu kau ni bakal adik ipar dia, desis hati Jungkook.

"Err, tak apalah kalau macam itu. Saya balik dulu hyung, bye!"

•••••

Taehyung mengusutkan rambutnya. Benci betul dia terhadap perubahan sikap Hannah.

Sikit- sikit melenting. Sikit- sikit nak marah. Sikit- sikit dirinya dipulaukan. Peninglah.

"Janji tetap janji, aku kena jaga Hannah. Bukannya rosakkan budak itu! Ergh!"

Briefcasenya dicapai lantas dia menuruni tangga untuk ke dapur. Kelihatan Hannah sedang bersarapan seorang diri tanpa dirinya.

Cis, sial punya adik.

"Asal tak ajak Tae sarapan sekali?"lembut suaranya, sekadar berbasa- basi.

"Perlu ke ajak?"

"Perlu, Tae abang Hannah, so perlulah."

"Abang? Tch, kau bukan sesiapa pun dalam hidup aku termasuk abang. Aku anggap kau, seorang lelaki yang berjaya curi hati aku. Tapi itu semua dulu... aku benci kau sekarang."

"Tae bukannya macam lelaki lain, dan Tae dah ada calon isteri. Ke, Hannah nak bermadu? Tae boleh je."

Bermadu? Pipi Hannah membahang panas. Apa yang Taehyung cuba maksudkan ni?

"Apa yang kau cuba maksudkan ni?"

"Tak faham? Tak apalah. Btw, Tae orang kaya. Berduit. Hannah adik Tae, jadi tak perlu kerja as hantar bunga semua itulah. Tae mampu nak tanggung keperluan Hannah. Setakat baju dan barangan peribadi, Tae boleh beri duit."ujar Taehyung lantas menggigit sekeping roti.

Dia cuba untuk menyedarkan Hannah bahawa dia seorang abang. Abang kepada Hannah, bukannya lelaki asing.

"Correction, adik tiri. Kau tak payah buat baiklah dekat aku, aku tak termakan pun. Lagi satu, kau siapa nak aturkan kehidupan aku? Aku nak kerja, bukannya untuk duit. Kau fikir aku aku takkan dapat duit kalau tak bekerja? Heol, no! Syarikat kau itu, syarikat parents aku jugak. Aku ada hak 30% syer syarikat itu! Tak perlu pun bergantung kepada kau untuk mengharapkan duit!"Hannah mula meninggikan suara menyebabkan Taehyung mula tercabar.

"Hannah! Apa yang Hannah cakapkan ni, sedar ke tak?! Tae abang Hannah walaupun abang tiri! Tanggungjawab Tae untuk menanggung kehidupan Hannah! Tae tahu, Hannah sebenarnya lebih berhak ke atas syarikat itu, tapi Hannah sepatutnya belajar lagi! Belajar di universiti, capai cita- cita Hannah! Hannah faham ke tak ni?"Taehyung mula berdiri. Amarahnya jugak sudah sampai kemuncaknya.

Dia cuba untuk berlagak dia tidak terkesan dengan kata- kata kasar Hannah selama ini, tetapi semakin lama dibiarkan...

Hannah semakin menjadi kurang ajar. Adakah seorang gadis yang baik bercakap kurang ajar seperti ini dengan abangnya sendiri? Taehyung kecil hati dengan sikap Hannah.

Hannah mengeluh lantas dia berdiri.

"Tae... Hannah penat. Penat kejar Tae, penat dengan layanan Tae. Hannah—"ujar Hannah dengan lembut. Tiada perkataan kasar seperti 'kau' dan 'aku'. Dia ingin menghabiskan ayatnya tetapi Taehyung terlebih dahulu memotong.

Sakit hati.

"That's it! Tae balik kerja petang nanti, siap Hannah! Hannah akan nampak sisi Tae sebenarnya!"

Senpai『K.T.H』Where stories live. Discover now