PROLOG

529 56 9
                                    

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"Puteri , patik harap sangat  tuan puteri dapat jaga pusaka ini baik-baik. Jangan biarkan ianya jatuh ke tangan yang salah. Jangan sampai... yang batil memegang yang hak"

"A-apa maksud makcik ni? Makcik? Makcik?"

"Makcik!"

       Razia tersentak lalu terbangun daripada tidurnya. Jeritannya terbawa-bawa sehingga ke alam realiti. Kepalanya berdenyut kesakitan. Mungkin akibat terjaga dalam keadaan yang mengejut. Dua jari mengurut nipis pelipisnya.

       Tidak lama selepas itu, pintu kamar terbuka. Seorang dayang yang mengenakan pakaian labuh berwarna perang kelihatan sedang memegang dulang seramik beserta teko dan juga cawan. Jelas terpampang riak cemas di wajahnya.

"Tuan puteri baik-baik sahaja? Saya terdengar bunyi jeritan dari luar kamar,"soal dayang tersebut dengan nada prihatin.

"Ya... beta tidak apa-apa, cuma mimpi buruk. Masuklah. Letakkan saja minuman itu di meja"

        Razia bangun dan membawa tubuh ke jendela biliknya. Dilirikkan matanya meninjau suasana luar yang nun menghijau. Angin pagi yang nyaman meniup lembut wajahnya disertai jua dengan iringan kicauan burung-burung yang berterbangan. 

         Tetapi tenangnya suasana tidak setenang akal budinya. Cebisan mimpi tadi menimbulkan banyak tanda tanya.

"Pusaka?" 

"Pusaka?" 

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
WHITE AURATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang