Sungguh aku rindu
Rindu akan zaman di mana
Maksiat di luar budaya
Rindu waktu ketika
Dosa belum lagi menjadi biasa
Nasihat yang berhikmah mampu membuka hati dan minda
Namun kini
Segalanya mulai terabai
Maksiat kini diterima ramai
Malah menjadi tular dan disokong ramai
Hukum Tuhan dipandang mamai
Hadis Nabi katanya tertinggal zaman
Astaghfirullah
Ya, aku terkilan
Hukum Tuhan dibuat main
Dalil Quran disalah tafsir
Hadis Nabi ditinggal main
Sungguh aku terluka
Akal aku terdera
Jiwa aku terseksa
Hati aku terluka
Perit..pedih..seksa..
Mana hilangnya pegangan yang nyata
Kepada agama yang sejahtera ?
Ya Rasulullah
Aku mahu hidup di zaman mu
Aku ingin Dikau masih di sini
Menyampaikan ajaran yang benar sebenar-benarnya
Kepada mereka yang mula mengabaikan sunnah mu
Yg mula menidakkan hadis mu
Yg mula mencipta hukum baru
Agar mereka tahu
Bahawa Islam itu syumul
Islam agama yang utuh
Hukumnya tetap berdiri teguh
Al Quran dan hadis pedoman nombor satu
Agar kembali ke jalanMu yang satu
141118 // 0842am
YOU ARE READING
Rant Note
PoetryJust a bit rant through words As I don't know how to spill it out loud to people