005

39 7 0
                                    

Kini seminggu berlalu sejak unnie kembali ke rahmatullah. Namun, baru aku sedar selama ini unnie menderitai penyakit barah otak.

Semuanya dirahsiakan daripada pengetahuanku atas permintaan unnie.

Aku tidak tahu mengapa. Mungkin juga unnie tidak mahu menyusahkan hatiku kerana aku akan menduduki ujian persekolahanku.

Beberapa hari berlalu dan aku mula mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan hakikat yang Solar sudah tiada.

Aku sudah mampu menguruskan diriku semula. Perkara pertama yang aku lakukan ialah mengas bilikku yang tidak aku uruskan sekian lama.

Dalam kesibukan aku itu, aku terpandang sepucuk surat berwarna merah jambu.

Sampul itu tersemat kemas di meja belajarku sehinggakan terlintas di hatiku yang ia begitu penting dalam hidupku.

Tanpa menbuang masa aku terus membukanya dan membaca kandungannya:

Jennie, pada saat kau membaca surat ini, aku mungkin tiada lagi di sisimu.

Maafkan unnie kerana merahsiakan penyakit aku ini daripada pengetahuanmu.

Aku tidak mahu merungsingkan fikiranmu yang akak mengambil peperiksaan tahun hadapan.

Jennieku sayang,
Unnie teramat sayangkan kau. Maafkan kakak kerana selalu menyibuk dan memarahimu tempoh hari.

Cuma satu yang aku pinta. Berubahlah untuk kebaikan dirimu. Jangan berubah kerana aku tetapi berubahlah kerana Allah

Teruskan cita-cita kau. Aku tahu kau nak jadi seorang doktor pakar sakit puan, kan?

Baiklah, rasanya unnie tidak akan hidup lama. Oleh itu, maafkan segala kesalahan aku.

Halalkan makan dan minum aku. Doakan kebahagiaan unnie di sini.

Yang benar,
Solar Irdina.

 ✅ I Have You🖤Where stories live. Discover now