Prolog

2.6K 112 7
                                    

"Zahra..."
"Zahra..."

Silih berganti namaku diseru. Dapat aku dengar bunyi ambulans melatari, suara tangisan, raungan dan suasana yang diselubungi aura kesedihan. Tubuhku juga ku rasakan ditolak pada arah yang aku sendiri tak dapat pastikan. Apa yang pasti, aku tak mampu bergerak, aku rasakan kesakitan yang perit, suasana yang ku lihat juga gelap, aku tak dapat bersuara namun air mataku sedikit demi sedikit mengalir.

"Zahra, tolong bangun Zahra. Jangan tinggalkan mama dengan papa.." seruan itu, suara itu.. mama!

Mama, Zahra takkan tinggalkan mama. Zahra nak teman mama sampai hari Zahra tua. Zahra dah janji yang Zahra taknak tinggalkan mama.. aku mahu bersuara namun mulutku seakan terkunci untuk meluahkan itu semua.

"Ma..ma..." perlahan aku sebut namun urat wajahku terasa sakit bagaikan ada yang menekan. Aku yakin, tak ada siapa yang mampu mendengar apa yang aku bisikkan.

Walaupun mama sekalipun..

"Maaf puan, tuan.. Saya harap tuan dan puan dapat berikan kerjasama.." aku dengar suara garau itu menerpa. Namun, sayup-sayup. Lama-kelamaan suara itu tenggelam dek bunyi mesin yang aku sendiri tak tahu datangnya dari mana.

Degupan jantungku terasa laju, badanku juga terasa lemah. Kepalaku makin sakit, nafasku juga makin sesak.

"Doktor, bekalan darah kumpulan O- sekarang makin berkurangan. Kita perlukan bekalan tersebut sekarang. Keadaan pesakit kini dalam keadaan kritikal."

"Periksa sekali lagi atau dapatkan penderma dengan segera. Kalau tidak.. dia.."

Hanya itulah perkara terakhir yang aku dengar sebelum aku tutup mata sepenuhnya.

Mungkin ke... aku sudah mati?
...

Ttttt..Tttt!!!

Deringan telefon pintarnya menjedakan tindakannya serta merta. Lipstik merah yang baru saja mahu dioles ke bibir tebalnya juga diletakkan ke atas meja solek lalu langkahnya diatur menuju ke katil. Telefon yang masih mendengangkan lagu segera dicapai apabila si pemanggilnya sudah dia pastikan.

Tanpa sedar, senyum nipisnya terukir. Yurp, hati siapa saja yang tak berbunga jika si empunya jiwa yang buat panggilan?

Mau suka gamatnya!!!

"Bieyyyy...!!" suara serak manjanya melatari.

"Sayanngg. Dah siap ke?" suara garau menyapa halwa telinganya. Makin lebar senyumannya apabila panggilan sayang itu dihadiahkan untuknya.

"Tengah siap-siap ni. Biey dalam perjalanan ke? Or.. baru aje nak gerak?"

"I'm on my way. In a minute, I tunggu you depan rumah. Jangan lambat, okay?" lembut suara garau itu membalas. Serta-merta panggilan itu dimatikan.

Telefon pintar yang tadinya dilekap ke telinga, ditarik lalu dibeleknya. Senyum penuh maknanya terukir tatkala panggilan "Bibieeyyy♥️" berada di senarai panggilan teratas.

Tak sabar rasanya dia mahu meluangkan masa sepenuhnya dengan lelaki itu hari ini. Hati kecilnya sudah bersorak gembira.

Serentak itu, dia memperkemaskan wajahnya. Lipstik dioleskan, bedak jenama Wardah disapu nipis di atas kulit wajahnya dan tak lupa juga eyeliner sebagai pelengkap serinya hari ini.

Setelah memastikan gayanya sudah cukup sempurna, terus saja dia mencapai beg tangan jenama Louiisss Vuittion yang berada di atas katil. Diselitkan di celah lengan tangannya yang sedikit sasa.

Sambil membelek telefon pintarnya, langkahnya dihayun menuju ke tingkat bawah rumah Villa tiga tingkat itu. Sesekali rambutnya dimainkan. Senyumannya tak lekang tatkala membayangkan hari yang bakal dilaluinya nanti.

Berpegangan tangan, berpelukan, shoppingg, kejutan.. urm, well manisnya bercinta lah kan?!

Engku Fattah Ridhzwan, lelaki kacak yang menjadi dambaan ramai wanita tak terkecuali juga dia. Dan, betapa bertuahnya dia.. dalam banyak- banyak perempuan, lelaki lembut seperti dia menjadi pilihan jejaka tampan itu. Nampaknya, dialah yang paling lawa walaupun secara alami nya.. dia adalah seorang lelaki.

Pfft.. memikirkan dia seorang lelaki, sudah cukup buat dia muak. Bukan kehendaknya untuk menjadi seorang lelaki!

"Ezrul!!" sentakan suara nyaring itu menjedakan langkahnya.

Dia kenal suara itu. Lagipun dalam rumah ini hanya ada dua orang saja yang menetap. Dia dan mamanya. Kalau bukan dia yang menjerit.. pasti mamanya.

"What, ma???" jawabnya malas. Tubuhnya masih membelakangi wanita itu.

Datin Mardhiah yang bertelekung putih sudah luluh hati melihatkan penampilan anak terunanya itu dari belakang. Dengan gaun singkatnya yang menampakkan peha, rambut panjang yang mengurai, beg tangan.. sungguh anak terunanya itu menidakkan takdir Tuhan.

"Kamu tukar baju kamu tu sekarang! Pakai macam mana orang lelaki pakai, Ezrul!!" arah Datin Mardhiah sudah lantang. Tanpa sedar, tangisan nya juga sudah terhambur.

Sebak hatinya tatkala melihat betapa gagalnya dia membesarkan anak yang dikandungnya selama sembilan bulan. Bertambah pula dugaannya apabila suami yang dia cintai pergi selepas sebulan dia melahirkan. Yurpp, anak terunanya itu dibesarkan hanya dengan kudratnya seorang.

"Dahlahh ma.. Ezy dah lambat ni. Ezy pergi dulu." pamitnya langsung tak menurut.

Dia betah melangkah keluar. Laungan Datin Mardhiah tidak dipedulikan nya. Dia dapat rasakan mamanya itu mengejarnya daripada belakang. Kerana itu, makin laju dia pergi. Sehinggalah..

"Ez... rull...." lemah.

Laju dia menoleh ke belakang tatkala melihatkan tubuh ibunya sudah tersungkur menyembah lantai bata di halaman rumah mereka. Tersentak. Segera dia dapatkan sosok itu lalu kepala wanita itu disandarkannya ke riba. Kecil saja mata wanita itu memandang ke arahnya.

Senyum tipis wanita itu terukir. Lemah tangannya diangkat lalu pipi anak terunanya itu diusap.

"Ezrul..."

Tak semena air matanya mengalir. Hatinya pilu tatkala melihatkan raut lemah itu dalam pandangan matanya. Tangan wanita itu dipegangnya erat. "Mama.. jangan macam ni, ma."

"Mama sayangkan kamu nak.  Mama taknak kamu jadi macam ni. Jadi selayaknya kamu.." tuturnya lemah. Dalam bicaranya, ada rasa sakitnya ditahan.

Dada yang sakit dipegangnya. Raut wajahnya yang berkerut cukup menggambarkan tahap kesakitannya ketika itu. Tak dapat nak digambarkan melalui kata-kata.

"Mama... jangan cakap macam itu. Mama.." masih merintih nadanya. Berharap saat itu bukanlah yang terakhir baginya.

"Ezrull.." makin tenggelam suara nya sebelum akhirnya matanya terpejam rapat. Tangan yang berada dalam genggaman Ezrul juga turut longlai.

Terbelalak mata Ezrul. Air matanya makin deras mengalir. Beberapa kali sebutan mama itu meniti. Berkali juga bahu wanita itu digoncangnya namun tiada sebarang tindak balas yang dilihat.

"Mamaaaaa!!!!!!!"

Jangan tinggalkan Ezrull..
...



Bukan Cinta SempurnaWhere stories live. Discover now