Part 8

641 18 2
                                    


"SAYA nak pindah."

Aku bersuara tenang pagi itu. Akim nampak sudah cukup sihat. Malam tadi aku jaga dia sampai ke subuh, sampai aku tertidur duduk di tepi dinding. Tahu-tahu bila tersedar aku sudah elok terbaring atas lantai berbantal dan berselimut. Dia juga baring atas lantai dan nampak tidur dengan lena setelah makan bersuap. Kasihan katil, tiada siapa yang sudi tidur di atasnya.

"Pindah?" Akim nampak terkejut dengan kata-kataku.

"Yelah pindah. Awak lelaki, saya perempuan... kalau kena tangkap basah kan susah."

"Takkan kena tangkap basahnya, saya jamin." Dia menjawab yakin.

"Hal nak jadi, mana kita tahu. Awak pun tahu soal halal dan haram, kita bukan mahram. Semalam saya dah cari rumah, dekat dengan rumah Airiel dan tuan rumah dah setuju hendak bagi sewa yang agak murah."

Akim nampak terdiam dan enggan bercakap tentang itu. Tengahari itu aku meminta kebenaran Akim untuk keluar membayar wang pendahuluan sewa rumah. Aku minta gaji awal sebagai pendahuluan untuk memulakan hidup di bandar. Akim kelihatan teragak-agak memberikan aku duit sebanyak RM1000.00. Kedekut juga dia ni, walaupun dia bagi tetapi aku nampak mukanya 'ketat' untuk melepaskan aku dan Airiel keluar.

AKU mengambil masa yang sekejap sahaja mengemaskan rumah yang sememangnya sudah kemas itu. Perabotnya juga agak lengkap dengan dapur masak sekali. Aku juga membeli sedikit barang dapur untuk keperluan beberapa hari. Semuanya dengan bantuan Airiel dan dia ini memang ringan tulang. Selain dari wajahnya yang sweet dia juga seorang yang mudah bertolak ansur dalam banyak perkara. Paling penting Airiel juga tidak kedekut, abah kata kalau seseorang itu tidak kedekut dan berkira terutamanya soal makan dan minum itu tandanya kawan yang baik.

Akim hanya diam sahaja sepanjang aku menghantarnya pulang. Dia termenung bagaikan memikirkan banyak perkara.

"Kalau dah pindah ni boleh ka cheq bawak gheta ni balik sana. Senang cheq nak mai ambik Akim nanti."

Akim diam sejenak dan aku nampak dia sedang memerhatikan aku melalui cermin pandang belakang. Serba salah aku bila di tenung begitu.

"Saya ni selalu sakit, kalau tiada sesiapa di rumah susah jugalah saya nak minta tolong." Akim bersuara mendatar, aku rasa kasihan pula mendengar suaranya itu.

"Tak pa, Akim pukoi talipon ja, nanti berdesup cheq datang tolong." Aku yakinkan dia.

"Itupun kalau saya sempat call, kalau tak sempat nak buat macam manakan?"

Akim bersuara sayu dan aku mula rasa cukup sayu dan layu.

"Awat cakap lagu tu, Akim menikahlah lain... senang ada orang rumah tulong. Sakit pening senang oghang jaga."

Aku jeling dia dari cermin pandang belakang. Dia juga sedang memandang ke arahku. Cepat-cepat pula aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Matanya memang selalu buat aku rasa lain macam. Pandangannya sentap jauh ke dalam hati, hanya aku sahaja yang faham perasaan itu. Perasaan yang membuatkan aku sering rasa sesak nafas.

"Saya dah kahwin."

Srettt! Tiba-tiba aku brek mengejut sebab aku memang terkejut.

Bum! Porsche dihentam dari belakang. Akim terdorong ke hadapan lalu terhantuk ke kerusi hadapan. Buat lagi! Sapa suruh tidak pakai seat bealt. Bunyi hon bertalu-talu dan tiba-tiba seorang pemuda berlagak samseng terus datang ke keretaku dan mengetuk-ngetuk cermin tingkap. Jalan mulai sesak dengan orang yang cuba mengelak kereta kami. Hidung Akim berdarah semula, mungkin kesan benturan di pintu tempohari masih belum pulih.

My Love BodyguardWhere stories live. Discover now