"Satu keajaiban dia dapat bertahan dengan tahap paling kritikal ni Puan Yoon .
Tetapi dia mungkin tak akan sedarkan diri walaupun dia masih bernyawa .
Puan Yoon harap bersabar . Kerana peluang dia untuk sihat semula hanya 50-50 sahaja . Banyak bersabar ya Puan ."
Kata doktor .
Puan Yoon bersyukur anaknya masih hidup tetapi sedih kerana dia mungkin tidak akan sedar buat selama-lamanya .
"Hana ..." Puan Yoon menangis air matanya mengalir dengan laju .
Seokjin yang berada disisi Puan Yoon hanya berdiri dan terdiam mendengar perbualan itu dan tangisan Puan Yoon pada akhirnya .
Puan Yoon memandang Seokjin .
"Macam mana awak jumpa anak saya ." Tanya Puan Yoon dengan nada marah .
"Sejak pertama kali dia lari dari hospital ." Seokjin hanya beetahu perkara sebenar .
"Kenapa ... kenapa tak bawa dia datang balik ke sini !"
Marah Puan Yoon .
Satu tamparan diberikan kepada Seokjin dari Puan Yoon .
Seokjin hanya terdiam dia sedar perkara yang sepatutnya dia lakukan dari awal ialah bawa Hana ke hospital semula .
"Maafkan saya ." Seokjin meminta maaf kepada Puan Yoon .
Puan Yoon tidak berkata apa dan hanya mengalihkan pandangannya ke arah lain .
"Ada perkara yang Hana mahu saya tunjukkan kepada mak cik ."
Kata Seokjin lalu mengeluarkan phone dan menunjukkan
gambar-gambar Hana yang sedang tersenyum melihat semua permandangan hanya untuk dua hari .
Puan Yoon mengambil phone milik Seokjin dan melihat dengan lebih jelas gambar Hana yang sedang bergembira kerana bebas dari hospital .
Puan Yoon pulangkan semula phone Seokjin tanpa berkata apa-apa langsung .
"Saya tak akan jumpa Hana lagi mak cik saya janji ." Kata Seokjin
"Mak cik ambil lah semula barang-barang Hana . Saya pergi dahulu ." Seokjin menghulurkan beg sandang berwarna biru milik Hana dan tunduk hormat sedikit kepada Puan Yoon .
~ Waktu malam ~
Puan Yoon mengemas semua barang Hana yang Seokjin berikan petang tadi .
Semasa Puan Yoon hendak menyusun semula barang Hana
dia terlihat sebuah buku iaitu
buku diari Hana yang sering ditulis olehnya semasa dihospital berada didalam beg .
08/04/20**
Hari ni macam biasa menhitung hari kematian sendiri ...
Aku buka tingkap bilik hari ni dan mendengar burung-burung berkicauan di pokok hadapan bilik aku .
Sungguh indah dan merdu .
Bebas terbang ke sini sana bukan seperti aku disini .
14/10/20**
Ibu tetap tak benarkan aku tinggalkan katil dan menyaksikan dunia diluar hospital kerana paranoid dia .
Aku sedih tetapi aku hanya akur dengan ibu yang selalu menjaga aku
18/03/20**
Doktor cakap aku dah tiada harapan untuk hidup .
Setiap hari keadaan kesihatan aku semakin merosot dari segi dalaman bukan luaran .
Aku masih dengan soalan yang sama boleh kah aku terokai dunia luar ?
Aku tanya kepada ibuku .
Dia masih tidak membenarkan .
Jadi disebabkan aku boleh mati pada bila-bila masa .
Keputusan aku sudah muktamat .
Aku akan larikan diri malam ini .
19-20/03/20**
Aku berjaya lari tetapi aku terjumpa dengan seorang lelaki semasa malam aku pengsan .
Dia marah aku sebab asyik cakap fasal mati .
Tapi memang aku akan mati pun kan ?
Dia tak bawa aku pulang ke hospital tetapi ke rumah nya ~
Aku fikir dia nak ambil kesempatan .
Tetapi dia menjaga aku semasa aku pengsan beberapa jam .
Namanya Kim Seokjin .
Dia janji akan tolong aku dwngan permintaan terakhir aku .
Aku percaya kepada dia .
Pada 20/03
Hari ini aku aku ke tempat pilihan pertama aku .
Melihat laut di tepi pantai bersama Seokjin .
Aku menulis diari ni sebab dia tengah tidur sebelah aku .
Kacak juga Encik pakar di bahagian makmal hospital .
Wajah dia ketika tidur comel hihihi .
Adakah aku dah jatuh cinta begitu sahaja sejak dia mahu tolong aku ?
Susah betul senang jatuh hati ni .
Bahaya takut kena kat orang yang salah .
Tapi dia kelihatan baik .
Tinggi lampai seperti menjadi rebutan ramai .
Pelik juga dia masih belum berkahwin pada umur sekarang .
Tapi sekurang-kurangnya dia ada kerja tetap dan rumah yang memadai buat dia sendiri .
21/03/20**
Malam semalam memang tak dijangka .
Tetapi hati aku berdebar bila memeluk dia dengan erat sekali .
Sakit aku datang dengan tiba-tiba sehingga aku mengerang kesakitan sedikit semasa memeluk Seokjin .
Dia perasan aku kesakitan dan risau tentang aku , tetapi aku tidak melepaskan pelukan itu dan hanya mengengam baju dibahagian belakangnya dengan kuat .
Hati aku berharap aku tak akan merasai kesakitan ini .
Pertama kali dalam hidup aku peluk seorang lelaki sehingga tertidur .
Semasa aku bangun pagi ni dia tiada disisi tapi dia tinggalkan nota .
'Saya keluar sekejap'
Aku simpan nota ni dalam diari aku .
Tulisan yang kemas bercampur berangkai bagi seorang yang seperti doktor .
Hari ni aku akan pergi ke kawasan peegunungan dan melihat permandangan kampung dari atas .
Dan aku akan beranikan diri untuk cakap yang sebenarnya .
Aku dah suka kat dia
Hahahahhah harap berjaya ☆.
Diari itu tamat disitu dan tidak disambung semula mungkin kerana Hana dah pengsan dan dikejarkan ke hospital .
Puan Yoon terkejut Hana sayangkan Seokjin sepenuh hatinya walaupun dia tahu boleh mati tanpa sedar .
Puan Yoon memandang Hana yang terlantar di katil dan banyak mesin mendampinginya .
"Hana ... apa yang Ibu dah buat ..."
Puan Yoon rasa terkejut dia telah memisahkan pasangan yang saling menyayangi antara satu sama lain sebenarnya .
ANDA SEDANG MEMBACA
My Last Breath
Fiksi PenggemarApa yang kau nak buat sebelum kau mati ? "Aku nak lihat permandangan ..." >Finishing just for a week < Fanfic ke-2
