CINTAIMAMKU7

637 17 2
                                    

Hari semakin berganti, setelah beberapa tahun perkenalan mereka. Rayyan pun terus memberitahu Aisyah bahawa dia mahu masuk islam. Dengan penuh gembiranya Aisyah, ia terus memberitahu rakannya Liyana. Tanpa disedari, Aisyah mendapat panggilan telefon dari ayahnya. Aisyah terus mengangkat telefon. " Assalamualaikum anak ayah, sihat? kat mana tu? Ayah rindu ni bila la anak ayah ni nak balik rumah?". Aisyah pun mengeluh. Ayahnya terus meletakkan telefon. Tiba tiba Aisyah menelefon semula ayahnya. " Ayah kenapa letak telefon?". " Anak ayah ni mesti taknak balik rumah kan? Takpelah, ayah faham anak ayah ni busy banyak kerja kena buat kan? Ayah ni memaksa anak ayah je", dengan suara sedih. Aisyah dengan rasa bersalah dia terus memberitahu " baiklah ayah, Aisyah balik rumah, tapi Ayah jangan sedih sedih ye". Dengan penuh gembira ayahnya terus memberitahu isterinya bahawa anak kesayangannya mahu pulang.

Hari pun semakin gelap, Aisyah pun  bersiap siap nak berjumpa dengan Rayyan. Aisyah pun pening baju mana yang harus dipakainya. Dia pun berfikir dan terus berfikir. Tiba tiba, dia pun memanggil Liyana. " YANA !! YANA !! SINI KEJAP !!, Liyana pun terus pergi ke bilik Aisyah. " Kau apehal menjerit ha? Aku dah la tengah masak. Ape cerr ni??!! dengan muka marahnya, liyana terus ditarik oleh Aisyah. " Kau rasa yang mana baju sesuai aku nak jumpa Rayyan? Aku taktahu ni kau tolong aku ehh." Liyana pun memilih mana yang sesuai untuk Aisyah. Liyana terus mengambil baju "ala ala princess" yang berwarna biru & terus memberi pada Aisyah. Tanpa berkata apa apa Aisyah terus memakainya. " Wahh 😍, cantiknya kawan aku ni 🙈. Dah, kau pergi turun Rayyan dah tunggu kau dari tadi". Aisyah dengan muka malu dia terus keluar pergi bersemuka dengan Rayyan. Rayyan yang sedang memandang pada kawasan Taman ,terus menoleh kepala & terus memandang Aisyah yang cantik sekali pada malam itu. Sungguh tergamam & takmampu untuk berkata apa apa pada Aisyah. Sebelumni, dia tidak pernah melihat Aisyah yang begitu cantik sekali. Tanpa berkata dia terus membuka pintu keretanya.

Setelah sampai di restoran Zainal, dia terus duduk tempat yang sudah ditetapkan. Rayyan dengan tanpa segan dia terus memandang wajah bakal tunangnya. Aisyah dengan segan silu dia terus menunduk kebawah. " Sayang.. kenapa tunduk tu? Malu dengan saya ke? Jangan la malu, biy nak cakap harini sayang sangat sangat cantik. Biy, rasa bertuah dapat wanita secantik sayang walaupun garang tapi hati dia ikhlas menerima biy apa jua. Biy, nak ucapkan terima kasih sangat sangat dekat sayang." Rayyan terus memasukkan tangannya ke dalam poket & mengeluarkan sebuah kotak cincin. " Sayang, sudikah dikau menjadi pemaisuri hidupku untuk selama lamanya?". Dengan muka merah Aisyah, dia pun terus memberi keputusan setuju pada Rayyan. " Terima kasih biy, atas segalanya. Sayang terima biy apa jua kerana hati biy. Maaf kalau selama kita kenal sayang terlalu kasar dengan biy. Terima kasih sudi terima sayang untuk hadir dalam hati biy." Sungguh romantik suasana pada malam itu.

Cinta ImamKu 💕Where stories live. Discover now