Part 7

678 19 3
                                    


MIKHA budak baik, sepanjang bersama kami dia memang tidak banyak karenah. Petang itu kami sama-sama menghantar Mikha kepada ibunya. Aku lihat Akim macam berat hendak melepaskan Mikha kepada ibunya, malah Mikha sendiri berat hati untuk berpisah dari kami. Bertalu-talu dia cium pipi aku sampai bibir aku pun dia kucup jugak.

"Sayang mama, nanti Mikha datang jumpa mama lagi."

"Ok, give me five."

Pap! Tangan kami bertepukan.

"Mama, nak sayang lagi!" Aku hulurkan pipi aku untuk dikucup."

"No... no... Mikha kan boyfriend mama, kena kiss di sini!"

Mikha memuncungkan bibirnya lalu terus dilekapkan di bibirku. Aku tergamam dengan tindakan itu. Tetapi bukan aneh pun, aku membiarkan perbuatan itu.

Akim telah air liur bila Mikha cium bibir aku, mukanya merah. Akim menggigit bibir dalam senyuman. Nampak semacam saja.

"Sudah Mikha, papa nak balik ni." Akim memujuk.

"Ok papa!" Kali ini Mikha minta kucupan dari Akim pula. Namun mata Akim menjeling aku. Tsk...

Aku tarik nafas panjang sebaik sahaja Mikha masuk ke dalam rumah. Akim menggamit aku ke kereta. Kali ini dia yang memandu.

"Terima kasih."

Tiba-tiba Akim bersuara dalam perjalanan kami balik ke rumah.

"Kenapa pulak?"

"Tolong jaga Mikha dan terima Mikha."

"Hal kecik je tu, cuma saya tak suka dia panggil saya mama. Rasa macam tua sangat." Aku menjawab jujur.

"Maaf sebab susahkan Aulia."

"Rock ok... Rock, panggil saya Rock." Aku tidak suka sesiapa pun panggil aku Aulia.

"Maaf sebab saya dan Mikha susahkan Rock."

Dia menjawab tenang dengan suara yang mendatar. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa bersalah pula, bukankah Mikha anaknya kenapa aku boleh terang-terang kata tidak senang pada anak dia. Mestilah dia kecil hati. Nama pun hati manusia, bukan hati ayam!

Aku diam sahaja dan dia meneruskan pemanduan dengan tenang. Aku ingin sekali bertanya kenapa dia berpisah, tapi aku tahu itu bukan urusan aku. Maklumlah aku ni hanya bodyguard from Taiping.

Akim langsung tidak bercakap hinggalah kami sampai di rumah. Penat bercampur tidak cukup tidur membuatkan aku hilang mood untuk berbual. Sebaik sahaja masuk ke rumah, aku terus terjah ke bilik. Lalu terus lena sampai langsung tidak sedarkan diri. Ah, mana ada orang lena yang sedar.

AKU memandu dengan kelajuan sederhana, lagipun jalan agak sibuk. Menghantar Akim ke tempat kerja bukan susah pun, yang susahnya hendak menunggu dia habis kerja. Aku tidak tahu hendak buat apa, tambahan lagi Akim tidak mengarahkan aku melakukan kerja-kerja lain selain jadi bodyguard dia.

Dari semalam Akim tidak banyak cakap. Takkan dia sentap sangat bila aku kata tidak suka Mikha panggil aku mama. Betullah sebab umur aku baru sahaja lapan belas tahun, hujung tahun nanti baru masuk sembilan belas tahun. Mikha sudah empat tahun, jadi takkanlah aku jadi mama Mikha masa aku masih di tingkatan 3. Macam mana kalau orang dengar Mikha panggil aku mama.

"Awak duduk dalam office saya dulu, nanti saya minta orang sediakan tempat awak."

Akim mengarahkan aku sebaik sahaja kami memasuki bangunan pejabat dia.

My Love BodyguardWhere stories live. Discover now