Special: Arief

765 95 7
                                    

     "Along.."

     ...

     "Along.."

     Senyap. Panggilannya tidak disahut.

     "Along!"

     Seorang lelaki yang sedang menikmati minum petang itu tersedak sedikit. Kepalanya pantas menoleh ke sebelah kanannya.

     "Ya Ril? Kenapa?"

     Aeril memandang lama abangnya itu. "Termenung apa?"

     "Huh?"

     "Yelah orang panggil dia banyak kali tak jawab. Padahal duduk sebelah je."

     "Oh ye ke? Haha sorry sorry." Arief menggaru kepalanya yang tidak gatal.

     "Fikir apa?"

     "Amboi adik Along ni. Mimpi apa tiba-tiba nampak caring semacam?" Arief ketawa geli hati.

     "Ish dia ni... Terfikirkan kata-kata papa semalam ke?"

     Arief yang sedang ketawa itu terdiam. Dia menunduk sedikit.

     "Hmm mungkin."

     Mereka sama-sama menghela nafas.

     "Along dah sedia?"

     Aerif tunduk memandang kakinya.

     "Entahlah.."

     "Dah ada ke belum calonnya?"

     "Along ada tertarik dengan sorang perempuan ni, tapi tak pernah pula terfikir nak jadikan isteri. Ala biasalah mainan perasaan kan.." Arief mengeluh.

    "Hmm cari jelah sesiapa pun, orang kata cinta lepas kahwin tu lebih indah ha!"

    "Cakap senanglah. Tak semestinya indah, tak pasal-pasal baru je lepas kahwin minta cerai. Alasannya sebab tak ada perasaan cinta."

     Aeril senyap. Betul juga.

     "Along terfikirkan satu benda ni. Yang Along ada janji nak lindungi dia sentiasa. Tapi janji tu dah lama.. Waktu kecil." Arief memandang adiknya.

    "Valid lagi ke sampai sekarang?" Seloroh Arief.

     Aeril ketawa. "Wah siapa orang yang bertuah tu?"

     Arief angkat kening sebelah. "Laa ingatkan tahu. Aeril kenallah orang tu. Cer teka."

    Dahi Aeril berkerut. Dia kenal? Dia cuba mengerah otak mengimbau zaman kecilnya.

     "Sarah?"

     Arief geleng.

     "Hawa?"

    Geleng lagi.

    "Siapa?" Aeril kelihatan sudah mengalah. Nampaknya dia benar-benar tidak ingat.

     Arief ketawa geli hati melihat adiknya beriya hendak tahu.

     "Kalau tak ingat tak apa.. biarlah rahsia~" Dia bangkit dari tempatnya lalu bergerak menjauhi Aeril.

    "Nak siap-siap pergi meminang.." Arief berkata selamba sambil tangan kanannya melambai dalam keadaan membelakangi Aeril.

     Aeril tergelak. Along ni suka buat lawak dan pastinya sesiapa yang mendengar akan terhibur. Yang lagi menarik kerana lawak itu bukan lawak bodoh.

      Haih Along Along. Saje je buat dirinya tertanya-tanya tanpa jawapan.

      Dia kembali menyandar pada kerusi untuk merehatkan badan. Dia sememangnya sudah siap memakai baju melayu biru cair. Dia tahu Arief juga hendak bersiap-siap untuk solat Jumaat.

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now