Chapter 13

27 8 0
                                    

"Wahhhh udara segar " Hana berpusing sedikit dan menhirup udara yang nyaman di kawasan perkampungan itu .

Seokjin yang melihat Hana mengeluarkan phone nya dan mengambil Hana yang sedang berpusing dengan gembiranya .

Seokjin tersenyum melihat gambar yang diambilnya senyap-senyap itu .

"Apa yang awak tersengih tengok pho- " Hana terlihat gambar dia diambil . Lalu dia marah Seokjin
"Yaaahh jangan ambil suka hati ."

"Huhuhu tak sampai pun kalau nak ambil phone ni ." Seokjin mengangkat tinggi phone nya .

Hana melompat untuk mencapai phone itu tetapi tak dapat .
"Jangalah macam ni ."

"Biarlah aku simpan gambar ni ."
Kata Seokjin lalu menyimpan phone nya kembali bila Hana dah kepenatan melompat tadi .

"Okey baiklah " Balas Hana . Seokjin tersenyum .

"Tapi ... nanti bagi gambar pada ibu aku bila kau jumpa dia nanti ." Kata Hana dengan serius .

"Kenapa kau tak hantar sendiri . Phone ada tapi off pula ." Balas Seokjin .

"Saya tak nak mak saya cari . Jadi tolonglah tunjuk gambar itu . Sebab itu buktinya saya mati tanpa sebarang sesalan sebab saya gembira ." Kata Hana dan tersenyum memandang Seokjin .

"Saya janji Hana ." Balas Seokjin .

"Okeyy!! Sekarang ke menara tinjau kami datang !" Jeritan Hana memecahkan suasana sunyi di tempat letak kereta kawasan pendakian .

Mereka mendaki bukit itu untuk ke menara tinjau .
Hana berasa penat kerana tidak pernah lakukan aktiviti sebegini .

"Hana nak berehat dulu ke ?" Tanya Seokjin .

"Tak apa kita teruskan ." Balas Hana yang mengelap peluh di dahinya .

Seokjin yang melihat Hana yang bersungguh itu terasa kesian pula .

"Hana !" Seokjin memanggilnya .

"Hm Ya ? Ehh kenapa kau melutut ni ." Hana memandang dan terkejut .

"Naik belakang saya biar saya tolong bawa awak ." Kata Seokjin .

"Ehh tapi !??!" Hana terkejut Seokjin mahu mengendongnya dibelakang .

Hana yang masih berfikir itu tak keruan . Jadi Seokjin pergi menarik lengan Hana letakkan dibahunya dan kakinya dipegang erat .

"Waagh! " Hana berasa takut sedikit .

"Tak perlu takut saya pegang awak . Sebenarnya ringan juga awak ni Hana ." Kata Seokjin .

"Jangan nak memuji sangat ."
Kata Hana yang dah naik malunya .

Syukurlah menara tinjau tak terlalu tinggi senang didaki oleh Seokjin yang mengangkat Hana dibelakangnya .

Seokjin menurunkan Hana apabila sudah sampai ke kawasan itu .
Angin yang bertiup agak kuat tetapi peemandangannya tiada galang-gantinya .

Suasana hutan berdekatan belakang  beberapa rumah kecil .
Pokok yang berbunga mewarnai sesetengah batang pokok kelihatan dari jauh .
Hana memandang keindahan suasana kawasan pendalaman dengan senyuman manis terukir diwajahnya yang putih pucat .

Seokjin tersenyum melihat Hana yang tersenyum .
Dia mengambil gambar Hana lagi sekali yang sedang melihat permandangan itu .

"Seokjin ."
Hana memandang ke belakang untuk bercakap dengan Seokjin .

"Ya Hana ." Balas Seokjin .

"Terima kasih untuk segala-galanya Seokjin ." Hana berbicara dengan nada yang sayu tetapi senyuman dia tidak pudar walau sedikit .

Tetapi tiba-tiba Hana rasa tak boleh bernafas .

Hana POV

Tiba-tiba aku rasa tak boleh bernafas .
Aku menarik nafas dengan laju .
Jantung aku berasa sakit seperti kepala aku .
Perasaan ditusuk sesuatu sungguh menyakitkan .

Aku berasa kejang dan rebah ke tanah .

"Hana !" Aku terdengar Seokjin menjerit dan datang kepada aku .

"Saya akan bawa awak ke hospital Bertahan Hana !" Kepala aku dipangku oleh Seokjin yang terduduk di tanah .

Mata aku terasa berat tetapi ada perkara yang aku mahu beritahu dia sejak kali pertama dia bawa aku ke pantai ...

Badan tolonglah bertahan sekejap ...

Aku nak sampaikan isi hati aku kepada dia ...

My Last BreathWhere stories live. Discover now