Part 6

654 16 7
                                    



PAGI ini aku solat subuh gajah lantaran 'terbabas' sebab tidur lewat semalam. Aku bercadang hendak meneruskan tidurku semula. Namun hasratku terganggu gara-gara terdengar suara bising-bising di luar rumah. Suara tangisan seorang budak juga begitu menganggu aku, maklumlah aku anak bongsu jadi aku jarang mendengar suara budak menangis. Suara tangisan yang meruntun itu membuatkan aku tidak tenang untuk meneruskan tidur.

"Mikha nak papa! Nak papa jugak! Mummy kata ahad Mika boleh duduk dengan papa tapi mummy tipu."

"Shut up Mika! Mummy dah bagi Mika jumpa papa, sekarang kita balik!"

Aku mengintai, aku lihat seorang budak lelaki yang berusia dalam lingkungan empat tahun itu sedang menarik-narik tangannya dari pegangan wanita yang aku jumpa di pejabat Akim semalam.

Meronta-ronta budak itu minta dilepaskan sedangkan aku melihat Akim hanya berdiri memandang dengan muka ketat.

"Biarlah dia tinggal dengan I, nanti I hantar dia balik." Akim bersuara tenang.

"No way Lukhman, since you dah bawak perempuan sundal tu dalam rumah ni, I haramkan anak I tinggal dengan you!"

Mak aihh perempuan sundal? Siapa tu aku kah? Ini sudah lebih kalau berani-berani kata aku sundal.

"Jaga mulut kau Nurhaslynna! Dia lebih berhak ke atas aku! Lebih berhak atas rumah ini melebihi hak you dan Mikhaeyll!"

Aku lihat Akim mengertap rahangnya dan merenung wanita itu tepat-tepat. Erkk, berhak ke atas dia, oh leganya aku. Ini bermaksud perempuan sundal tu bukan akulah sebab aku tak berhak langsung ke atas Akim apatah lagi rumahnya. Aku terus hempaskan semula tubuhku di katil lalu menarik selimut, lantaklah perang saudara ke, perang dunia ke aku hendak tidur! Letih nanti mereka berhentilah agaknya. Takkan mereka hendak bergaduh sampai esok?

Namun aku terpaksa menguak semula selimut. Tangisan kanak-kanak itu begitu meruntun sampai aku tidak boleh tidur, aku kasihan bila teringat budak itu yang beriya-iya hendakkan Akim. Betulkah itu anak Akim, maknanya Akim duda. Aduhai dudalah pula, aku memang reject awal-awal kalau duda ni. Anak dara mesti dengan anak teruna, kalau duda kenalah dengan janda. Falsafah ni aku dapat dari mana pun aku sudah lupa, tetapi aku pegang kukuh-kukuh supaya ia tetap terpahat di hatiku.

Kali ini aku potong markah lebih tinggi, 15%, maka tinggal lagi 55% sahaja Akim boleh memenuhi kriteria untuk mencairkan hati aku ini. Aku menghela nafas berat, berapa pun markah yang aku berikan untuk Akim, kami tetap takkan boleh bersama. Aku sudah berkahwin, dan suamiku seorang pak haji tua dan sudah pastinya dia seorang duda. Pancung terus nafsu tidurku, aku terus bangun lantas mandi dan bersiap seadanya.

Tangisan budak itu masih kedengaran. Peperangan ibu dan anak yang berlaku di luar tidak begitu menarik perhatianku. Aku malas hendak campur tangan urusan orang. Akim pun aku lihat hanya berdiam diri dari tadi. Cuma perempuan itu sahaja yang tidak habis-habis memberikan ceramah percumanya dan ayat sundal tidak habis-habis keluar dari mulutnya.

Setelah aku keluar, kasihan pula aku tengok Akim mendapat jurus-jurus serangan mulut dari wanita itu sedangkan dia tidak membalas langsung. Haila Akim, kalau betul itu isteri awak, dayuslah biarkan diri dicerca begitu.

Aku ambil keputusan untuk berhadapan dengan mereka. Dengan langkah macho ingin melindungi bosku yang ganteng itu, akukan bodyguard dia.

"Assalamualaikum, apa kes bising-bising ni. Cantas mood nak tidur tahu." Aku menyapa mereka.

My Love BodyguardWhere stories live. Discover now