Setelah Anne terjaga, Hari dah siang. "Oh... dimanakah Saya berada?" Anne berkata sendiri. Anne berasa sangat keliru,, dan mencuba mengingati apa sebenarnya yang terjadi.
"Oh...ya... semalam saya telah bersembunyi di sini." Kata Anne baru mengingati.
Nasib Anne, baik Kerana kecederaan yang dialaminya tidaklah serius sangat, hanya mengalami luka sedikit saja. Oleh Kerana itu, Anne masih boleh berjalan, walaupun dalam keadaan terinjut-injut.
"Ada baiknya, saya pergi jalanraya dahulu, mana tau, ada kereta yang lalu, dan saya boleh menumpang." Kata hati Anne. Anne teringgat tentang duit dan juga telefon yang telah di ambilnya daripada orang jahat itu. Di dalam poket, Anne memeriksa. Anne berasa sangat lega Kerana wang dan juga telefon bimbit, masa berada di dalam poketnya.
Anne terus pergi ke jalanraya. Tidak berapa lama, kelihatan ada kereta datang melalui jalan itu. Anne melambaikan tangan isyarat meminta pertolongan. kereta itu pun di berhentikan.
"Cik nak kemana?" Pemandu kereta bertanya. seorang lelaki dan perempuan sedang berada dalam kereta.
" Bolehkah kamu tolong tumpangkan saya?" Sejurus Anne memberitahu di mana destinasinya. "Maaf, tetapi kami tidak sampai di tempat yang Mis maksudkan, maaflah." kata orang itu.
"Tolonglah, jika kamu sudi menolong saya, Saya akan memberi kamu duit upah, sebanyak satu ribu." kata Anne. Kedua orang itu berpandangan, sambil tersenyum.
" baiklah, Kami boleh hantar cik, silakan masuk kata orang itu memperlawa.
Setelah dua jam perjalanan, akhirnya, mereka pun berjaya tiba.
"Turunkan saja saya disana!" kata Anne. "Jika Cik mahu, kami boleh menghantar cik ke rumah, jika rumah cik sudah dekat." kata orang itu.
"Oh..tidak mengapa, disini saja jawab Anne.
Anne memang sengaja tidak mahu orang itu menghantarnya, kerana Anne takut dan harus berwaspada.
"Ini dia, duit yang saya janjikan, ambilah kerana saya tidak memerlukannya." kata Anne. kedua orang itu berasa sanggat gembira, apabila mengira wang yang di berikan, berjumlah, seribu lima ratus.
Kedua orang tersebut, berulang kali berterima kasih kepada Anne. lelaki itu berkata kepada isterinya.
"Sayang...pasti gadis itu, sangat kaya, mendengar daripada Kata-kata perempuan Itu, Saya dapat menekanya." Kata lelaki itu.
"mungkin juga jawab isteri lelaki itu ringkas.
"Nasib kita sangat baik pada hari ini." Kata lelaki itu gembira.
Setelah orang itu berlalu, Anne terus saja mencari teksi untuk pulang.
"Di sini sajalah, rumah saya disebelah sana saja, kenderaan susah untuk masuk di kawasan perumahan." kata Anne.
tetapi rumah yang ditunjukkan oleh Anne bukanlah rumahnya, tetapi rumah jiran yang tinggal di bawah. Pemandu teksi yang di upah
hanya menurut apa yang Anne katakan.Semasa naik bukit, tiba-tiba Anne teringat akan sesuatu.
"Semalam, saya berasa sangat lapar, tetapi mengapakah rasa lapar tiba-tiba hilang? Mungkinkah saya terlampau risau, sebab itu lapar pun hilang." Kata hati Anne.
Sebaik saja sampai di rumah, Anne terus saja masuk. keadaan dalam rumah sangat bersih.
"Ei....siapakah yang telah membersihkan rumah, seingat Saya ketika di culik, banyak barang yang telah pecah, jangan-jangan ada orang yang telah masuk dan telah tinggal di dalam rumahku ini." Kata Anne hairan.
YOU ARE READING
Gadis Berambut Ular.
Fantasymenceritakan tentang seorang gadis berketurunan bangsawan. Disebabkan oleh satu perkara, Rambutnya bertukar menjadi ular.