39

1.9K 129 53
                                    

*Di rumah Ali*

Ali memasuki rumahnya dan terduduk bersandar di pintu rumahnya.Ali tidak dapat melupakan apa yang dikatakan Rudy tadi.

"Baby,Sayang...Nak break dengan Baby"

Setiap patah kata-kata Rudy terasa seperti sebilah pedang yang datang menikam Ali tanpa henti.Semakin Ali mengingati Rudy,semakin sakit hatinya.

"Kenapa Sayang kena jadi macam dia?"soal Ali di dalam hatinya sambil menangis.

Tiba-tiba notification phonenya berbunyi.Ali tahu siapa yang menghantar mesej,tetapi Ali tidak mahu membacanya.Tapi semakin Ali mengabaikannya semakin banyak notification yang masuk.Akhirnya Ali mengambil keputusan untuk 'power off' kan phonenya.

*Di rumah Rudy*

"Ali!!Pleaselah reply!!"monolog Rudy sambil jarinya tidak henti-henti menaip mesej kepada Ali tapi Ali langsung tak reply.Baca pun tak.

Akibat lama menunggu,Rudy putuskan untuk call Ali.Tetapi hasilnya tetap sama,Ali langsung tak angkat.Rudy menjadi semakin risau dengan keadaan Ali.Tiba-tiba Rudy teringat yang Ali mempunyai telefon rumah.

Rudy membuat panggilan melalui telefon rumah Ali.Tidak sampai 30 saat,telefon diangkat dan terdengarlah suara Ali di dalam telefon.

"Helo?"

"A-Ali!Ali...Okay tak?Kenapa dari tadi Rudy chat Ali tak reply?Rudy risau tau..."

"Kenapa tak datang sini je?"tanya Ali dingin.

"Rudy bukan tak nak datang,tapi-"

"Dah tak panggil Baby lagi eh?Okay..."

"Eh Ali-"

"Bye"

Ali memutuskan panggilan dari Rudy begitu saja.Rudy hanya menggenggam phonenya dengan rasa marah sehingga screen phonenya hampir retak.Kemarahan Rudy bukan untuk Ali,tetapi untuk dirinya sendiri.

"Tak guna!!"jerit Rudy sambil melemparkan phonenya ke lantai sehingga secreenya retak teruk.

Rudy juga melemparkan beg sekolahnya sehingga mengenai almari pakaiannya.Dia juga mengambil kerusi meja belajarnya dan dilemparkan sehingga hampir terkena pintu bilik mandi.Selepas itu,Rudy mula mengamuk tak tentu pasal bagaikan orang kurang siuman sehingga biliknya bersepah dan tunggang-langgang.Habis semua barang-barangnya dia lempar ke mana-mana.

Kemudian,Rudy tertoleh ke arah cermin.Rudy melihat cermin itu yang sedang memantulkan imej dirinya sendiri.Tetapi Rudy hanya dapat lihat wajah seorang manusia yang b*d*h dan...

(CRACK!!)

Rudy menumbuk cermin itu sehingga retak dan serpihan-serpihan kecil mula jatuh ke lantai.Rudy melihat serpihan-serpihan itu dan mengambilnya.Rudy smirk melihat serpihan itu dan mula menyingsing lengan bajunya.

Rudy menghalakan serpihan itu mendekati lengan untuk memulakan aktiviti menoreh lengannya.Tetapi baru saja serpihan itu menyentuh kulitnya Rudy tiba-tiba teringat sesuatu.

Flashback On••

Rudy memerhatikan lengan Ali yang berbalut dengan kain pembalut dengan rasa curiga.Akhirnya Rudy memberanikan diri untuk menarik lengan Ali dan membuka pembalut tersebut.

Rudy berasa amat terkejut apabila melihat tangan Ali penuh dengan kesan torehan.Ada kesan lama yang hampir hilang dan ada kesan baru yang masih berdarah.Rudy menggenggam tangan Ali sedikit kuat.

"Ali,inikan-"ujar Rudy tetapi dipotong Ali.

"Oh,tu...Itu kena cakar kucing semalam..."bohong Ali sambil tersenyum paksa.

"Kau takda bela kucing"balas Rudy membuatkan Ali sedikit terkejut.

"I-itu Semalam kena pisau...Hehe"bohong Ali yang hampir kehabisan akal.

"Cantiknya kesan kena pisau ekk.Siap setiap lengan ada 10 luka...Waw..."sindir Rudy membuatkan otak Ali hang sebab tak tahu nak bagi alasan apa.

"E-eh Rudy,jom buat homew-"

"Kau toreh tangan kaukan?"soal Rudy dengan suara datar.

"Em..."jawab Ali takut-takut.

"Kenapa buat?Kau tahu tak,orang gila je buat benda-benda macam ni!"tegur Rudy dengan tegas.

"Memang kadang-kadang aku rasa aku gila pun"jawab Ali selamba.

"Kalau macam tu,aku nak buat juga!"ucap Rudy membuatkan Ali terkejut.

"Ehh!!Jangan!!Orang gila je yang buatt!!"larang Ali sambil menepuk kepala Rudy.

"Habis tu,kau?"soal Rudy.

"Aku...Entahlah...Dulu masa aku form 1,aku tengok tangan budak-budak perempuan banyak kesan macam ni...Aku tak suka sebab itu dikira mencederakan diri sendiri...Tapi lepas satu peristiwa ni,aku jadi tak kisah buat macam ni kat tangan aku.Tapi semalam aku ada terfikir..."jelas Ali tetapi menggantungkan ayatnya.

"Apa?"

"Aku ada terfikir,macam manalah hidup orang-orang yang takda tangan...Mesti diorang teringin nak rasa ada tangan...Start tulah aku terus fikir,Tuhan dah berikan aku nikmat ada tangan,tapi aku pula nak rosakkan nikmat ni macam orang yang tak pandai nak menghargai pemberian...Tiba-tiba aku rasa menyesal buat macam ni kat tangan aku..."jelas Ali sambil memandang lantai.Rudy yang melihat Ali begitu terus menyusap kepala Ali lembut untuk menenangkan Ali.

"So...Lepas ni kau nak buat lagi ke?"tanya Rudy.

"Tak...Sebab tulah aku cakap dengan kau jangan buat"jawab Ali.

"Ha...Baguslah,kau pun sama,jangan buat lagi"pesan Rudy lembut manakala Ali hanya mengangguk.

"Erm...Rudy,apa kata mulai hari ni kita berjanji yang kita takkan buat benda gila ni sampai bila-bila?Boleh?"tanya Ali.

"Boleh je"jawab Rudy sambil tersenyum.

"Okay!Jangan mungkir janji tau!!"pesan Ali sambil tersenyum lebar.

Flashback Off••

Serpihan kaca yang dipegang Rudy jatuh ke lantai apabila Rudy mengingat kembali peristiwa itu.

"A-aku...Hampir mungkir janji lagi dengan Ali..."monolog Rudy berserta air matanya yang ditahan dari tadi jatuh membasahi pipinya.

"A-Ali...Rudy minta maaf!!"ucap Rudy sambil menangis dengan perasaan menyesal (wow).

To Be Continued

Sorey klau chapter bosan,aku type ni sme ngantuk,kalau ade typo tu,abaikan jelah😪😪😴

ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now