Salah Faham

870 114 15
                                    

Pagi itu, Humaira mengambil peluang untuk jalan-jalan di sekitar kampung melintasi sawah padi. Seperti biasa, dia akan meminta izin daripada Mama Roha terlebih dahulu.

"Aira, bahaya nanti jalan sorang-sorang. Sekarang ni kan macam-macam boleh jadi." Risau Mama Roha.

"Alaa Mama, sekitar sini je Aira pergi. In Shaa Allah tak ada apa-apa. Aira bacalah doa pelindung diri." Pujuk Aira.

Ha.. tahu tak doa pelindung diri tu yang mana? Meh author kasi tahu:

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Maksudnya : Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Biasa dengar kan doa ni? Bolehlah sentiasa amalkan untuk lindungi diri dari segala mara bahaya. :)

Mama Roha kelihatan masih risau. "Apa kata kalau Mama suruh Arief atau Aeril temankan? Sekurang-kurangnya rasa selamat la sikit ada orang lelaki teman." Cadang Mama.

Ish Mama ni. Takkan nak suruh lelaki teman Aira, berdua-duaan pula tu. Dah macam pasangan couple dah orang tengok nanti. Haromm

"Eh takpe takpe. Aira pergi sorang-sorang je. Nak jogging sikit. Mama doakanlah yang baik-baik untuk Aira ye?." Cepat-cepat Aira salam tangan Mama Roha sebelum berlalu keluar dari rumah.

Mama Roha menghela nafas. "Aira, Aira."

Humaira melihat jam di tangannya. Pukul 7.34 pagi. Masih awal. Dia mengenakan baju muslimah dan seluar track. Juga tudung sarung sederhana labuh.

Mungkin akan ada yang fikir, "kuno nya nak bersenam pun pakai baju muslimah bagai." Haha ada Humaira kisah? Dia selesa pakai baju besar-besar. Aurat pun terjaga.

Sambil berjoging, dia tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pemandangan yang indah di hadapan mata. Pemandangan hijau yang begitu segar. Dia pernah terbaca satu artikel ni, antara tips penjagaan kesihatan mata adalah dengan melihat pemandangan hijau.

Ini kerana kebanyakan orang yang berbuat demikian berpendapat, mata mereka terasa lebih relaks. Makanya, pandanglah tumbuh-tumbuhan hijau selalu untuk kesegaran mata. :) Dah macam buat hipotesis dalam eksperimen sains kan? Hahaa

Setelah berjoging agak jauh, Humaira mengambil keputusan untuk berpatah balik. Kali ini, dia hendak jalan-jalan sahaja.

Sebuah kereta Viva merah melintasi Humaira. Hon kereta dibunyikan. Terkejut Humaira dibuatnya. Ah sudah! Kenapa pula nak hon kat aku?

Humaira buat tak tahu. Pandang pun tidak. Langkahnya dicepatkan. Dalam hati tak putus-putus berdoa.

"Oii!" Laung seseorang. Kereta tersebut berhenti betul-betul di belakang Humaira.

Memang taklah aku nak pandang kau walau kau panggil sekalipun! Gila ke nak jawab bila stranger sahut!

"Ishh." Kedengaran orang itu mendengus. Bunyi pintu kereta dibuka kedengaran. Semakin kecut perut Humaira dibuatnya. Dia masih meneruskan langkah.

"Humaira, ni akulah! Oii!"

Eh stranger ni panggil nama aku la. Orang yang aku kenal ke? Humaira menoleh belakang.

Selepas itu Humaira buat muka. Laa dia rupanya! Ish buat saspen je! Ingat penculik mana la nak tangkap aku pagi-pagi buta ni. Haha perasan je lebih. Penculik mana nak tangkap orang macam Humaira ni? Bukannya artis ke orang kaya ke apa. Buat bazir tenaga duit minyak jelah bersusah payah nak tangkap aku.

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now