CHAPTER 5

4 0 0
                                    

"OPAH!!!"Jerit Amira dengan berlari laju kearah Nek Pah yang sibuk mengayam tikar di bawah pondok.

"Bising la.Bukan lari pun opah tu."

Amira sempat menjeling kearah Adam.Tubuh Nek Pah dipeluk erat.

"Rindunyer dekat opah."

"Dah besar dah cucu opah ni.Makin cantik."Rambut Amira diusap lembut.Amira tersengih.

"Opah sihat?"

"Alhamdulillah,macam sekarang ni la.Cuma tak larat dah nak kejar kamu lari macam dulu lah."Amira tergelak lucu.

"Opah tahu tak Mira rindu sangat dekat kuih koci opah tau sampai termimpi-mimpi."Lengan Nek Pah diraih lembut.

"Dia nak bodek opah lah tu."Sapuk Adam dengan menguis kayu ditanganya.

Laju tanganya mencuit pingang Adam.

"Sakit la.Tangan macam ketam."Gomel Adam dengan mengosok tempat cubitan Amira.

Sempat dia menjeling tajam kearah Adan sebelum melangkah masuk bersama Nek Pah.

___

"Auch."Amira terkecil dek percikkan minya yang terkena pada tangganya.

Tangganya ditarik.Adam membelek.Amira hanya memandang Adam dengan terkejut.Sejak bila dia muncul?Bukan tadi dekat luar ke?

"Sakit tak?"

"Tak.Saya sejuk macam ais."Balasnya dengan muka selamba.

Dia menyambung membuat kerjanya.Belum sempat Amira mahu mencapai sudip,tangan Adam lebih tangkas merampas.

Karipap yang sudah masak diangkatnya.

"Saya boleh buat sendiri la."Kata Amira dengan nada tidak puas hati.Walaupun aku tahu Adam mahir bab-bab dapur berbanding aku.Tapi tak bermakna aku ni lembik sangat sampai kena minyak pun dah loser?

"Jum."Selesai saja angkat.Lengan Amira ditarik kearah singki.

Adam membuka pili air bagi membasahi tangan Amira yang luka.Amira hanya memerhati tingkah laku Adam.Segaris senyuman terukir diwajahnya.

"Terima kasih."Ungkapnya pelahan.

"Be careful lepas ni.Kalau takut sangat letak pelahan-lahan.Jangan campak.Nanti kena muka baru tahu."

Amira menganguk faham.Garang jugak dia ni?'Bisiknya dalam hati.

"Dah siap masak?Maaf la opah pergi kedai depan tu hah tadi?Amira ok ke tadi?Adam ada marah ke?"Nek Pah melangkah dengan tangan beg plastik.

Amira terus berlari mendapat Nek pah.Dia segera mengambil beg plastik dari tangganya.

"Opah ni tak baik cakap Adam macam tu.Adam baik ok."Wajahnya jelas tidak puas hati.Amira tersengih lucu.Alahai comelnya dia buat muka macam tu.Kalau aku dekat dah lama tarik muncung dia.

"Mana tahu Adam ambil kesempatan nak kenakan Mira.Maklumlah Mira bukan biasa dengan kerja dapur.Kamu tu bantu-bantu la si Mira tu.Jangan dok gaduh je dengan dia."

Adam berdecit pelahan.Langkah diatur keluar.Nek Pah tersengih pelahan.

"Tengok la tu.Opah baru cakap macam tu dah merajuk.Buat malu je laki perangai macam tu."

Amira hanya tergelak.Lucu tengok tingkah laku Adam yang macam kebudak-budakkan.

"Banyak opah beli barang.Ada siapa-siapa nak datang ke?"Barang dalam plastik di belek.

"Opah saja beli banyak.Senang nanti.Takdelah keluar rumah banyak kali.Kalau nak harapkan si Adam tu banyak pulak alasan dia."

"Rajin opah ni.Mira kalau dekat rumah beli je dekat luar kalau papa takde.Jarang la kalau nak masak sendiri.Boleh kira dalam setahun berapa kali je Mira masak sendiri."

"Mama mira tak masak ke?"

Kata-kata Nek Pah membuat senyuman Amira mari.Wajahnya ditunduk memandang lantai.

"Mama dah lama takde opah."Katanya pelahan.

Nek Pah terdiam seketika.Wajah Amira dipandang  lama.Seakan tidak percaya dengan kata-kata Amira.

"Mama meninggal selepas setahun kami tinggal dekat sini."Sambungnya dengan mengangkat wajahnya yang sudah berlinang air mata.

Nek Pah terus memeluk tubuh Amira."Maafkan opah.Opah tak tahu yang mama Mira dah..."

"Takpe Mira faham.Lagi pun tak semua orang tahu.Adam pun tak tahu."Air matanya dilap pelahan.

Dia meleraikan pelukkanya."Aish buat malu je.Maaf opah.Opah nak Mira susun barang ni ke?"Barang-barang yang dibeli tadi terus di bawak ke dapur.

Nek Pah memandang Amira dari ekoran matanya.Terasa sedih hatinya melihat wajah gadis dihadapanya.

___

Suasana malam sangat nyaman ditambah pula dengan keindahan bulan penuh.Segaris senyuman terukir diwajahnya.Alangkah indahnya kalau dunia sentiasa malam.Aman dari sebarang bunyi kesibukkan kereta lalu lintas.

"Tak tidur lagi ke?"Dia mengambil tempat disebelah Adam yang duduk diatas beranda.

"Macam mana nak tidur kalau bilik aku jadi tempat persinggahan kau."Perlinya.

Amira tergelak melihat Adam.Marah betul dia bila opah kata dia kena tidur luar semata-mata aku bermalam dibiliknya.

Wajah Adam dipandang lama.Dia seorang lelaki yang dibesar bersama.Makin hari aku tenung dia makin rasa sesuatu yang sukar untuk aku tafsirkan.Dulunya aku sangat membenci seorang lelaki yang menyebabkan keluarga aku hancur.

Tapi dia.Dia mengajar aku satu benda baru dalam hidup.Tak semua orang sama.Hidup ni tak semudah yang kita bayangkan.Tak semua benda boleh hukum dengan mudah.

"Aku tahu lah aku makin hensem.Tapi tak perlu tenung lama-lama."Jelas senyuman lagak diwajah Adam.

"Perasan betul.Saya tengah perhati muka awak tu.Kot la ada buat plastic surgery."

"Eh elok sikit.Aku memang lahir-lahir dah kacak  bergaya.Kau je tak nak mengaku.

"Aqim lagi hensem."

"Siapa?"

Amira terus menukup mulutnya.Alamak terlepas cakap pula.Ni kalau Adam tahu mahu kena bahan habis-habis.Bukan tak kenal perangai Adam ni.

"Takde apalah.Dah la nak masuk tidur.Bye."Langkah disusun masuk kedalam.

"Eleh nak malu-malu pula.Aku bagitau sapa mamat tu.Aqim eh?"Sempat Adam mengenakannya.

Amira yang baru masuk terus berlari keluar menukup mulut Adam.

"Takyah la jerit.Nanti opah dengar la."Marah Amira dengan membesarkan matanya.

Adam tersenyum senget."Opah Mira kan..."Jeritnya sekali lagi.

Paha Adam dicubit."Sakit la ngek."

"Padan muka.Siapa suruh cari pasal lagi."

"Kau suka Aqim eh?"Sakatnya lagi.Amira membuat muka bosan.

Telefon dipoketnya dikeluarkan.Dia terus membuka camera dan menangkap wajah Adam yang tidak bersedia.

"Cun."Telefonya di simpan semula dalam poket.

"Woi, apahal tangkap gambar aku?"

Sempat dia menjelir lidah sebelum melangkah masuk.

LatteWhere stories live. Discover now