CHAPTER 1

10 0 0
                                    

"Woi,pulang balik pen aku!"Jeritan itu membuat satu kelas bergema.Tahap kemarahan Amira sudah kemuncak.Dia terus mara kehadapan kearah sekumpulan manusia gedik serupa sotong korita.

Pen ditanggan Fara dihayun dihadapan Amira.Sengaja mahu mengusik budak mentah seperti Amira.Amira cuba mengambil tapi pen merah jambu miliknya dibaling kearah Wawa pula.

"Aku kata pulangkan pen aku.Kau jangan cabar aku!"Amarah cuba dikawal.Kata-katanya membuat mereka ketawa.

"Kau ingat aku takut dengan kau ke?Dah la budak mentah.Ada hati nak ugut kitaorang."Kata salah seorang dari mereka yang bernama Balqis.

Tubuh Amira terasa ditendang dari belakang menyebabkan dia tersungkur jatuh.Amira memejam matanya.Kali ni tahap kesabarannya tidak boleh ditahan.Dia mengengam tanganya pelahan.

"Kau ni memang lemah lah.Baru tolak sikit dah..."Satu tamparan dilepaskan oleh Amira kewajah Balqis.Suasana menjadi tegang.

"Aku dah cakap elok-elok.Mungkin dengan cara ni orang serupa kau baru nak faham."Balas Amira dengan wajah penuh kebencian.Balqis mengosok pipinya yang merah.

"Berani kau perempuan!"Tudung Amira terus direntap sehingga tertanggal.Tragedi itu membuat Amira hilang kawal sehingga tangganya sekali lagi hinggap ke wajah Balqis.Namun sempat ditahan oleh seseorang.

Amira memandang kearah lelaki yang memengang tangganya.Dia terus melepas tangganya dari pegangan dengan kuat.

Balqis sudah membuat wajah ingin menagis.Dia memang winner kalau bab berlakon.Amira membuat muka menyampah.Rakannya yang lain mula memujuk Balqis.

"Ikut saya ke bilik disiplin sekarang."Tegas pelajar lelaki yang berbaju pengawas sekolah.Amira mengeluh berat.Langkah lelaki itu diikut dari belakang.

____

Habis saja dari kena ceramah percuma dari cikgu disiplin,Amira terus melangkah keluar.Dia memerhati lencananya terkoyak akibat ditarik kuat oleh Balqis.Si gadis sotong korita.

Langkahnya terus diatur masuk kedalam tandas terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas.Tudungnya dicabut dan diletak atas sinki.Rambutnya di ikat kemas.

'Perempuan gila tu memang mengundang kemarahan aku betul.Kalau bukan sebab dia marit aku takkan naik."Gomel Amira dengan memgikat rambutnya.Kali ni dah masuk kali keberapa dia dimarit.Silap hari bulan mahu dia kena buang sekolah.Mentang-mentang dia anak PIBG semua benda dia buat betul.Dunia memang tak adil!

Tudungnya disarung elok ke kepalanya.Dia melangkah keluar."Kalau papa tahu pasal ni mahu kena halau dari rumah.Haish apalah nasib aku ni."Gomelnya sendiri.

Bahunya tiba-tiba terasa berlanggar dengan seseorang.Amira membuat tidak tahu dan berlalu pergi."Awak."Panggil itu membuat Amira mengeluh lagi.

"Apa lagi?Langgar sikit pun nak bising ke hah?Lembik betul."Marah Amira dengan memaling wajah kearah empunya suara

"Awak tak reti nak bersopan santun ke cik kak oi."Mata Amira membulat memandang susuk tubuh lelaki dihadapanya.

Dia mengosok matanya beberapa kali.Aku mimpi ke?Aduh Mira kau mengalamun kut.Mustahil dia sekolah dengan kau.

"Dari dulu sampai sekarang suka sangat mengelamun."Segaris senyuman terukir dari wajah lelaki itu.

"Awak buat apa dekat sini?"Pelbagai persoalan muncul dibenak fikiranya.

Adam tergelak lucu melihat wajah Amira seperti dipukau."Pipi tu asal lebam.Kau baru habis gaduh ke?"Tembak Adam.Soalan Amira dibiar tanpa jawapan.

Amira terus menukup pipinya dengan kedua belah tanganya."Sibuk je nak tahu."Jeling Amira.Adam memandang kearah tanda nama pada tudung Amira.Hanya tertulis nama 'Amira'.

LatteWhere stories live. Discover now