AMORA Part 5

222 17 0
                                    



Peter berehat di dalam bilik itu sehingga seharian lamanya. Dia berasa segar sedikit setelah Amora memberikannya makan dan ubat yang dia sendiri tidak tahu apa isi kandungannya. Peter bangun dan berjalan menuju ke tingkap yang tersergam luas itu. Corak dari tingkap itu diperhatikan dalam dalam. Dia memegang dan memerhatikan jenis logam yang menghiasi tingkap itu.

" Kenapa awak perhatikan ukiran tingkap itu? " Tanya Amora tiba-tiba. Peter menoleh. Dia tersenyum kecil. Sakit di kepalanya sudah beransur ansur hilang. Cuma dia berjalan sedikit terenjut enjut.

" Cantik ukiran logam ni " jawab Peter. Kali ini mereka benar benar berhadapan. Amora diam. Baru pertama kali ini dia berada betul betul di hadapan Peter. Dia tidak sedar matanya melirik sehingga ke dada Peter. Peter yang berdada bidang itu agak mempersonakan. Peter menyedari mata Amora memerhatikannya. Kemudian tanpa di suruh Peter perlahan lahan merapatkan dirinya ke hadapan Amora.

Amora tidak membantah. Dia hanya diam membisu. Dia tidak tahu mengapa degupan jantungnya bertambah laju. Dia tidak mengerti apakah perasaan itu.

Peter cuba memegang rambut Amora yang ikal itu. Dia mengusap kepala Amora yang hanya tinggi paras dada sahaja. Amora masih diam. Peter seolah olah seperti kerasukan cuba untuk melanjutkan sentuhan tangannya sehingga ke pipi Amora. Dia mengangkat wajah Amora yang putih bersih itu. Bibirnya basah. Perasaan Peter seperti membuak buak.

Hanya tinggal beberapa jarak saja lagi pasti bibir mereka bertemu tetapi Amora melangkah ke belakang. Tangannya menghalang tindakan Peter yang Cuba menciumnya.

Peter tersedar. Dia berasa sedikit malu dengan tindakannya yang agak terburu buru itu.

" Ma... maafkan saya... saya tidak berniat untuk.... "

" Awak dah sihat, bolehlah pulang sekarang " jawab Amora. Peter berasa hairan.

" Pulang ke mana? "

Amora sedikit terkejut.

" Pulang bersama kawan kawan awak lah " balas Amora.

Peter terdiam. Dia cuba mengingati sesuatu.

" Saya tidak ingat " jawabnya, serius. Amora datang mendekati Peter semula. Dia memegang kepala Peter.

" Awak hilang ingatan? " Tanya Amora. Peter menggeleng gelengkan kepalanya.

" Saya tidak ingat pun pasal kawan kawan saya. Mungkin disebabkan saya terhantuk " balas Peter. Amora mengalihkan tangannya. Peter menangkap tangan mulus Amora. Kemudian dia mencium tangan itu.

" Halusnya tangan awak " katanya. Amora cuba menarik tangannya tapi semakin digenggam oleh Peter.

" Lepaskan tangan saya " pinta Amora. Peter merenung ke dalam bola mata Amora yang cantik itu.

" Saya langsung tidak ingat siapa kawan kawan saya... yang masih segar dalam ingatan saya ialah awak seorang sahaja... "

Peter merangkul tubuh Amora dengan kemas. Amora meronta ronta minta dilepaskan.

" Tolong... berikan saya peluang untuk memeluk awak kali ini sahaja... " bisik Peter dengan lembut di telinga Amora.

Akhirnya Amora terpaksa mengalah. Kehangatan tubuh Peter membuatkan hati dan perasaannya tenteram seketika. Ditambah lagi wangian bau lavender dari baju Peter.

Sekali lagi Peter mengangkat wajah Amora dengan lembut. Matanya kelihatan redup. Peter semakin berani. Dia merapati wajahnya perlahan lahan. Akhirnya bibir mereka bertemu juga. Amora semakin lemas di dalam dakapan Peter buat pertama kali dalam seumur hidupnya...

AMORA, SI PUTERI JELMAANWhere stories live. Discover now