Dari tadi Amora terasa seperti ada mata yang sedang memerhatinya dari jauh. Amora perlahan lahan menuju ke sebalik batu yang agak besar agar tubuh badannya terlindung. Dari sana dia cuba mengintai satu persatu dahan pokok yang berada di seberang sana. Andaiannya tepat sekali. Ada sepasang mata yang sedang mengintainya dalam diam. Perlahan lahan Amora mengutip sebiji batu sebesar penumbuk lalu menghumbangnya tepat ke arah mata yang mengintai tersebut.
DUssss!!!
"Arghh.... " suara lelaki mengerang kesakitan. Dia memegang kepalanya yang terkena batu yang dihumban oleh Amora. Peter terpaksa keluar dari tempat penyembunyiannya. Dia tidak sangka begitu tepat sekali lontaran gadis misteri itu.
Amora memakai baju berwarna putih. Dari pakaianya yang agak jarang itu dia melangkah menuju ke arah Peter dengan sekelip mata sahaja.
Peter yang masih terasa kesakitan di kepalanya terkejut bukan kepalang. Wajah putih Amora begitu cantik sekali. Ditambah lagi dengan bibirnya yang berwarna kemerah merahan. Mata Peter sempat menjalar sehingga ke....
" Awak siapa? " Tanya Amora apabila menyedari mata Peter semakin galak melihat tubuhnya. Peter berasa malu tiba-tiba. Dia tersenyum lebar.
" Maa..maafkan saya... saya tidak bermaksud untuk mengintai awak mandi.. " beritahu Peter. Amora diam.
" Bagaimana awak datang ke sini? " tanyanya lagi. Peter melihat di sekelilingnya. Kemudian baru dia teringat.
" Sebenarnya saya tersesat. Tidak sangka sampai ke sini. Awak tinggal di mana? " soal Peter, cuba mencungkil rahsia. Amora tidak menjawab.
" Awak harus pulang segera. " Amora bersuara lantas pergi dari situ tanpa mengucapkan apa apa lagi. Peter masih tidak puas hati.
" Tunggu dulu, cik! "
Langkah Amora terhenti. Dia menoleh. Serentak dengan itu angin bertiup dan mengugurkan beberapa daun dari pohon yang rendang. Buat seketika mereka bertentangan mata. Seperti ada tarikan magnet yang cuba merapati mereka berdua.
" Kenapa? " Tanya Amora seraya memecahkan suasana. Peter yang masih berkhayal itu tersentak sedikit.
" Err... saya Cuma nak tahu nama cik... " dia menjawab. Entah mengapa degup jantungnya berdegup kencang pada masa itu. Seperti ada sesuatu tentang gadis itu dan membuatkan perasaan ingin tahu Peter semakin membuak buak.
YOU ARE READING
AMORA, SI PUTERI JELMAAN
FantasyAmora, gadis perawan yang tinggal berhampiran dengan Hutan Kolta, tinggal keseorangan dan hanya keluar pada waktu malam. Dia adalah gadis jelmaan dari seekor ular anakonda terbesar dan hanya mencari mangsa pada waktu tertentu sahaja. Amora biasanya...