Sebaik saja tersedar dari pengsan, Hector mencari Anne sambil memangil namanya namun tiada jawapan. Barang-barang dalam rumah banyak yang pecah. Hector tau Anne mencuba untuk melawan, akan tetapi tenaga perempuan setakat manalah saja.
"Kasihan sungguh awak Anne... saya akan mencuba untuk mencari awak." dalam hati Hector berkata.
Anne meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri. tangan dan kakinya termasuk mulut telah di ikat. Anne tidak dapat berbuat apa-apa. Setelah beberapa jam perjalanan, lori itu pun berhenti. Anne yang tertidur kepenatan, telah dikejutkan.
" hei...Bangun!" kata penculik itu. Anne dibawa masuk ke dalam rumah dan kelihatan seorang lelaki sedang duduk menunggu.
"bos ini dia perempuan itu!" Kata salah seorang daripada penculik itu.
"bagus buka ikatan kepalanya... saya mahu melihat rambut perempuan itu." Kata Ketua penculik itu mengarahkan orang-orangnya.
sebaik saja Ketua itu melihat rambut Anne, Jelas kelihatan kegembiraan di wajahnya.
" Ha..ha... apabila kita menjual perempuan ini, kayalah kita semua. pengusaha circus pasti akan membayar kita dengan harga yang tinggi." Kata ketua Penculik gembira.
"tapi bos bagaimana dengan orang yang telah mengambil gambar perempuan ini, Orang itu sudah pergi ke syarikat Akhbar, Wanita ini sudah masuk News, kalau pihak yang berwajib tahu, susah kita bos!" Kata salah seorang daripada penculik itu.
"Ala cari saja orang itu, ugut saja dia, paksa Orang itu, memberi keterangan, supaya membuat pengakuan, bahawa dia hanya berbohong, itu pun nak saya ajar lagikah?" Kata Ketua itu.
Baiklah bos." Jawab penolong ketua kumpulan itu. "Ayuh Kita pergi." kata penolong itu, sambil membawa enam orang untuk mengikutinya. kini tinggal hanya lima orang termasuk ketua, yang tinggal untuk mengawasi Anne.
"kalian buka ikatan pada tangan dan mulut Wanita itu, arahkan dia supaya makan, nasi bungkus Ada kat atas meja, begitu juga dengan air." Kata Ketua geng itu.
Walaupun Anne berasa sangat lapar, tetapi Anne tidak menjamahnya, makanan itu, Walau sedikit pun.
Malah sebaik saja tangan Anne dilepaskan, Anne telah menampar Ketua geng itu."berani awak menampar saya..! Kalian ikat Wanita ini! saya akan mengikat mulutnya, biarkan Wanita ini kebuluran, Biar dia rasa, bagaimana rasanya kelaparan." Kata Ketua geng itu.
Ketika semua sedang sibuk mengikat Anne, tiba-tiba rambut ular Anne telah mematuk kesemua penculik itu. Anne tercengang sekejap melihat semua penjahat itu, jatuh dan terus kaku. Anne pun cepat-cepat membuka ikatan di kakinya lalu bersedia untuk melarikan diri.
Anne mengambil kunci kereta, sedikit duit dan handphone. "saya harus cepat, kata Anne di dalam hati.
sebaik saja keluar daripada rumah itu, Anne tidak tidak tau pun, dimana dia berada. Anne membuka telefon bimbit Orang jahat itu, lalu terus membuka maps. Anne pun memandu berpandukan maps itu. Setelah beberapa jam perjalanan, Anne dan kereta yang dinaiki oleh penjahat yang lain, saling melepasi. Seorang daripada penjahat telah menyedari.
"Kemanakah bos, dan yang lain mahu pergi? Saya melihat kereta bos melepasi kita dari arah bertenang." Kata salah Seorang penjahat yang menyedari.
"Cuba telefon Bos!" Kata penolong ketua, Memberi arahan. Puas penjahat itu mendail, tetapi tiada siapa pun yang menjawab.
"Mengapakah tiada satu pun diantara mereka yang menjawab? Ini mesti ada sesuatu." Kata Seorang daripada ahli kumpulan itu.
"Kita pusing, dan ekori bos." Kata penolong ketua, mengarahkan. lori pun dipecut untuk mengejar, sambil membunyikan hon Lori Semakin dipecut. "matilah kata Anne. Anne mencuba menambah kelajuan kereta, yang dipandunya itu. Terasa kereta yang dipandu oleh Anne, dihimpit ke tepi. Disebapkan telah di impit Anne telah terbabas.
Agak malang bagi lori yang di naiki kumpulan penjahat itu, kerana tumpuan hanya untuk menghimpit kereta yang dipandu Anne,
pemandu telah gagal mengelak trailer dihadapan.lori yang di pandu oleh kumpulan tersebut, telah bertembung dengan jentera berat itu. Kesemua penumpang di belakang telah tercampak dan kesemua penjahat itu, telah meninggal di tempat kejadian.
Anne tidak peduli, dengan kejadian yang berlaku di sekitarnya. Anne yang mengalami kecederaan, sempat keluar dari kereta, sebelum kereta itu hangus terbakar.
"Saya mesti pergi dari sini sebelum polis datang kata hati Anne. saya pasti akan mendapat susah jikalau kedapatan, kalau sisatan kerana penculikan tidak mengapa, tetapi dalam keadaan saya begini pasti tida mengizinkan, oleh itu, saya mesti cepat pergi jauh dari sini, sebelum ada orang nampak dalam hati Anne berkata.
setelah dua jam berjalan, Anne berasa sangat penat. Anne masuk ke dalam hutan untuk bersembunyi. nasib baik di tepi jalanraya adalah hutan. dengan itu, memudahkan Anne untuk bersembunyi.
Anne berasa sangat lapar dan dahaga. tetapi yang peliknya, rambut Anne seakan-akan mengerti, dengan mengosok-gosokkan badan di pipi Anne. ular itu membelai dan membelit leher Anne dengan lembut. saya lapar kata Anne. dengan tiba-tiba salah seekor dari rambut Anne telah memuntahkan sesuatu ke dalam mulut Anne, dan Anne pun terus tertidur.
Bersambung..
YOU ARE READING
Gadis Berambut Ular.
Fantasymenceritakan tentang seorang gadis berketurunan bangsawan. Disebabkan oleh satu perkara, Rambutnya bertukar menjadi ular.