CHAPTER 8

4 0 0
                                    

"Aku dengar si Mira tu dapat mak baru.Patut la tak datang sekolah semalam."

"Betul ke?"

"Yelah.Kau tak baca artikel dalam internet ke?Bapak dia kan yang CEO perusahaan Blue Diamond Holding tu?"

"Haah la.Aku ada terbaca jugak."

Segala bisiknya pelajar-pelajad lain membuat Amira terdiam membisu.Langkahnya diatur ke tempat duduknya.Satu sticker note terlekat pada mejanya.

'Kesianye kau.Ada mak baru sekarang.Apalah nasib mak baru kau dapat anak macam kau.'

Sticker note dikoyak.Bunyi tepukkan dari belakang menaikkan kemarahanya.

Siapa lagi kalau bukan minah Balqis yang tak putus-putus nak sakitkan hati aku.

"Tahniah la dapat mak tiri."Perli Balqis dengan senyuman sinis.

Amira memandang dengan penuh benci.

"Oh,ye.Jangan lupa sampaikan takziah dekat mak tiri kau sebab dapat anak tak guna macam kau."Gelak mereka.

Amira sudah mengangkat tanggan tapi ditahan oleh Balqis .

"Kau memang tak makan samankan?Kau ingat mentang-mentang bapak kau kaya kau boleh buat sekolah ni macam sekolah kau?"Tengking Balqis.

"Of course,sebab aku kaya.Aku mampu untuk bayar setakat muka kau cacat sebab aku."Sinisnya dengan lagak.

Tubuh Amira ditolak kasar sehingga jatuh.Bucu besi meja mengores bahu Amira sehingga kelihatan koyak pada bajunya.

"Sakit ke?Ops."Gelak Balqis dengan puas.

Bunyi loceng sekolah.Balqis tersenyum sinis kearahnya.Langkahnya diatur keluar dari kelas Amira.

"Mira!"Jerit Erin separa terkejut melihat Amira terduduk jatuh.Dia mendekati Amira yang sudah berubah muka.

Marah.

Geram.

Itu sahaja yang terbuku dihatinya.

"Awak gaduh dengan Balqis lagi ke?Haish,awak ni berapa kali saya kata.Jangan di layan budak tu."Erin sudah mula untuk membebel.

"Erin boleh tolong tak?"

"Tolong apa?"Keningnya diangkat sedikit.

"Tolong senyap."Jeling Amira sebelum melangkah bangun.Dia melangkah keluar dari kelasnya.

"Mira.Awak nak kemana tu?"

Pertanya Erin dibiar sepi.

___

Cahaya matahari yang menyinar ruanganya membuat Amira terjaga.Matanya dibukak pelahan.Dekat mana ni?Asal aku tertidur dalam bilik sakit?

"Mira,awak dah bangun pun.Risau saya tahu."Risau Erin yang baru saja melangkah masuk ke dalam dengan bungkusan nasi ditangannya.

Tubuhku disandar pada dinding.Rasa sakit dikepala masih tersisa.Pandanganku jatuh pada Erin yang menarik kerusi sebelah katilnya.

"Ni aku bawak makanan.Lepas makan baru boleh makan ubat."Erin mengeluarkan makanan yang baru dibeli.

"Dah berapa lama aku tidur tadi?"

"4 jam macam tu.Asal tak bagitahu saya yang awak ada migrain.Risau saya bila awak tiba-tiba pengsan tadi."

"Dah pukul berapa ni?"Jam ditangan Erin ditarik.Matanya membulat melihat jarum sudah menunjuk pukul 3 petang.

Dia terus turun dari katil.Rambutnya segera diikat tocang tinggi.

LatteWhere stories live. Discover now