Musim sejuk telah tiba .
Puan Yoon menghias bilik Hana sedikit dengan kelengkapan krismas .
Pintu bilik diketuk lalu Seokjin buka pintu itu .
"Puan Yoon apa khabar ." Seokjin menyapa Puan Yoon .
"Khabar baik ."
"Puan Yoon saya ..."
Seokjin mahu berkata sesuatu lalu Puan Yoon menyambung .
"Panggil saja saya mak cik ." Tersenyum Puan Yoon
"Mak cik saya masih berasa bersalah terhadap makcik ." Kata Seokjin .
"Seokjin ssi , jangan tundukkan wajah kamu . Lagipun itu semua pilihan anak mak cik ."
Puan Yoon menepuk bahu Seokjin perlahan-lahan .
"Mak cik buat saya rasa macam ada mak semula sejak 20 tahun hidup seorang diri tanpa keluarga sebenar ." Kata Seokjin dan melemparkan senyuman kepada Puan Yoon .
"Aigoo kacaknya kamu ."
Puan Yoon mencubit sedikit pipi Seokjin .
"Dah kamu duduk lah sini sampai kamu mahu . Mak cik dah nak balik esok kerja overtime . Bye ." Lalu Puan Yoon keluar dan melambai Seokjin yang duduk disisi Hana .
Esok ialah malam krismas .
Krismas pertama Seokjin bersama keluarga Yoon dan kekasih hatinya Hana setelah lama menyambut Krismas sendirian .
Seokjin mengengam tangan kiri Hana lalu menciumnya .
"Lagi beberapa jam dah 25 Disember ." Kata Seokjin .
"Malam krismas pertama kita berdua . Hanya di hospital ." Seokjin menenung wajah Hana .
Seokjin berdoa didalam hatinya .
Tuhan saya tidak mahu kemewahan mahu pun kejayaan buat masa sekarang ...
Aku mahu Hana kembali sedar dan sihat seperti orang lain itu sahaja permintaan ku .
Seokjin merapatkan tangan Hana ke wajahnya dan sentiasa berharap Hana akan sedar suatu hari nanti apabila setiap kali dia berdoa dengan penuh harapan .
Seokjin terasa jari Hana bergerak sedikit dan dia terkejut lalu memanggil Hana .
"Hana ..."
Mata Hana terbuka sedikit demi sedikit lalu dia memandang Seokjin .
"Seok ... jin" Hana memanggil namanya dengan perlahan .
Seokjin memeluk Hana .
Mereka berdua menitiskan air mata .
"Hana akhirnya kamu sedar !" Kata Seokjin dengan kuat .
"Akhir ... nya saya dapat ... lihat ... kamu lagi ... Seokjin ."
Balas Hana .
Kerana ikatan cinta yang setia mereka dapat kembali bersama semula .
ANDA SEDANG MEMBACA
My Last Breath
Fiksyen PeminatApa yang kau nak buat sebelum kau mati ? "Aku nak lihat permandangan ..." >Finishing just for a week < Fanfic ke-2
