Omma dan appa dipanggil oleh pengetua sekolahku. Mereka diberitahu tentang rekid disiplinku yang buruk itu.
Rekod ponteng kelas serta sikap kirang ajarku kepada guru dan pengawas juga tidak ketinggalan dibacakan juga.
Akibatnya, aku digantung sekolah selama seminggu. Omma dan appa memarahiku dan meleteriku.
Aku tidak rasa bersalah sedikit pun malah rasa gembira dengan pergantungan itu.
Lisa, Rose dan Jisoo turut menerima hukuman yang sama.
Pada hari pertama aku digantung sekolah, aku merayau lagi.
Aku dan kawan-kawanku tidak pernah serik.
Sekembalinya ke rumah, aku mendapati kereta appa tiada di garaj. Ibu juga tiada dirumah.
Aku mendapat satu pesanan ringkas daripada omma yang dihantar 2 jam sebelum aku pulang ke rumah.
"Jennie kami pergi ke hospital. Solar pengsan tadi."
Aku berasa hairan. Kenapa unnie pengsan?
Tanpa berlengah aku bersiap dan bergegas ke hospital dengan menaiki kereta menggunakan aplikasi Grab.
Sesampai aku di sana aku terus ke kaunter pertanyaan. Setelah mendapatkan jawapan daripada pegawai yang bertugas aku pun terus ke wad yang dimaksudkan.
Setiba aku di wad itu, kudapati omma sedang menangis teresak-esak dan appa kelihatan sugul.
Jantungku berdegup kencang. Aku terpandang sekujur tubuh berselimut putih terbujur kaku di atas katil. Appa merapatiku.
Appa: jennie, solar dah tiada.
Ujar appa menahan sebak di dadanya.
Lututku lemah dan tertuduk dibangku dan meraung penuh penyesalan.
Walaupun aku sering memarahi unnie, namu aku tidak pernah menafikan bahawa aku menyayanginya.
Jennie: Unnie, maafkan jennie. Aku banyak buat salah pada kau.
Perlahan-lahan aku bangun menarik selimut yang menutupi wajah dan tubuh Solar.
Wajahnya kelihatan tenang, bersih dan seolah-olah tersenyum. Aku mencium dahi kakak dan memeluknya buat kali terakhir.
Bersambung...
YOU ARE READING
✅ I Have You🖤
FanfictionKebencian, ego dan mengikut kata hati. Perasaan yang tak lari dari seorang manusia Aku adalah salah satu dari mereka. Solar merupakan insan yang paling aku benci. Credit: Ziniriah Zainodin