002

54 6 0
                                    

Sebaik sahaja tamat sesi persekolahan, aku pun mencapai basikal Fixie meraj jambu kesayanganku dan segera mengayuhnya pulang ke rumah.

Unnie menegur sebaik sahaja aku meletakan basikal itu sebelah kereta Audi Hitam appa.

Solar : Bagaimana pelajaran hari ini? Kena denda lagi?

Tanya kakak. Aku hanya berikan jelingan grim ripper persis seperti Cikgu Lee Dong Wook berikan kepadaku sebagai jawapan kepada soalan bodohnya.

Aku terus meluru masuk ke dapur kerana perutku sudah menyanyikan lagu Boombayah.

Aku langsung tak menghiraukam pertanyaan kakakku.

Didapur, omma sudah siap memasak lauk kegemaranku: ikan keli gochujang dan stu kimchi.

Tanpa membaca doa, aku menyuap makanan dengan lahap sekali.

Tiba-tiba aku tersedak apabila ditegur oleh omma yang menyedari telatah kurang sopanku itu.

Segera kucapai gelas berisi air oren yang terletak dihadapanku dan menghirupnya, kali ini dengan perlahan-lahan.

Jennie: omma! kenapa tegur oranng tengah makan?! Kalau tercekik sampai mati tadi, bagaimana?!

Aku meninggikan suara tanpa aku sedari.

Omma: engkau tu yang makan tak baca doa terlebih dahulu. Gelojoh sangat.

Ujar omma dengan lembut.

Selesai makan aku melepak di bilikku sambil mendengar lagu yang didendangkan oleh kumpulan pujaanku Blackpink.

Pekerjaan appa sebagai pengarah Armada Holdings membolehkan kami 4 beranak tinggal di banglo mewah.

Kemewahan yang appa miliki membolehkan segala kemahuanku dipenuhi.

Omma pula, walaupun hanya seorang suri rumah tapi omma adalah siswazah lulusan ijazah sarjana dalam jurusan kejuruteraan.

Unnie? Ya, unnie. Teringatkan unnie
membuatku rasa meluat.

Unnie seorang siswi tahun dua dalam bidang perubatan. Aku mencemburui unnie kerana dia mengatasiku dalam semua hal!

Jadi aku melancarkam perang dingin terhadapnya. Tambahan pula, unnie suka menyibuk dengan hal peribadiku, hatta masalah aku disekolah.

🌵🌵🌵

Selepas solat Isyak, kakak memasuki bilikku. Ketika itu aku sedang enak membaca majalah Epop yang menjadi kegemaranku.

Solar: Jennie baca majalah lagi, ke?

Jennie: tak! Baca buku sejarah!

Bersambung...

 ✅ I Have You🖤Where stories live. Discover now