Dalam perjalanan pulang, Anne berbisik-bisik sendirian. Kerana berasa tidak selesa, Hector berkata.
"Awak ni.. cukuplah tu, tidak payah nak serabutkan lagi fikiran tu! Kata Hector.
"Saya berasa sangat tidak berpuas hati, dengan apa yang Pakcik tadi itu katakan, dia kata saya berkhayal, mana mungkin saya berkhayal, sebab, memang benar saya, telah bertemu dengan nenek minggu lalu, lagi pun nenek saya morgana juga pernah membawa saya datang melawat di kampung, oleh Kerana itu, adalah mustahil saya tersalah." Ujar Anne.
"Baiklah, walau apa pun kita pulang dulu, dah petang ni, perjalanan pun masih jauh." Kata Hector.
Kini, Anne terfikir Pula, bagaimana nasibnya dengan Hector. Melihat kepada keadaannya sekarang, agak susah dan mustahil untuk mereka berdua hidup bersama. Anne berasa sangat rungsing. Ketika di dalam lamunan, fikiran Anne melayang pula di tempat yang lain. Kini Anne, terfikir akan sesuatu di rumah.
"Oh... adakah malam ini, makanan dah tersedia? saya berharap adalah makanan itu, saya nak menjemput Hector, untuk makan malam bersama." Kata hati Anne.
Sebaik mereka berdua sampai di rumah, Hector pun meminta izin untuk pulang. Namun Anne telah menghalangnya, Kerana nak makan bersama.
"Kita makan bersama dulu, selepas itu awak boleh pulang!" kata Anne. Dengan senyuman, Hector berkata.
"Adakah di dalam keadaan yang letih, awak masih larat nak memasak?" kata Hector sedikit memperli.
"Ada orang datang tolong saya masak, jawab Anne.
"Oh... baiklah jika begitu, ayuh lah masuk!" kata Hector.
Sebaik saja mereka masuk ke dalam rumah, Anne terus bergegas ke dapur, Anne berasa sangat risau, memikirkan, tentang ada kah makanan yang akan terhidang pada malam itu. Anne berasa sangat gembira, melihat ada banyak makanan sudah terhidang di atas meja.
"Hector....! Jom makan, ada banyak makanan lazat!" Ujar Anne.
"Wah...! banyaknya makanan, memang agak sesuai, Kerana saya sangat lapar, setelah sehari suntuk, tidak makan dan minum, ujar Hector.
"Awak makanlah...! kata lapar sangat, tetapi tidak pula pandai diam kata Anne.
Setelah mereka berdua selesai makan, Hector terus duduk berehat di ruang tamu.
"Hector.. ada sesuatu yang ingin ku katakan kepadamu!" kata Anne.
"Apakah itu? teruskan saja, saya mendengar." Jawab Hector
"Hector.... Awak duduklah dekat sikit.! Sebenarnya saya mahu usulkan kepadamu, bahawa saya nak hubungan Kita ini, sampai di sini saja, saya dah banyak berubah, kita tidak akan boleh bersama, memandangkan kini, saya dah berubah menjadi separuh manusia, dan binatang, cuma satu pintaku, tolong simpan rashia ini!" Kata Anne.
"Sayang mengapakah awak berkata begitu? Tidak mungkin Saya akan berbuat begitu." kata Hector.
"Dari dalam lubuk hatiku, sangat berterima kasih kerana awak sentiasa menolong saya, walaupun keadaan saya sekarang sangat menjijikan tetapi awak tetap ada, saya mahu awak bahagia, kau carilah teman baru yang normal, dan awak tak perlu datang disini lagi!" kata Anne.
"Sayang awak ni dah kenapa? awak hanya sakit, kita pergi jumpa dokto, pasti doktor ada jawapannya, pasti doktor akan usahakan sesuatu untuk mengubatimu." Jawab Hector.
"Apakah kamu mahu saya jadi bahan uji kaji? cukuplah saya tidak akan setuju, kamu tahu sendiri, disebabkan keadaan saya ini saya telah diculik dan hampir kena jual, adalah tidak mustahil, sekiranya saya berjumpa dengan doktor, berkemungkinan saya akan berada di mazium untuk pameran, saya berharap kamu menyimpan rasiah ini, tolonglah..! Kata Anne.
YOU ARE READING
Gadis Berambut Ular.
Fantasymenceritakan tentang seorang gadis berketurunan bangsawan. Disebabkan oleh satu perkara, Rambutnya bertukar menjadi ular.