"Cukup-cukuplah dengan perkataan MATI tu kau memang nak mati ." Marah lelaki yang aku tak kenali itu .
"YA! Aku memang nak mati sejak dari dulu ! aku nak melihat dunia seperti orang lain yang sihat ! Dan tak ada penyakit macam Aku !
Aku selalu cuba positif bila Ibu bagi semangat tapi kalau doktor sendiri cakap aku boleh mati bila-bila masa baik aku mati dari awal sahaja ..."
Aku tak dapat menahan rasa marah dan sedih .
Aku nak laksanakan impian aku walaupun sekejap .Aku mahu menjalani kehidupan yang biasa seperti orang lain .
Banyak benda perlu dirisaukan tetapi mereka tak sakit kronik macam aku .
Bebas untuk merantau dan melihat dunia yang luas .
Aku menitiskan air mata tanpa sedar . Kata-kata dalam hati yang tersimpan aku luahkan kepada orang yang aku tak kenali ...
"Impian terakhir aku hanya nak melihat dunia yang berbeza dari apa yang aku lalui setiap hari sejak kecil dan jalani kehidupan yang biasa ." Aku menangis .
Dia melihat aku dengan terkejut dan seperti risau .
"Kau tak perlu pun tolong aku tadi sepatutnya . Biarkan sahaja aku mati asalkan aku dah berada luar dari tempat yang bagaikan penjara buat aku setiap hari ." Kata aku .
Aku bangun walaupun kaki aku tak mampu bergerak pantas ke pintu keluar .
Tetapi langkah aku terhenti bila dia kata ...
"Baiklah aku akan tolong kau ."

YOU ARE READING
My Last Breath
FanfictionApa yang kau nak buat sebelum kau mati ? "Aku nak lihat permandangan ..." >Finishing just for a week < Fanfic ke-2