9

3K 171 41
                                    

*Keesokan harinya*

Ali berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah dengan muka pucat seperti hantu akibat mimpi buruk malam tadi.

Rudy yang sedang menjalankan tugasnya menjaga blok tingkatan 4 terpandang Ali yang baru sampai terus mengekori Ali secara senyap-senyap.

Ali berjalan menaiki tangga untuk menuju ke kelasnya yang terletak di tingkat 4 manakala Rudy masih lagi gigih mengekori Ali.

Tiba-tiba...

(CKLANG!!)

Rudy terpijak seketul(?) tin air 100 Plus yang berada di tengah-tengah jalan.Rudy cepat-cepat menyorok di celah-celah dinding berdekatan.

Ali yang mendengar bunyi tin dipijak cepat-cepat menoleh ke belakang.

"Ada orang ikut aku ke tadi?"soal Ali pada dirinya sendiri.

Setelah memastikan tiada orang,Ali pun masuk ke dalam kelasnya.

Apabila melihat Ali telah masuk,Rudy pun keluar dari tempat persembunyiannya.

"Fiuhh...Nasib baik dia tak perasan..."gumam Rudy dan menghembuskan nafas lega.

Rudy mengambil tin yang dipijaknya tadi dan menggenggam tin itu sekuat hati.

"Ishh!Siapalah yang buang tin ni merata-rata!Kalau dapat makhluk yang buang ni,aku lempar dia dalam lokap!!"monolog Rudy dan terus mencampakkan tin itu ke dalam tong sampah.

*Di kelas*

Rudy mengintai Ali dari pintu belakang kelas.Rudy melihat sekeliling dan mendapati tiada seekor makhluk pun kat kawasan itu.

Belum sempat Rudy melangkah masuk ke dalam kelas itu,tiba-tiba ada seseorang menegurnya.

"Oi Rudy!Kau buat apa tu?"bisik orang itu sehingga hampir membuatkan Rudy menyepak orang itu tapi sempat ditahan.

"Hoi Iqmal!Kau buat apa kat sini ha??"soal Rudy dengan muka menyampah.

"Aku lalu je...Bukannya nak masuk kelas..."jawab orang itu 'Iqmal' sambil menjeling Rudy.

"Ha,kau pula,buat apa kat sini?Bukan ke kau kena jaga blok?"tanya Iqmal tiba-tiba sehingga membuatkan Rudy loading sekejap.

"Aku...Aii...Takkanlah kau tak tahu?Aku saja je tengok-tengok kelas..."jawab Rudy kekok.

Iqmal nampak ragu dengan jawapan Rudy dan melihat ke dalam kelas.Iqmal dapat lihat Ali sedang membaca sebuah buku teks seperti biasa dan smirk ke arah Rudy.

"Oooouu~Kau intip Alikan~"ujar Iqmal dengan ayat yang minta kaki.

"Eh!Jangan suka-suka nak buat tuduhan tau!Aku tak intip dialah!"marah Rudy dan menunjal kepala Iqmal.

"Eleh...Dah intip tu cakap jelah...Tak payahlah nak menipu!Dasar gay!"balas Iqmal sambil menheling Rudy dan terus berlalu pergi.

"Hoi!Aku bukan gaylah!Kot-kot kau yang gay!"marah Rudy dan mencampakkan pennya ke arah Iqmal.

Selepas kemarahan dia reda,Rudy pun masuk ke dalam kelas dan menghampiri Ali.Belum sempat Rudy menyentuh bahu Ali,Ali sudah pun bersuara.

"Kau intip akukan?"soal Ali dengan nada dingin dan matanya masih tak lepas dari muka buku yang dipegangnya.

"Err"

"Aku dengarlah apa yang kau cakap dengan Iqmal tadi...Mengaku jelah..."ujar Ali perlahan.

"Aish...Yelah...Aku mengaku...Ya,aku intip kau.Tapu bukan sebab yang pelik-pelik!Aku just nak minta maaf pasal...Malam tadi..."jelas Rudy dengan jujur.

"Hmm...Ok"jawab Ali singkat.

"Dan...Kalau boleh aku nak tahu kenapa kau jadi macam tu ye?Sebab-"

Belum sempat Rudy menghabiskan kata-katanya,dia mendengar bunyi buku ditutup secara paksa dan memandang Ali yang sedang memandangnya dengan pandangan yang menakutkan.

"Kau siapa nak sibuk-sibuk pasal hal aku?"soal Ali dingin.

"Aku-"

"Kau ada hidup kau,aku ada hidup aku...Jadi kau tak payahlah bazirkan masa kau nak tahh pasal aku!"sambung Ali dan terus beredar keluar dari kelas itu meninggalkan Rudy yang masih terpinga-pinga.

"Kenapa dia marah sangat?Aku just nak tahu je,bukan nak menyibuk..."gumam Rudy yang masih lagi memandang pemergian Ali.

*Di tempat Ali*

"Apa masalah dia?!Kenapa mesti nak kacau hidup aku?!Kenapa dia sibuk sangat nak tahu?!Kenapa mesti aku?!Aku tak pernah pun kenal dia sebelum ni!!"monolog Ali sambil berjalan dengan kedua-dua tangannya yang digenggam menjadi penumbuk.

Tiba-tiba...

(GUBRAK!!)

Ali terlanggar seseorang yang tidak dikenalinya sehingga terjatuh dan orang itu terus memandang Ali dengan muka jengkel.

To Be Continued...

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now