Kampung

906 88 13
                                    

     "Semua barang sudah masukkan?" Soal Papa Yusuf.

     "Sudah."

     "Ok,kita gerak sekarang. Baca doa naik kenderaan semua.."

     Kereta Starex putih bergerak melepasi pagar rumah banglo tiga tingkat.

       'سبحان الذى سخرلنا هذا وما كنا له مقرنين وانا إلى ربنا لمنقلبون'.
    
     Humaira membaca doa dengan perlahan. Begitu juga yang lain.

     Walaupun masing-masing ada kereta sendiri, mereka memilih untuk guna satu kereta sahaja. Humaira duduk di seat paling belakang.

     Perjalanan dari Selangor ke Johor mengambil masa lebih kurang 5 jam.

     Segannya lah Humaira ikut keluarga orang balik kampung. Tak pernah-pernah nya selama ni.

     Seperti biasa, Humaira terlelap. Dia kini lena dibawa mimpi yang indah. Kadang kala dia akan bermimpi berada di dunia anime dan mempunyai kuasa seperti cerita-cerita yang pernah dilihatnya. Kalau boleh, dia mahu kekal di dunia itu dan tidak mahu bangun. Namun apakan daya, ianya hanyalah khayalan semata. Dia sedar bahawa meminati sesuatu pun ada batasnya.

     Humaira tersedar dari tidurnya apabila merasakan kereta yang dinaikinya berhenti. 'sudah sampai ke?'. Kelopak matanya dibuka perlahan.

     Rupa-rupanya mereka singgah di kawasan R&R untuk mengisi perut. Baru Humaira perasan perutnya sedikit pedih minta diisi.

     Humaira melihat jam di tangannya. Pukul 9.30 pagi. Lebih kurang sejam dia tidur. Perjalanan masih jauh.

     Kawasan R&R sentiasa sesak terutamanya pada waktu cuti. Setelah memerhati sekeliling, mereka menjumpai ruangan kosong yang sesuai dengan bilangan mereka.

     Usai makan, Humaira menemani Mama Roha ke tandas.

     "Aira ok? Dari tadi senyap je. Mama harap Aira selesa dengan kami. Anggap sahaja macam keluarga Aira sendiri. Ok?" Dalam perjalanan ke tandas, Mama Roha bersuara.

     Humaira melemparkan senyuman. "Aira ok je. Cuma segan sikit sebab ada lelaki. Aira fikir diorang belajar."

     "Oh Mama minta maaf. Kan adik Mama nak kahwin jadi semestinya dua orang itu balik. Sebab diorang rapat dengan adik Mama. Tapi Mama cakap kat umi Aira yang anak-anak Mama belajar pula. Mama lupa." Mama Roha serba salah.

     "Eh tak apa. Aira tak biasa je." Humaira memberikan senyuman manis.

     Humaira memuji tandas di R&R. Sentiasa bersih dan selesa. Besar pun besar.

     Sedang dia membetulkan tudungnya di hadapan cermin, telefon bimbitnya berbunyi.

     Ada orang call.. unknown.

     'Siapa?' butang hijau ditekan.

     "Hello?"

     "Kau kat mana?" Kedengaran suara seorang lelaki.

      "Kenapa?" Dia kenal suara itu. Sengaja dia tidak menjawab pertanyaan tersebut. Takkanlah hendak kata dia kat tandas kot.

     "Kitorang tunggu kat kereta. Nak bertolak dah. Cepat sikit."

     "Oh ok." Talian dimatikan. 'kenapalah dia yang call aku?' Humaira mengeluh perlahan.

************************************

     Aeril menamatkan panggilan. "Haih tak pasal-pasal aku yang kena call dia!"

     "Sorry bro, kredit Along dah habis. Hendak buat macam mana? Papa pun sama. Haha." Arief tersengih.

     "Mama pun satu. Dah tahu nak berjalan jauh charge lah telefon tu dulu. Ni orang call dapat voice mail je. Haih." Bebel Aeril.

     "Alahai Aeril. Yang kamu bising-bising kenapa? Suruh call si Humaira je pun. Kalau tak call, mahu taknya berjam mereka cari kita." Ujar papa.

     "Yalah yalah." Aeril memandang ke luar tingkap kereta.

     Arief memandang adiknya itu dengan pandangan pelik. 'Kenapa Aeril marah sangat ni? Humaira ada buat sesuatu yang Aeril tak suka ke?'

     Pandangannya beralih ke luar tingkap. Kelibat Mama dan Humaira kelihatan mendekati kereta yang mereka naiki.

     Perjalanan ke Johor disambung kembali.

************************************

     Pada pukul 1.50 petang, mereka telah sampai ke destinasi.

     Humaira terkesima. Tidak berkelip matanya menyaksikan pemandangan yang terbentang di hadapannya kini.

     Sebuah rumah kayu yang besar lagi cantik dikelilingi sawah padi yang menghijau menambahkan lagi keindahan kawasan itu.

     "Assalamualaikum.." Laung Papa Yusuff.

     "Waalaikumussalam.." sahut seseorang dari dalam rumah.

     Tidak lama kemudian, muncul seorang nenek perlahan-lahan menuruni tangga rumah kayu itu.

     "Tok Ma apa khabar? Sihat?" Tanya Arief.

     "Alhamdulillah. Sihat-sihat orang tua la." Nenek itu senyum. Semua yang lain ketawa.

     Kami menyalami Tok Ma. Sikap Tok Ma yang sentiasa ceria itu menghilangkan rasa kekok dalam diri Humaira. Dia begitu senang sekali.

     "Oh inilah anak angkat sementara kamu, Roha?"

     Mama Roha mengangguk sambil tersenyum. "Kenalkan, ni Humaira. Anak kepada kawan Roha."

     Humaira menyalami tangan Tok Ma buat kali kedua. Namun, Tok Ma tidak terus melepaskan tangan Humaira. Sebaliknya dia menggenggam erat tangannya.

     "Ha.. sudah pilih mana satu yang berkenan di hati?" Sakat Tok Ma.

     "Pilih?" Humaira tidak faham.

     "Kamu kawan Aeril dan Arief sedari kecil, kan? Takkan tak ada seorang pun yang bertandang di hati kot?" Kata-kata Tok Ma itu didengari oleh semua yang ada di situ. Termasuklah Aeril dan Arief.

     Serentak dengan itu, Humaira tunduk menahan malu. Beberapa saat kemudian, Humaira menggeleng.

     "Mana ada. Kami kawan sahaja. Itupun sudah lama sangat tak jumpa. Jadi, mustahil nak ada perasaan 'suka' tu." Sengaja Humaira menekankan perkataan 'suka' itu.

     Dia sememangnya sudah lama tidak mempunyai perasaan suka kepada seseorang lelaki yang bergelar manusia. Ini kerana, perasaan suka itu selama ini diberikan sepenuhnya kepada watak-watak anime yang diminatinya.

     Kerana apa? Kerana watak anime yang walaupun hanya sekadar karakter yang dicipta oleh manusia, karakternya lebih sempurna jika dibandingkan dengan karakter di real life. Sekurang-kurangnya dia tidak akan kecewa apabila meminati mereka.

     Ini berdasarkan kisah kawan Humaira  yang dahulunya begitu fanatik dengan artis dari Amerika. Namun, berita telah tersebar bahawa artis yang diminatinya itu terlibat dengan konspirasi haram yang menindas kaum wanita. Maka setelah kekecewaan itu, kawannya bertekad untuk tidak lagi meminati mana-mana artis. Kerana manusia itu tidak sempurna.

     Arief tergelak mendengar usikan Tok Ma. Manakala Aeril tidak memberi reaksi langsung.

     "Too bad.. Hahaa Tok Ma bergurau je. Ha Marilah masuk!"  Amboi Tok Ma ni siap dengan slang English dia.

     Mama Roha yang mendengar ketawa. "Ada-ada sahaja Tok Ma ni."

     "Mama, bila majlis akad nikah berlangsung?" Tanya Humaira yang sedang menaiki tangga.

     "Malam ni. Di surau An-Nur" Ujar Mama.

************************************

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now