Part 5

649 15 0
                                    


SETELAH puas bergolek-golek, mata ini tetap tidak mahu tertidur. Aku mula berasa haus  dan perut pula sudah bermain dengan irama keroncong. Aku jeling jam yang sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Dengan malas aku menguakkan selimut lalu turun dari katil.

Aku tolak pintu lalu terus pergi ke dapur.

Burrr!!

Berderau darahku, seorang lelaki yang hanya berkain pelikat tanpa baju sedang duduk santai di meja, sambil makan nasi goreng sejuk.

Fuh! Mental ke apa sejuk-sejuk begini dia tidak pakai baju sebaliknya hanya berkain pelikat selapis. Aku segera beredar cepat-cepat sebelum dia nampak aku datang atau sebelum dia sedar aku telah nampak dia yang sedang seksi begitu.

Debuk!

"Adduiii!"

Aku terus tutup mulut dengan sebelah tangan, dan sebelah tangan lagi menekup dahi sendiri. Tiba-tiba sahaja aku terbentur ke dinding kaca, punyalah hendak cepat lari dari dia sampai aku terlupa di dapur ada pintu yang diperbuat dari kaca.

Aku meraba dahi kalau-kalau benjol kerana benturan itu agak kuat sehingga aku tertolak ke belakang. Maklumlah aku kan atlit SUKMA, sudah pasti larian aku kurang sedikit sahaja dari kehebatan Usain Bolt.

"Tak guna punya pintu, kat sini pulak kau ada. Tumbuhlah kat tempat lain, tak lah aku langgar!"

Aku mengomel memarahi pintu yang langsung tidak bersalah itu sambil menggosok-gosok dahi yang aku cukup pasti sudah bertelur sebiji.

"Sakit ke?"

"Oh mak kau hijau!"

Purrrr... berderau darah ku sebaik sahaja aku terdengar suara menyapa. Dia nampak serius menghampiri aku dengan hidung yang masih membengkak. Tapi... berdesup-desup air liur menerjah kerongkongku. Meletup-letup rasanya diafragma ku diterjah oleh jantung aku sendiri. Aku cuba memandang ke arah lain dari melihat tubuhnya yang berlekuk-lekuk tanpa baju itu. Demi maruah komando, aku membalikkan diri dan beredar tanpa menjawab soalannya.

"Awak nak ke mana?"

Dia menangkap pergelangan tanganku. Tahu-tahu sahaja dia sudah berada di belakangku, cukup hampir sampai aku merasai bahang hangatnya tubuh dia yang tidak berbaju itu.

Awas Rock jangan pandang belakang! jangan! jangan! Hatiku melarang tetapi tubuhku tidak seiring dengan hati, aku memalingkan tubuh ku mengadap dia.

Buk!

Tubuh kami berlaga. Aku rasa pipi ku bagaikan kembang dan segala-galanya roma yang ada di tubuh ku meremang pada tahap sudut 90 darjah. Kalau ada cicah jatuh, confirm cicak itu akan syahid tertusuk bulu roma aku.

"Awak nak ke mana?" Soal Akim. Dia menarik tanganku yang sedang menekup dahi.

"Sakit ke?"

Ya Allah! suaranya terasa bergetar bagaikan dia sedang menelan suaranya sendiri jauh di kerongkong. Aku pun terasa macam mahu menelan suara dia sekali. Aku tahan nafas supaya bau sambal petai yang aku makan siang tadi tidak sampai kepadanya.

"Bagilah saya tengok."

Dia menundukkan mukanya betul-betul menghadap kepadaku. Wajahku betul-betul bertentangan dengan tulang selangkanya. Dan tatkala dia sedang mengangkat lengannya hendak menarik tanganku di dahi, aku terpandang sesuatu yang aku memang tidak suka sejak azali lagi.

Fuh! Bulu ketiak! Adoilah dia ni cantas terus mood gementar aku.

"Erkkk bulu ketiak!"

Aku berterus terang dengan komen yang paling jujur dalam hidupku. Sumpah aku memang telus bab komen mengomen ini. Terus dia jatuhkan tangan lalu pandang aku dengan dengan mata yang bulat lantas mengepit tangannya di celah kedua-dua belah ketiaknya. Dia ketawa tiba-tiba, ketawa lepas yang aku tidak pernah tengok darinya selama ini. Sepanjang mengenalinya dia cuma tersenyum, aku tidak pernah tengok dia ketawa macam malam ini. Dia terus berundur, lalu masuk ke biliknya. Aku pula ke dapur hendak minum air.

My Love BodyguardWhere stories live. Discover now