Sabar
Kamu tidak tahu
Betapa sabarnya aku
Tika bersama kamu
Kamu tidak akan pernah tahu
Betapa banyak kesabaran yang aku perlu bina
Untuk menghayati kisah hidupnya kamu
.
Ya mungkin bagi kamu
Kau yang banyak bersabar dengan aku
Aku yang memaksa kamu bersabar dengan aku
Ya itu betul
Tapi aku malah tidak sedar
Bahawa aku juga malah lebih banyak bersabar dari kamu
Aku turunkan ego
Aku bina kesabaran yang tinggi
Hanya untuk memahami hidupnya kamu
Aku sabar
Tiap kali aku terasa aku sabar
Tiap kali aku geram aku sabar
Tiap kali aku rasa unfair aku sabar
Tiap kali aku nak tegur aku sabar
Kerna aku tau
Kau juga manusia
Punyai jalan hidup yang berbeza
Dan aku belum tahu hal itu
Justeru bagi aku hanya sabar
Dan terus bersabar
Walau apa pun yang kamu lakukanNyata
Aku bukanlah aku
Aku bukanlah aku yang sentiasa kisah
Aku yang sudi bertanya walau tanpa jawapan
Aku yang sering bercerita walau tanpa balasan
Aku yang seringkali memberi walau kamu mendiam
Nyata itu bukan aku
Aku paksa diri keluar dari comfort zone aku
Dan aku bukan begitu dengan semua
Sungguh ia juga menguji kesabaran aku
Meski kamu tidak prnh tahu
Sungguh sesabar2nya kamu
Yang kamu sgka aku memaksa kamu menjadi penyabar,
Malah aku lebih lagi
Memaksa diri sendiri bersabar
Hanya saja kamu tidak tahu
Tidak pernah tahu
Sabar090519 // 1156pm
YOU ARE READING
Rant Note
PoetryJust a bit rant through words As I don't know how to spill it out loud to people