Tak perlu diucap
Sudah terzahir dari gayamu
Meski sesibuk apapun kamu
Namun aku tahu,
Jelas kau seringkali teringatkan aku
Kan?
Bukan mahu perasan diri
Tapi aku sedari itu
Lama kau menghilang
Sepi tanpa khabar berita
Kemudian munculnya kamu
Bertanya pelbagai perkara
Seolahnya aku yang pergi
Hilang dari kamu
Kamu risaukan aku ya?
Tiada khabar dariku?
Aku cuma tidak mahu mengganggu kamu
Aku baik-baik saja
Usah risau
Cukup aku tahu
Kau selalu ambil berat soal aku
Walau dalam diam
Jelasnya aku tahu saja
011118 // 1229am
YOU ARE READING
Rant Note
PoetryJust a bit rant through words As I don't know how to spill it out loud to people
