Title : Cincin pelik / bad dreams / petunjuk
Genre : idk 😂
Sinopsis :
asal ja aku pakai cincin tu, mesti banyak benda buruk berlaku.
Penerangan :
Seorang perempuan ni balik ke rumah lama keluarga dia yang dah ditinggalkan. Dia datang melawat je lah.
Rumah tu tetap bersih walaupun dah bertahun-tahun ditinggalkan sebab dia upah orang untuk bersihkan rumah tu setiap minggu.
Masuk je ke rumah tu terus dia cek semua barang di rumah tu sampai lah dia jumpa satu kotak yang pelik. Bila dia buka kotk tu, ada satu cincin emas yang simple kat dalam kotak tu so tanpa pikir panjang dia pun mengambil cincin tu dan menyarungkan cincin tu di tangannya.
Sejak dia memakai cincin tu banyak benda yang berlaku terutamanya dia kerap mimpi buruk.
Dan tanpa dia sedar mimpi tu adalah satu petanda untuknya.
Petanda untuk mengetahui mengapa, bila, dan dimana keluarganya.. Kerana keluarganya telah lama menghilang dan disebabkan tu la dia meninggalkan rumah keluarganya kerana disitu ada banyak kenangan manis bersama keluarganya.
YOU ARE READING
Story Ideas
RandomDisini tempat untuk aku menghamburkan segala idea yang pelik pelik dll ??? Biyutipul kaver bai @taesty_ at BeautyFool Graphic Shop [ YOLO IN ] ?