(KRIING!!)
Loceng kedua menandakan waktu mengajar Cikgu Lisa bagi kelas 4 Avicenna telah tamat.
"Terima kasih cikgu!"laung ketua kelas 4 Avicenna 'Iqmal' dan diikuti oleh pelajar lain.
Cikgu Lisa hanya menganggukkan kepalanya dan terus berjalan keluar dari kelas itu.
Sebaik saja Cikgu Lisa keluar dari kelas,Iqmal langsung memusingkan kerusinya agar menghadap Ali yang sedang khusyuk membaca buku.
"Hai Ali!Aku Iqmal!"sapa Iqmal sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Ali.
Ali yang mendengar suara Iqmal langsung menghentikan pembacaannya dan memandang Iqmal dengan senyuman lebar yang terukir di bibirnya.
"Hai!Seronok dapat jumpa kau!Aku harap kita boleh jadi kawan!"balas Ali ramah dan menyambut tangan Iqmal untuk bersalaman.
Belum sempat Iqmal mengatakan apa-apa,tiba-tiba Alicia,Roza,Moon,Iman dan Jet datang menghampiri meja Ali dan terus menyapanya.
"Hai Ali!"sapa Moon ramah.
"Hai...Err..."Ali nampak ragu dengan Moon kerana Ali masih lagi tak tahu nama Moon.
"Panggil je aku Moon...Yang pakai cekak hijau ni Alicia,yang sebelah Alicia tu Roza,lelaki poyo gila tu pula Jet"Moon memperkenalkan dirinya dan kawan-kawannya sambil tersenyum lebar ke arah Ali.
"Sedap mulut kau je cakap aku poyo ekk"ujar Jet tak puas hati sambil bercekak pinggang.
Moon hanya mengendahkan Jet.
"Dan...Perempuan lawa yang pakai tudung ni pula Iman!"Moon memperkenalkan
"Oh,hai!"balas Ali dengan senyuman kecil tetapi sangat comel pada pandangan semua yang ada di situ.
"Wah!Kawaii!!"jerit Alicia sambil mencubit kedua-dua belah pipi Ali manakala Ali hanya mampu menahan sakit akibat cubitan Alicia.
"Ah!Ye ye,terima kasih..."ucap Ali yang sedang menahan sakit dan Alicia pun melepaskan cubitannya dari pipi Ali.
"Sorry ye kalau sakit"ucap Alicia sambil manggaruk pipinya yang tak gatal.
"Takpa...Ok je..."balas Ali dengan senyuman paksa.
Tiba-tiba ada seseorang yang menepuk meja.Semua yang ada di meja Ali memandang ke arah sumber bunyi dan melihat Rudy sedang memandang mereka dengan muka tak puas hati.
"Lain kali,kalau nak berbual tu pergi tempat lain,jangan memekak kat sini!"jerkah Rudy dan akhirnya sambung menyelesaikan latihan yang diberikan oleh Cikgu Lisa.
Semua yang berada di situ hanya memberikan Rudy pandangan menyampah dan terus beredar ke tempat duduk masing-masing manakala Ali hanya membuat muka tak faham.
"Kenapa dia ni sombong sangat?"desis Ali sambil matanya terkebil-kebil memandang Rudy.
"Apa yang kau pandang-pandang hah?!Aku tahulah aku handsome,tapi tak payahlah asyik nak pandang je!"ujar Rudy angkuh apabila perasan yang Ali memandangnya.
"Eee...Perasannya!"ucap Ali dengan perasaan meluat dan kembali memandang ke arah Iqmal.
"Sabarlah weh,dia memang macam tu..."pujuk Iqmal sambil menepuk bahu Ali.
"Tapi kot ye pun tak payahlah sampai nak perasan diri tu handsome!Rambut dahlah macam landak!"sindir Ali dengan suaranya yang sengaja dikuatkan apabila menyebut perkataan 'Landak'.
Tiba-tiba ada segumpal kertas dibaling tepat-tepat di atas meja Ali.Ali mengambil gumpalan kertas itu dan membaca isinya yang bertulis...
RAMBUT KAU TU PULA MACAM SARANG BURUNG!!
By:Rudy
Ali merenyukkan kertas itu semula dan melemparkan kertas itu ke dalam tong sampah yang berada di penjuru belakang kelas.
"Weh...K...Kau ok tak?"tanya Iqmal apabila melihat riak wajah Ali yang berubah secara mendadak.
"Aku!Benci!Mamat tu!"ucap Ali menahan kemarahan yang membuak-buak.
"Habislah..."gumam Iqmal dan menepuk dahinya kerana dah tak tahu nak buat apa lagi dah.
SKIP
*Di kantin*
Selepas membeli makanan di kantin,Ali mencari meja untuk dia duduk.Tapi semua dah penuh kecuali satu meja yang menempatkan empat orang pelajar lelaki dan salah satunya ialah Iqmal.
Ali pun berjalan mendekati meja itu.
"Hai!Boleh aku duduk sini?"tanya Ali sambil melihat satu persatu orang yang duduk di meja itu.
"Oh Ali!Boleh,duduklah!"pelawa Iqmal apabila perasan kehadiran Ali.
"Eh Iqmal,ni ke Ali?Budak yang baru pindah tu?"tanya Khai yang duduk di depan Iqmal dengan teruja.
"Ha ah..."jawab Iqmal sepatah.
"Oh...Hai Ali!Aku Khai!Yang sebelah aku ni nama dia Zass"Khai memperkenalkan dirinya dan Zass manakala Zass hanya menunjukkan simbol peace pada Ali.
"Dan...Kalau kau nak tahu,yang tengah makan burger dengan gelojoh tu nama dia Bulat..."ujar Zass memperkenalkan Bulat yang sedang sibuk makan.
"Oh...Ok!"ucap Ali pendek.
"Eh Ali,petang ni kalau kau tak kisah,boleh tak kalau aku nak datang rumah kau?"tanya Khai tiba-tiba.
"Err...Boleh je...Ada yang nak join tak?"tanya Ali pad yang lain.
"Aku tak boleh sebab aku ada tusyen petang ni"jelas Zass.
"Aku nak kena tolong mak aku kemas rumah hari ni"jelas Iqmal pula.
"Aku pula nak tidur!"ujar Bulat tiba-tiba yang membuatkan Ali,Iqmal,Khai dan Zass memandang Bulat dengan poker face.
"Jadi petang ni cuma Khai jelahkan?"tanya Ali lagi untuk memastikan.
Semua yang ada di situ hanya mengangguk.
"Eh,cepat sikitlah makan.Nanti waktu rehat habis kita belum siap makan,tak pasal-pasal kena maki dengan ketua pengawas tu"ujar Zass yang nak mention nama Rudy.Yelah,baru kena makilah katakan pagi tadi.
Mereka pun cepat-cepat menghabiskan makanan masing-masing.
To Be Continue
YOU ARE READING
ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ʏᴏᴜ ᴀʀᴇ ᴍʏ ᴛᴏᴘ sᴛᴜᴅᴇɴᴛ (ʀᴜʟɪ ғᴀɴғɪᴄ) ✓
أدب الهواة✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning⚠⚠⚠ Ini yaoi...Kalau anda tak suka,janganlah baca...😂Ada mature content weh😂🔨 Sinopsis⤵⤵⤵ Highschool AU!! Ali Ghazali,seorang yang pandai,cute,agak keras kepala dan innocent(kah dia??😂) yang sentiasa menjadi pel...