"Aku nak pergi hutan dikawasan pergunungan !"
Kata Hana dengan nada yang kuat .Seokjin POV
Permintaan dia ni boleh tahan melampau juga .
Tapi aku dah janji nak buat macam mana kan ?
Kita cuba lah gembira dia ini .Tamat POV
"Kalau pergi sekarang hari dah gelap lah kat sana ." Kata Seokjin .
"Saya tak kisah ." Balas Hana .
"Okey kalau itu yang awak mahu ."
Seokjin mengikutkan sahaja kata-kata Hana .Seokjin memandu kereta hampir dua jam dari pantai .
Mereka tak berbual apa-apa .Kemudian Hana bertanya .
"Seokjin ...""Ya ?"
"Kenapa awak baik walaupun kita tak pernah berjumpa pun sebelum ini ." Kata Hana yang memandang ke luar tingkap .
"Saya tak tahu juga walaupun wajah awak sama macam ibu saya semasa muda , tetapi rasa macam kita pernah juga bersua muka ."
Balas Seokjin dan nada perlahan pada permulaan ayat 'tetapi' ."Ibu bapa awak ? Dia kat mana kampung ke ?" Tanya Hana .
"Dia dah meninggal dunia masa saya umur enam tahun ."
"Maaf ..."
"Tak apa Hana .
Ibu saya membesarkan saya tanpa suami disisinya ketika waktu sukar .
Tapi ibu sakit tenat dan dia tak bagitahu saya langsung semasa kecil . Sama ada sebab saya masih tak faham atau tak nak bagi saya risau tentangnya .
Dia selalu luangkan masa dengan saya walaupun dia penat bekerja dan pulang lewat .""Kemana pergi ayah awak ?" Tanya Hana .
"Saya tak tahu apa-apa langsung tentang ayah saya . Hidup atau pun mati . Tapi saya di besarkan di tempat anak-anak yatim sampai saya cukup umur untuk pergi dari situ ." Kata Seokjin .
"Apa kerja awak Seokjin ? Saya tak kerja walaupun usia saya ni patut dah ada kerja tetap ."
"Saya pakar untuk kajian di bahagian makmal hospital . Jadi rumah utama saya hospital bila ada kes yang berat perlu dikaji ." Kata Seokjin .
"Ohh ... sepanjang saya di hospital saya hanya menulis , menulis dan menulis cerita walaupun saya sendiri tak pernah rasai semua yang saya tulis itu ." Hana memandang Seokjin seketika .
"Jadi itulah kerjaya awak ."
"Hm ... mungkin . Novelis yang mencerita fantasi dan realiti dunia yang sukar digapai oleh orang tertentu ." Hana memandang langit yang sudah gelap diatasnya menandakan sudah malam .
Novelis ya ?
Indah juga mereka dunia kita tersendiri ...
YOU ARE READING
My Last Breath
FanfictionApa yang kau nak buat sebelum kau mati ? "Aku nak lihat permandangan ..." >Finishing just for a week < Fanfic ke-2