4 Nov

7 0 0
                                    


Kini,

Genap 4 tahun sudah

Dari tarikh keramat itu


2014 - 2018

Sungguh banyak bezanya

Salam takziah buat diri sendiri

Kini tinggal kenangan

Atau masih setia di sisi?

Tanya diri sndri kepada iman di hati

Astaghfirullah


Andai aku tau beratnya ia

Nescaya aku tak akan mulakan langkah ini

Dari awal lagi

Namun, kini segalanya sudah berakhir

Tiada yang dapat disesali lagi


Iya, tiada gunanya menyesal kini

Namun terfikir kan betapa beratnya ia

Betapa dosa berkali ganda

Kadang buat aku menyesal berkali-kali

Menanggung akibat perbuatan sendiri


Tiada yang mampu diungkapkan lagi

Malah sudah 4 tahun aku mendapat gelaran itu

Tinggal kenangan atau masih setia?

Doakan aku

Usaha yang termampu

Sudah berpenat lelah mencapainya

Adakah mahu diabaikan saja?


Doakan aku

Istiqamah dgn dia di sisi

Aku cuba semampu aku

Meski kadang aku lalai dan malas

Namun aku sentiasa sedar

Akan hakikat seorang seperti aku

Kita tidak sama dengan yang lain

Dan tidak akan pernah menjadi sama


Moga aku setia dengan dia

Dia penerang hidupku

Pegangan utamaku

AlQuran Kalamullah

Moga aku setia dengan Al Quran

Astaghfirullah

InshaAllah


011118 // 0834pm

Rant NoteWhere stories live. Discover now