7

3.3K 186 52
                                    

"Kau?!"soal Ali dengan muka menyampah apabila melihat Rudy di muka pintu.

"Apa?"soal Rudy bengang.

"Kenapa kau tiba-tiba datang sini?"soal Ali dengan nada menyampah sambil menyilangkan tangan di dadanya.

"Adalah...Mak aku suruh stay sini dulu...Sebab...Err...Kau tak payahlah tahu sebabnya"jawab Rudy dengan mukanya yang ditolehkan ke arah lain.

Ali merenung Rudy dengan pandangan menyelidik.

"Erm...Biar aku teka,kau tak dapat masuk rumahkan~"teka Ali dengan nada mengejek yang membuatkan Rudy rersentak dan segera memusingkan kepalanya untuk menghadap Ali.

"Eh?"

"Mesti sebab kunci rumah kau hilangkan~"teka Ali lagi dan...

BINGO!

Tepat dengan apa yang telah berlaku pada Rudy buat masa ini sehingga Rudy memicit hidung dan menundukkan kepalanya.

"Yelah-yelah...Aku mengaku...Kunci rumah aku hilang..."akhirnya Rudy mengakui masalahnya pada Ali.

Ali yang mendengar pengakuan Rudy ketawa terbahak-bahak sehingga terbaring di atas lantai kerana Rudy telah terkena sumpahannya.

"Tak sangka aku ni pandai sumpah orang!"ucap Ali yang masih tak berhenti ketawa.

Rudy hanya poker face melihat perlakuan Ali.

"Budak ni!Ada juga yang kena tumbuk kejap lagi!"desis Rudy sambil menggenggam penumbuk dalam diam.

"Apa-apa jelah.Dah,masuklah...Jangan berdiri je kat depan pintu..."pelawa Ali dan mengelap air matanya kerana banyak ketawa.

Rudy hanya masuk ke dalam rumah Ali tanpa sebarang kata dan terus duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu.

Ali pula terus berjalan ke dapur untuk menghidangkan air dan menyediakan sedikit makanan ringan untuknya dan Rudy.

*Di ruang tamu*

Mata Rudy meliar ke sana-sini untuk melihat sekeliling ruang tamu rumah Ali.

"Besar juga ruang tamu rumah budak ni ekk"gumam Rudy dengan matanya yang tak henti-henti melihat-lihat ruang tamu rumah Ali.

Tak lama kemudian,Rudy melihat Ali berjalan mendekati ruang tamu sambil menatang sebuah dulang  yang berisi dengan dua cawan air dan sepinggan biskut chip coklat.

Rudy hanya perhatikan Ali dari jauh.

Apabila Ali mendekati meja di ruang tamu,Ali meletakkan dulang tersebut di atas meja dan meletakkan secawan air di depan Rudy.

Rudy mengambil cawan di depannya dan terus menghirup air minumannya perlahan-lahan sambil mencuri-curi pandang Ali yang baru nak mengambil tempat duduk di depannya.

Ali yang merasakan dirinya diperhatikan langsung mengangkat kepalanya dan melihat Rudy yang sedang cuba mengalihkan pandangannya.

"Apa benda?"tanya Ali tiba-tiba sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Mana ada apa-apa!"bohong Rudy yang cuba mengekalkan machonya.

"Eh tapi!Aku perasan kau asyik tengok-tengok aku je dari tadi!"ucap Ali yang tidak mahu mengalah dengan Rudy.

"Urm itu...Sebab...Aku pelik,aku layan kau teruk-teruk tapi kau still layan aku baik-baik.Tu yang jadikan aku hairan"jelas Rudy sambil mencapai sekeping biskut yang ada di dalam pinggan.

"Oh...Aku layan kau baik-baik hanya sebab kau tetamu aku,bukannya sebab lain.Lagipun,ayah aku ada cakap kalau tetamu datang rumah kena layan baik-baik,walaupun orang tu adalah orang yang kita tak suka"jelas Ali yang membuatkan Rudy tersedak biskut yang dimakannya kerana ayat yang diberikan Ali sangat deep sehingga menusuk ke dalam ulu hatinya.

"Ye...Aku tahu aku layan orang macam hamba,tapi tak payahlah nak bagi ayat deep"ujar Rudy dengan nada jengkel.

"Sejak bila aku bagi ayat deep?Tukan cuma nasihat ayah aku"tanya Ali yang hairan dengan Rudy.

"Hmph!Apa-apa jelah..."jawab Rudy sambil menjeling Ali.

SKIP

Ali mengangkat dulang yang dibawanya ke dapur dan membasuh cawan-cawan yang telah digunakan.Setelah membasuh,Ali kembali ke ruang tamu untuk melihat Rudy.

"Kau tunggu sini sekejap,aku nak naik atas"pesan Ali dan terus naik ke biliknya.

"Takdanya aku nak lari"gumam Rudy dan mencapai phonenya dari dalam begnya.

Rudy membuka kesemua aplikasi sosialnya seperti Instagram,Facebook,WhatsApp dan Wechatnya sekaligus kerana kebosanan.

Tiba-tiba...

(PAKK!!)

Sebuah buku tebal dilemparkan tepat mengenai muka Rudy sehingga phone yang dipegangnya jatuh ke lantai yang berlapikkan karpet merah.

Rudy mengerang kesakitan sambil memegang mukanya yang sakit akibat terkena lemparan buku.

Setelah rasa sakit semakin berkurang,Rudy langsung berdiri yang mencari siapa manusia yang berani-berani baling buku pada mukanya.

Setetlah puas mencari,Rudy ternampak Ali sedang berdiri di tangga sambil tangannya memegang buku-buku tebal.

"Woi!Apahal kau baling buku kat muka aku?!"soal Rudy yang dah naik angin.

"Kaulah apahal!Disebabkan kaulah Khai tak datang tahu tak?!"marah Ali dan membaling dua buah buku yang lebih tebal ke arah Rudy.Satu kamus dewan,lagi satu kamus Oxford yang berkulit keras.

"Apahal aku pula yang kena?!"soal Rudy yang semakin naik angin.

"Sebabnya..."

Flashback On••

Ali masuk ke dalam biliknya untuk mengambil beberapa buku latihan dan kamus untuk di bawa ke bawah.Apabila Ali ingin mencapai bukunya,tiba-tiba phonenya berbunyi.

Ali membuka phonenya dan mendapati ada mesej daripada Khai.

Khai

Ali,aku nak minta maaf ye...🙏Aku tak dapat datang sebab aku kena paksa study dengan mak aku😭Yelah,minggu depankan dah nak exam pertengahan tahun...📝Sorry ye...😭🙏             

Ali hanya memberikan Khai bluetick selepas membaca mesej Khai dan menggenggam penumbuk.

"Ni semua mamat tu punya pasallah!!Siaplah kau!"desis Ali dengan amarah dan segera mencapai kamu-kamusnya dan beberapa buku latihannya yang tebal.

Flashback Off••

"Hek eleh,bukannya salah aku...Kau sendiri pun sumpah aku tadikan!"ucap Rudy berserta smirk.

"Ish!Apa-apa jelah!Dah,jom kutip balik buku-buku ni!"ajak Ali sambil mengambil buku-bukunya yang berada di atas lantai.

Rudy hanya akur dan mengutip buku-buku Ali yamg bertaburan.

Sedang Rudy mengutip,tiba-tiba sekeping gambar terkeluar dari salah satu buku latihan Ali.Rudy mengambil gambar itu dan menelitinya.

Rudy melihat Ali sedang tersenyum bahagia dan seorang lelaki berambut perang sedang kiss pipi kanan Ali sambil memeluk pinggang Ali.

Yang membuatkan Rudy hairan adalah kerana muka lelaki berambut perang tersebut diconteng dengan pen merah dan gambar tersebut ada kesan seperti direnyukkan.

Kemudian,Rudy memusingkan gambar itu dan membaca satu tulisan yang ditulis di belakang gambar.Tulisan itu juga telah diconteng dengan pen merah.

  ✴Ali And Chris Forever✴
▫29 November 2016▫
💗💗

Rudy berdiri dan menghampiri Ali yang baru selesai mengutip buku-bukunya.

"Erm...Ali,aku nak tanya pasal ni..."ujar Rudy sambil menunjukkan gambar yang ada di tangannya.

Ali menoleh dan terus merampas gambar yang dipegang Rudy.

"Mana kau dapat gambar ni?!!"soal Ali yang tiba-tiba menjadi marah.

To Be Continue

Maafkan author sebab dah beberapa hari tak update
😭😭

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now