Part 4

677 16 0
                                    


TERKEBIL-KEBIL aku mengikut Akim shopping, dia ni betul-betul kurang waras. Pakaian yang dia belikan untuk aku buat aku rasa macam hendak masukkan sahaja baju-baju itu dalam frame dengan tag harganya sekali. T'shirt sahaja mencecah ratusan ringgit belum lagi jeans aku yang dia pilihkan. Macam mana dia tahu saiz aku?

Mujurlah IQ aku bukan rendah sangat hendak meneka. Pasti dia tahu saiz aku kerana dia telah sidai pakaian aku, jadi bukan setakat jeans, seluar dalam dan coli aku pun dia tahu saiznya.

"Jom."

Tiba-tiba dia menuju ke arah department pakaian dalam wanita. Biar betul, dia memang singgah di bahagian pakaian dalam wanita! Aku terkebil-kebil lagi macam cicak nampak serangga, kali ini aku rasa macam hendak hantuk kepala dia ke lantai pula. Agak-agaklah kalau hendak belikan aku pakaian dalam sekalipun.

"Kenapa berdiri di situ, marilah pilih." Dia menggamit aku.

"Nak buat apa ni?"

"Beli untuk awaklah." Dia menunjuk kearah baju dalam yang diperagakan.

Aku rasa macam tersangkut tulang selangka! Tak malu betul dia ni.

"Eh, tak payah susah-susahlah. Lain kali jerrr." Aku elakkan diri dari pandang mukanya.

Sebenarnya aku belum begitu terbuka untuk memilih pakaian dalam dengan lelaki. Apatah lagi lelaki itu adalah bos aku.

"Biar betul ni!" Aku bercakap sambil pandang juru jual yang tersengih-sengih memandang kami.

"Betullah." Dia tersenyum, macam tidak kekok sahaja dia berada di bahagian pakaian dalam wanita itu. Lengan baju kemeja yang di gulung sehingga ke paras siku menampakkan sedikit aura rugged pada dirinya.

"Saya tak biasalah Kim, maaf."

Aku mengalah bila melihat dia bersungguh-sungguh hendak membelikan aku pakaian dalam. Aku tertunduk, mukaku rasa berbahang. Mungkin sudah bertukar macam-macam warna. Aku benar- benar malu. Tiba-tiba Akim ketawa lantas menghampiri ku.

"Rock pilihlah, saya tak ikut. Saya tunggu di kaunter bayaran."

"Cheq tak tahu." Aku membalas jujur. Dia nampak terkejut.

"Habis selama ni siapa yang belikan?."

"Mak dan abah, yang spender tu abang ngah belikan tu pun kalau kalau cheq yang suruh."

Aku lihat Akim berubah wajah bila aku menjelaskan dengan jujur. Dia menarik nafas panjang. Aku nampak Akim bercakap sesuatu dengan sales girl di situ.

"Perempuan tak pakai spender, tapi panties." Akim berkata perlahan kepadaku lantas meminta sales girl di situ membantu aku mencari pakaian dalam. Macam-macam dia cadangkan kepadaku, namun puas aku cuba mencari seluar dalam idaman aku, tapi masih juga belum ketemu. Perempuan jurujual itu mula nampak bosan melayani aku.

"Cik nak beli yang macam mana sebenarnya?" Dia tersenyum senget. Cara dia memandang aku, memang nampak sangat dia cuak.

"Saya nak hat ada gambaq Superman, ada juai dak?"

Bila aku sebut hendak seluar dalam gambar superman dia hanya tersenyum melihatku. Bukan teruk pun, gambar superman sahaja, bukan aku minta gambar Lee Kwang So pun.

Dia mengeleng, tanda barang yang aku minta tiada dijual di situ. Aku sedikit hampa, maklumlah 'benda itu memang menjadi idaman aku sejak menonton filem Superman Return bersama abang ngah.

My Love BodyguardWhere stories live. Discover now