Gadis Berambut Ular. Episode satu.

1.3K 78 2
                                    

Annelise Adalah seorang gadis yang sangat cantik, tinggal bersama neneknya sejak kecil lagi. Annelise telah kehilangan kedua orang tuanya,  kerana kemalangan jalanraya.
Rumah Annelise terletak di atas bukit, dan tidak terdapat rumah Orang lain  ada disitu, kerana rumah  Annelise dan neneknya Morgana didirikan atas tanah sendiri. Rumah jiran-jiran mereka semua  didirikan di bawah bukit, dan begitulah sejak dulu lagi.

rumah Annelise sangat besar seperti istana, dikelilingi dengan taman pelbagai jenis bunga yang cantik. Apa yang pelik bagi nenek Annelise, adalah mengenai syaratnya yang tidak membenarkan Annelise ke salon untuk mengunting rambut. sesiapa pun tidak dibenarkan mengunting rambut Annelise, kerana sejak dari kecil nenek Morganalah yang mengunting rambutnya. Apabila rambut dah  panjang separas punggung, nenek Morgana akan mengunting rambut Annelise itu pun hanya sedikit saja.

Selain itu, Annelise juga masih bersekolah, di salah sebuah kolej terkemuka. Pada satu hari, nenek Morgana telah jatuh sakit, dia langsung tidak mahu dibawa ke hospital. Perkara itu telah membuat Annelise sangat risau. malam itu, nenek morgana telah berpesan kepada Annelise,  bahawa harus mengingati pesanannya supaya, jangan sesekali mengunting rambut di saloon, atau pun sesiapa saja. apabila rambut sudah panjang separas punggung, biasalah potong sedikit sahaja, dan Anne buatlah sendiri pesan nenek Morgana.

"Nenek bagaimanakah saya boleh memotong rambut dengan sendiri? itu bukan perkara yang senang." jawab Annelise. "ikut saja arahan nenek,  jikalau awak melanggarnya..! Awak akan menyesal, dan engkau juga akan membungkus rambut seperti nenek seumur hidup." tegas nenek Morgana  kepada Annelise.

Annelise baru menyedari, bahawa selama ini, dia tidak pernah pun melihat rambut neneknya itu. nenek Morgana sentiasa saja membungkus kepalanya dengan kain sutera yang cantik.

Pagi tu, Annelise bangun awal kerana memasak  bubur untuk neneknya. "nek bangun! makan bubur." kata  Annelise. tetapi tiada sahutan dari nenek Morgana. Anne mencuba untuk kejutkan neneknya itu, tetapi tetap tiada jawapan. itu semua, kerana nenek Morgana telah tiada.

Annelise sangat terpukul dengan perkara itu. sukar untuk Annelise menerima dugaan yang sukar itu. walau sepahit mana pun perasaan itu, terpaksa juga  Anne terima.

Tiga bulan telah berlalu. Anne sudah mula menerima pemergian neneknya. Anne kini sudah bebas bergaul dengan kawan-kawan sekolahnya. kerana harta yang diwarisi oleh Anne sangat banyak, tiadak menjadi masalah baginya untuk belanja Rakan-rakannya shopping. Mereka sering melepak, sehingga pada Akhirnya, Anne sudah mempunyai kekasih. untuk menyenangkan kegiatannya, Anne telah membeli sebuah rumah berdekatan sekolah dengan alasan malas memandu pulang. Rumah peninggalan nenek Morgana hanya 10 Km saja dari sekolah, tetapi Anne berkata ianya jauh.

Kerana keinginan untuk bertambah cantik, Anne telah lupa akan pesanan neneknya, dengan merwarna dan mengunting rambutnya di saloon. itu semua, disebabkan desakan kawan-kawan supaya Anne mengubah penapilan.

Selepas Anne pulang dari saloon, Anne berasa sangat pening dan terus tertidur. Anne tertidur sehingga pagi. sebaik saja Anne terjaga, Anne berasa hairan, kerana kepala terasa sangat berat. Anne dapat merasakan seperti ada benda bergerak-gerak diatas bahu. Anne pun memegang kepalanya, kerana tidak tahan. tetapi apa yang terjadi, membuatkan Anne meraung hesteria. kerana rambutnya telah berubah menjadi ular. Anne menjerit memanggil Neneknya.

Bersambung.

Gadis Berambut Ular.Where stories live. Discover now