Sebulan berlalu, Anne baru mengetahui kebenaran bahawa dia ialah berasal daripada keturunan bangsawan. Menurut cerita daripada makcik-makciknya,Ayah Anne ialah perwaris segala harta peninggalan daripada keturunan mereka. Kerana itu, Amy dan keluarganya tinggal di dalam rumah besar bak istana tersebut.
"Makcik, saya sudah mengingati sesutu, bukankah dulu rumah ini mempunyai beberapa orang pembantu? dimanakah mereka Semua?" Anne bertanya.
"Mereka semua terpaksa kami behentikan kerja secara baik. Disebabkan, kami takut masalah akan timbul, Kami tidak mahu keadaanmu diketahui orang, oleh yang demikian keputusan itu terpaksa kami buat. kami mengambil keputusan untuk bergilir-gilir datang membantu kerana itu sudah menjadi tangungjawab dan tradisi keluarga kita, Perwaris utama harus dilindungi." Ulas ringkas seorang daripada makcik Anne.
"Oh...ya! esok paranormal akan datang melihat keadaanmu dan juga rumah ini. jangan lupa, membuat persediaan," Pesan makcik Anne.
"banyakkah orang itu makcik?"
Anne bertanya lagi."Tidaklah ramai, hanya tiga orang termasuk dua orang pembantu."
Malam itu, Anne bermimpikan seorang lelaki yang sangat tampan. Lelaki itu tersenyum berkata.
"Anne, saya berharap janganlah awak berbuat sesuatu yang menyakitkan diri awak, jika awak sakit, saya juga akan turut sakit, saya sangat sayangkan awak Anne...saya sangat bahagia bersama awak sekarang. saya berjanji akan menjaga awak untuk selama-lamanya." kata lelaki itu, membelai pipi Anne.
Anne terjaga dan sempat merasakan kehangatan di atas tepi katil. Anne merasakan malam itu sesorang telah duduk di sebelahnya. Akan tetapi, Anne tetap menenangkan diri dan menganggap itu hanyalah sekadar mimpi.
paranormal yang dijemput pun tiba. Selepas meninjau seluruh kawasan dalam dan luar rumah, paranormal itu berkata mahu memeriksa Anne.
"Anne cepatlah!"
Arah makcik Kepada Anne.Anne datang dan diminta untuk duduk. paranornal itu, memegang kepala Anne untuk menyelami sejauh mana tubuh Anne telah dikuasai oleh orang bunian itu. Tiba-tiba, rambut ular Anne keluar daripada balutan dan mencuba untuk mematuk paranormal itu. Nasib baik, paranornal itu sempat mengelak, jika tidak, sudah tentu paranornal itu mati dipatuk oleh rambut ular Anne.
Disebabkan insiden itu, Anne berasa sangat marah lalu memicit kepala salah satu di antara rambutnya itu. Anne berkata.
"Sudah saya katakan, jangan mematuk orang sembarangan mengapakah kamu semua tidak menurut kata?"
marah Amne."Bagaimanakah, atau adakah cara lain untuk membebaskan anak saudara saya daripada belengu ini?" Tanya Rara. Rara nama kepada makcik Anne itu.
"Maaf, Kami sudah tiada cara untuk mengubati anak saudara Puan. tubuh anak saudara puan ini telah bersatu dengan roh lelaki bunian yang dilanggar mati itu. Untuk membolehkan rohnya terus hidup, dia perlu bersatu dengan tubuh orang yang masih hidup. Rambut ular anak saudara puan itu ialah jelmaan lelaki bunian tersebut. Lagi satu, nenek Morgana yang Anak saudara puan katakan itu, sebenarnya ibu kepada ular tersebut. Wanita bunian itu telah ikut ke rumah ini dan menyamar sebagai nenek kepada anak saudara puan. Disebabkan itu, hanya anak saudara seorang saja boleh melihatnya. Cerita tentang kematian wanita yang dia anggap nenek itu semuanya tidak benar. Sebenarnya wanita bunian itu tidak mati.apa yang sebenarnya, saya telah berjaya mengusir wanita bunian itu dari sini. Dunia palsu bagi anak saudara sudah berakhir kerana wanita itu tidak akan mampu kembali disini lagi. saya sudah lakukan yang terbaik untuk menghalangnya." Ulas paranormal itu.
"Apakah rambut saya akan begini selamanya?" Anne bertanya sedih.
"Maaf cik Anne, kami tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Jika kami lakukan juga, itu akan membahayakan nyawa cik. Roh lelaki bunian itu benar-benar telah bersatu dengan cik. walau apa pun, cik kena terima, ular itu tidak akan mengapa-apakan cik kerana ular itu sangat sayangkan cik. Roh lelaki bunian itu, telah mengaku kepada saya." Kata paranormal itu.
YOU ARE READING
Gadis Berambut Ular.
Fantasymenceritakan tentang seorang gadis berketurunan bangsawan. Disebabkan oleh satu perkara, Rambutnya bertukar menjadi ular.