Tiba Masa

7 0 0
                                    


Tiba masa tuk aku lepaskan

Tiba masa tuk aku kembali kepada aku yang dulu

Tiba masa untuk aku lepaskan kau...

.

Tapi kenapa kau tidak mahukan itu

Malah kau halangi aku

Membiarkan kamu dengan hidup kamu

Kau malah tidak mahu aku pergi dari hidupmu

.

Namun mengapa gaya kau seolah meminta aku 

Tuk melepaskan kau

Tuk tidak lagi ambil berat pasal kau

Tuk bebaskan kau dengan gaya hidup kau

.

Ya, aku menapak ke belakang

Mengundur diri

Membiarkan kau dengan hidup kau

Tanpa diganggu oleh aku lagi

.

Hingga tiba masa kau perlukan aku lagi

Ya, aku sentiasa ada di sini

Carilah aku tika kamu perlu

Yang pasti , aku tidak akan menganggu kamu lagi

.

Cukup sampai di sini

Aku menyusahkan diri

Memikirkan hal kau yang kini

Berubah diri dan hati

Seoalah mula menapak pergi

Usah dikhuatiri

Aku yang akan memulai

Langkah untuk menapak pergi

Tidak lagi menghiraukan diri

Moga kamu buat yang terbaik untuk diri sndri

Kerna aku kini

Sudah tiada lagi di sisi


151118 // 0953am

Rant NoteWhere stories live. Discover now