Gadis Berambut Ular, Episod,2

1K 54 2
                                    

Anne berasa sangat rungsing, memikirkan nasibnya malang itu. sudah seminggu Anne tidak keluar daripada rumah. Anne juga tidak pergi ke sekolah. kawan telefon pun Anne tidak jawab.

Anne bercakap sendirian, "nek bagaimana saya nak meneruskan hidup, saya berasa sangat takut, ular ini sangat mengelikan."kata hati Anne.

Anne menangis tanpa henti. Rambut ular Anne sentiasa Bergerak-gerak tanpa henti. Anne berasa sangat sakit. Anne berkata. "matilah kamu  semua hai rambut bodah ujar Anne.

Anne  pergi dapur, lalu mengambil pisau.Tanpa melengahkanmasa, Anne terus memotong salah satu dari rambut ularnya itu. Tiba-tibaAnne berasa sakit dan terus jatuh pengsan.

sejam kemudian, Anne tersedar daripada pengsan. sambil berfikir didalam hati Anne berkata.  "Oh...apakah yang terjadi, apakah saya telah pengsan?"  dalam hati Anne bertanya. Anne memandang ke bawah, Dan mendapati seekor ular yang telah mati, berada diatas lantai.

Anne tergagam melihat bangkai ular tersebut. "Nasib baik, saya tidak  memotong kesemua ular itu, jikalau itu berlaku, Berkemungkinan saya sudah mati." kata Anne di dalam hati .

"saya hanya memotong seekor daripada ular itu, tetapi sakitnya sehingga boleh pengsan, entah apa akan jadi, kalaulah saya memotong  semuanya kata Anne. Anne pun membatalkan niatnya untuk membunuh kesemua rambut ular itu.

Siang dan malam Anne menangis. Tiba-tiba pada suatu Hari, Anne telah terfikir hendak menyelongkar bilik neneknya. Anne bergegas
Ke bilik nenek Morgana, dan terus saja membongkar almari laci termasuk semua kotak besar dan juga Kota yang kecil.

Setelah selesai Anne menyelongkar semuanya, Anne gagal menemui Apa-apa. Anne hanya mejumpai gambar lama neneknya, bersama dengan beberapa orang perempuan. mereka semua kelihatannya, juga berbungkus  kepala. tapi gambar nenek yang ada dalam Album tersebut, kepalanya tidak berbungkus dan nenek kelihatan sangat cantik.

Anne mengambil semua  kain yang neneknya selalu gunakan untuk membungkus kepalanya. "Saya akan memakai kain ini, esok saya nak pulang kampung, Sudah agak lama saya tidak pulang kampung, tidak pasti adakah saya masih mengingati jalan itu di dalam hati Anne sangat
Kacau bilau.

Sekitar jam empat pagi, Anne bangun untuk bersiap. Anne bertolak beberapa minit kemudian. setelah lima jam perjalanan, akhirnya Anne sampai.  Anne memberhentikan kereta didepan rumah peninggalan keluarga nya. tuk..tuk...tuk.. Anne mengetuk pintu. tidak lama menunggu, pintu pun dibuka oleh seorang perempuan tua. perempuan tua itu tersenyum sambil memperlawa Anne untuk masuk. perempuan tua dan juga berbungkus kepala itu bersuara. "akhirnya masa yang dinanti-nantikan sampai juga, engkau sudah datang kata perempuan tua itu.

"Kenapa nenek menunggu saya?" soal Anne. orang tua itu menjawab jika begitu, Mengapakah awak datang?" orang tua itu bertanya. "saya mahu bertanya, bagaimanakah saya nak  mengembalikan rambut saya seperti dahulu? saya tidak mau begini ujar Anne. Anne...! Dah tak boleh berbuat Apa-apa, Awak sudah melangar pantang." jawab nenek itu.

"Nenek mengetahui nama saya?" Anne bertanya. sudah tentu saya tau, kerana saya adalah kakak kandung nenek awak morgana, jawab nenek itu. Okey nek tolong jelaskan! kerana saya nak balik, jauh lagi perjalanan ni! kata Anne.

sudah saya katakan! Bahawa ini adalah sumpahan turun-temurun, dalam keluarga sudah lumrah semuanya akan berambut ular, jikalau terlangar pantang." Ulas nenek itu. ianya hanya akan kembali seperti sediakala jikalau awak berjaya berkhawin dengan lelaki yang sanggup menerima keadaan kamu ini dengan ikhlas." kata nenek itu.

Oleh Kerana nenek itu tidak dapat membantu, maka Anne pun minta diri untuk pulang.

Setelah pulang ke rumah, Anne membuka balutan kepalanya. Anne tidak tahan panas dan berat yang ditanggung a.  Anne terus saja tertidur, kerana kepenatan.
tanpa disedari, pada waktu itu seorang pencuri yang bertujuan untuk mencuri, telah berjaya masuk ke dalam rumah.

Dengan tidak sengaja, pencuri itu telah melihat Anne, dengan rambut ularnya. pencuri tersebut tidak jadi nak mencuri, tetapi telah mengambil beberapa keping gambar Anne, lalu terus pergi. Anne pula langsung tidak menyedarinya kerana telah terlelep.

Sekitar jam sepuluh pagi, Anne dikejutkan oleh ketukan Hector kekasihnya. Anne tidak mahu membuka pintu, tetapi Hector memanggil-mangil namanya. 

"Anne cepat lari! ada orang hendak menangkap engkau!" Ujar Hector.  "Mengapa, dan atas alasan apa?" jawab Anne. sambil membetulkan kain pembungkus kepalanya. tapi Hector berkata,tidak payah awak  tutup lagi!  saya sudah melihatnya kata Hector. cuba awak lihat! ujar Hector, sambil menunjukkan surat khabar.

seorang lelaki bakal menjadi jutawan apabila menunjukkan lokasi seorang gadis yang berambut ular. Anne menangis membaca berita yang
terpampang di dalam akhbar itu. sambil Hector mengarahkan Anne supaya cepat pergi. memang malang nasib Anne, Kerana orang berkenaan sudah pun tiba. Hector mencuba untuk menghalang, tetapi Hector telah dipukul sehingga pengsan. dan satu lori lelaki berbadan besar telah masuk ke dalam rumah dan telah menangkap Anne.

Bersambung..

Gadis Berambut Ular.Where stories live. Discover now