Kem

780 99 24
                                    

Berkat bantuan Nabilah, aktiviti kem tingkatan lima dapat diteruskan seperti yang dirancang. Dilakukan pada bulan Ramadhan, ketika umat Islam di seluruh dunia menunaikan rukun Islam yang ketiga, iaitu berpuasa.

Pada petang Jumaat, para pelajar tingkatan lima mula menghadirkan diri ke sekolah dan terus mendaftarkan diri sebelum dikumpulkan untuk mendengar taklimat ringkas tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang perkhemahan 3 hari 2 malam di sekolah.

Mereka sedikit terkejut apabila mendapati kem tersebut bukan dikendalikan oleh para guru, akan tetapi senior-senior mereka yang kebanyakkannya merupakan senior tahun lepas.

"Mai, masukkan ayam dalam sup ni."

"Ok."

Para pelajar telah dimaklumkan awal-awal bahawa mereka perlu menyediakan sendiri juadah berbuka puasa sepanjang tempoh perkhemahan dijalankan. Dan mereka telah pun dibahagikan tugas masing-masing secara berkumpulan. Bahan-bahan masakan semuanya telah disediakan oleh para senior sendiri.

"Cuba kau rasa. Sedap tak?" Setelah mendapati segala bahan untuk membuat sup ayam telah dimasukkan, Nisa meminta Ain untuk rasa.

"Ish aku puasa lah! Takut tertelan."

"Haih apa susah. Suruhlah sesiapa yang 'cuti' tu rasa." Humaira mencelah. Dia tengah sibuk memasak telur dadar. Setakat telur goreng bolehlah dia masak.

"Oh ya tak ya." Ain menepuk dahi. "Izzah, meh sini rasa sup ni kejap."

Izzah yang sedang memotong buah tembikai susu itu datang mendekat. Dirasanya sup tersebut lalu dikerutkan dahi.

"Tawar. Kau tak bubuh garam ke?"

"Ya Allah, aku lupa!" Kelam kabut Ain mencapai bekas yang berisi garam.

"Aigooo.. sup bunjut tak lupa pula." Kata-kata Humaira disambut dengan gelak ketawa rakan-rakan perempuan yang lain.

Semua pelajar tingkatan lima termasuk abang-abang dan kakak-kakak senior bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa di kantin sekolah.

Malam itu hanya dilakukan aktiviti santai sahaja dengan menjemput Dai'e Izhar bagi menyampaikan ceramah mengenai 'Keistimewaan Bulan Ramadhan' seterusnya melaksanakan solat Isyak serta solat sunat terawih secara berjemaah.

Mereka dibenarkan tidur pada pukul 11 malam dan perlu bangun keesokannya pada pukul 5 pagi untuk solat tahajjud beserta sahur.

*****

Usai menunaikan solat subuh, mereka mengadakan kuliah pagi secara berasingan. Bahagian tengah musolla ditutup dengan langsir. Kaum lelaki di bahagian depan musolla manakala kaum wanita di belakang musolla.

"Baik, hari ini kami nak tekankan tentang pemakaian tudung bagi perempuan." Shaikhah, yang merupakan penolong ketua umum tahun lepas, berdiri di hadapan semua pelajar perempuan.

"Zahidah, Izzah, Kauthar dan Aisyah. Sila ke hadapan."

Empat orang pelajar perempuan yang disebut nama segera berdiri dan bergerak ke hadapan.

Ain memandang Humaira dan dihadiahkan muka bersahaja oleh gadis itu.

"Emm kak, Humaira pun ahli BADAR seperti kami." Zahidah berbisik ke telinga kakak itu.

"Humaira? Yang pengawas tu? Dia pun ahli BADAR?" Akak itu seperti terkejut. Atau lebih kepada.. buat-buat terkejut.

"Humaira, sini ke depan." Panggilnya acuh tak acuh.

Humaira bangun. Dia dan akak itu berbalas jelingan. Jelas senior itu tidak sukakannya. Lebih tepat, dari dulu lagi.

Kisah apa aku.

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now