CHAPTER 11

2 0 0
                                    

"Amira."

Langkahnya terhenti apabila satu suara memanggilnya.Dia memandang kearah Neknda juga ke papanya bersama seseorang yang mungkin bakal ibu tirinya.Dua orang lelaki itu mungkin anaknya.

"Sini sekejap."Panggil Neknda yang turut bersama mereka.

Amira melangkah mendekati.Wajah papa dipandang sekilas.Baju sekolahnya yang basah membuat Neknda berkerut.

"Kamu mandi hujan ke?Pergi salin baju.Lepas tu turun makan malam sama-sama."Arah Neknda dengan tegas.

Langkah diatur menaiki tangga.Batuknya masih tersisa.Terasa sesak pada dadanya masih tersisa.

Ubat di laci katilnya terus ditelan.Nafasnya dihembus pelahan.Rasa sakit kepalanya masih terasa.

____

Uhuk..uhuk...

Semua mata memandang kearah Amira yang tiba-tiba saja batuk.

"Kau ok tak?"Bisik Harraz yang berada disebelahnya.Amira hanya mengganguk lemah.

"Bik tolong ambil ubat batuk dengan air suam."Arah Neknda yang mula risau.

Bik Nona terus bergegas pergi."Kita pergi klinik jelah.I tengok teruk sangat je anak you ni."Sapuk Tengku Airin.

"Tu la.Mama pun rasa macam tu.Dah berapa lama kamu batuk ni Mira?"Wajah Neknda dipandang berselisih dengan papanya masih mendiam diri sambil menikmati makannya.

Hatinya terasa sedih melihat riak wajah papanya seperti tidak menghiraukanya.

"Takpela la neknda.Mira batuk je bukan mati lagi sampai nak pergi klinik."Balasnya dengan nada bersahaja.

Pingangnya terasa disiku oleh Harraz.Dia memandang Harraz yang sudah membulatkan matanya.Seakan aku baru tersalah cakap.Tapi betul la apa aku cakapkan.

"Amira,neknda tak ajar cucu neknda cakap tak sopan macam tu."Tegas Neknda.

"Mira salah cakap ke?Bukan betul ke apa yang Mira cakap?"Selamba saja dia membalas dengan muka tak bersalah.

Makanan di pingganya dijamah sehingga habis.Air diteguk habis.

"Mira dah habis makan.Oh ye aunty Airin."Wajah Tengku Airin dipandang sebelum dia berdiri untuk beredar.

"Aunty cantik sangat.No wonder la kalau papa suka auntykan?Dah la cantik.Baik pula tu."Sempat dia menjeling kearah papanya sebelum beredar.

"Aira, mama minta maaf la dengan perangai Amira tu.Dia memang macam tu degil sikit."Pujuk Neknda kepada Tengku Aira.Takut sekiranya menantu kesayanganya terasa.

"Takpe ma.Airin faham."

Lenganya terasa ditarik.Amira memandang Harraz yang menghalangnya.

"Apa?"Tanya Amira hairan.

"Kau ni dah kenapa?"Soal Khairul.Jelas tidak puas hati dengan tingkah laku Amira sebentar tadi.

"Kenapa apa?"

"Aku tahu kau masih marahkan dekat papa kau.Tapi tak perlu la buat perangai depan mak tiri kau."

"Mak tiri?Mira tak pernah ada mak lain tau selain mama.Kenapa susah sangat semua orang nak faham."Marah Amira.Air matanya tiba-tiba saja mengalir.Bukan sedih sebab mak tiri tapi sedih dengan layanan papa sebentar tadi.

"Mira.Aku bukan marah dekat kau.Aduh kau ni jangan la nagis.Aku cuma tegur je perangai kau tu."Gelabah Harraz apabila Amira tiba-tiba saja menangis.

"Panasnya tanggan kau.Kau demam ke?"Tanggan Amira yang disentuh terasa sangat panas.Amira yang masih terbatuk terus ditoleh dengan risau.

"Nak aku suruh papa kau bawak pergi klinik tak?"

"Tak payah nak buat lawak lah Harraz.Papa takkan hirau pasal Mira.Dah la Mira nak masuk tidur."

"Kau ni buat orang risau la.Apa-apa bagitau aku ."Pesan Harraz sebelum Amira melangkah masuk ke biliknya.

Pintu biliknya ditutup rapat.Tubuhnya disandar belakang pintu.Batuknya cuba ditahan.Terasa lemah setiap kali batuknya keluar.

Buku latihan sejarahnya dibuka.Kerja sekolahnya masih banyak belum siap.Laptopnya dibuka.Itulah dia setiap kali buat kerja sekolah mesti layan movie dulu baru mula buat kerja.Katanya tengok movie dapat semangat baru.

Bunyi panggilan dari Erin dibiar saja.Hatinya masih panas dengan setiap kata-kata Erin tempoh hari.

" Mira.Ni bik ada bawak ubat untuk Mira."Suara Bik Nona membuat Amira terhenti.

Ubat yang dibawa dengan air diletak disebelah bukunya.

"Terima kasih kak.Susah je."Sepanjang dia tinggal di rumah jarang sekali dia meminta atau mengarah Bik Nonan macam orang gaji.Biar pun Bik Nona orang gaji tapi baginya Bik Nona seperti kakaknya biar pun usia mereka beza 10 tahun.

"Nanti makan.Jangan curi-curi tak makan eh.Nanti bik sumbat ubat tu karang."Gurau Bik Nona dengan mencuit hidung Amira.

"Akak ni berapa kali Mira kata jangan bahasakan diri akak tu 'bik'.Mira tak suka lah."Luahnya tak puas hati.Baginya perkataan bibik seperti teruk bagi wanitanya seperti Bik Nona.

"Selagi Mira tak makan ubat bik tak nak ubah apa-apa.Bik akan guna panggilan tu juga."Ugutnya dengan segaris senyuman manis.

"Yelah.Mira makan."Ubat yang diberi terus ditelan dengan seteguk air.Bik Nona tergelak lucu melihat tingkah laku Amira seperti kanak-kanak.

"Good.Macam ni lah adik akak.Dah pergi tidur.Nanti lewat nak bangun esok."

"Tak boleh kak.Mira banyak kerja sekolah tak siap lagi."

"Alah siapakan esok je.Bukan Mira selalu tak siap kerja sekolah ke?Sejak bila rajin ni?"Seingatnya Amira ni malas buat kerja sekolah.Mana tidaknya kalau dulu dia lah jadi mangsa untuk siapkan kerja Amira.Tapi sejak Amira besar dia tidak boleh membiarkan Amira terus membuat perangai budak-budaknya.

"Mira memang rajin la.Akak tu yang tak tahu."Balasnya dengan muka tak puas hati.

"Macam ni lah adik akak.Ni nak tidur pukul berapa?Jangan lewat sangat nanti mengangtuk dalam kelas."Pesan Bik Nona.

"Baik,bos.Akak boleh tolong Mira tak?"

"Tolong tengok boleh.Tolong buat no way."

"Bukan.Tolong buatkan air latte.Nak panas tau."

"Amboi,ingat akak ni kedai mamak ke oder-oder."Kepala Amira diusap lembut.

"Yelah nanti akak buat.Dah sambung buat kerja."

"Saranghae kakak sayang."Ucap Amira dengan manja.Tubuh Bik Nona dipeluk erat.

"Love you too budak manja."Pipinya dicuit manja sebelum melangkah keluar.

LatteWhere stories live. Discover now