001

104 9 0
                                    

Hari itu seperti biasa, aku lambat lagi ke sekolah. Pengawas yang selalu menunggu aku di pintu pagar sekolah telah pun masuk ke dalam kelasnya.

Aku berjalan menuju ke kelas Tingkatan 4 Euphoria dengan malas sekali kerana tiada pengawas yang aku 'mengejar'ku.

Tiada apa yang perlu aku takutkan. Kini aku hanya perlu berdepan dengan guru kelasku sahaja.

Sebelum ke sekolah pada pagi itu, emak sudah awal-awal lagi meleteriku kerana lambat bangun.

Aku hanya memekakkan telinga yang capang ini daripada bebelan mak yang saban hari dicurahkan.

Namun tiada satu pun yang masuk dalam minda benakku, ibarat mencurah air ke daun keladi.

Kehadiranku di sekolah pada pagi itu sudah cukup baik. Ini kerana aku lebih suka ponteng sekolah dan melepak bersama rakanku Rose, Lisa dan Jisoo di gesung membeli belah.

Sesampai aku dikelas, aku terus masuk tanpa menghiraukan Cikgu Lee Dong Wook yang terpacaj dihadapan kelas.

Dia sedang mengajar subjek Biologi hanya menggelengkan kepala melihat perlakuanku.

Aku tidak mempedulikan padangan mata grim rippernya dan berpura-pura sibuk mengeluarkan buku.

Belajar dalam kelas merupakan perkara yang paling aku benci.

Fikiranku merewang dan merancang lokasi yang akan di tuju bersama rakanku apabila pulang dari sekolah nanti.

🌵🌵🌵

Jennie!!!

Aku tersentak apabila namamku tiba-tiba sahaja dipanggil. Cikgu Lee Dong Wook melontarkan satu soalan kepadaku yang sukar untuk aku menjawabnya.

Aku cuba menjawab tetapi jawapan yang kuberikan itu salah. Kawan-kawan yang lain mentertawakan aku.

Aku berasa amat malu bukan kepalang. Namun aku yang bermuka tembok ini hanya mampu berlagak selamba sahaja macam tiada apa-apa yang terjadi.

Subjek seterusnya ialah subjek kegemaranku, kimia. Walaupun aku seorang pelajar yang malas, namun aku sering mendapat A untuk subjek itu.

Mungkin kerana Tuhan telah menganugerahi aku dengan otak yang hebat.

Walau bagaimanapun, kali ini akh didenda dengan berdiri untuk sepanjang sesi kelas kerana tidak menyiapakan kerja sekolah.

Sekali lagi aku berlagak selamba. Aku tidak merasa bersalah malah bangga dengan tindakanku itu.

Aku menggerutu memaki Cikgu Yoona yang mendendaku.

Bersambung...

 ✅ I Have You🖤Where stories live. Discover now