Setelah beberapa bulan kemudian perkahwinan Rayyan dan Aisyah pun berlangsung . Terlalu ramai yang hadir pada waktu itu terutama kawan kawan Aisyah & kawan kawan Rayyan juga. Itulah hari yang sangat bahagia buat Rayyan kerana telah memiliki Aisyah & Aisyah pun sudah sah menjadi miliknya 😶.
Hari pun semakin berlarutan , akhirnya selesai juga majlis mereka berdua pada tengah hari tadi . Kini waktu untuk mereka pulang ke rumah keluarga Aisyah . Aisyah dengan muka gembira terus pergi ke suaminya. " Abang , sayang rasa harini adalah hari paling berbahagia sekali sebab memiliki lelaki yang bernama RAYYAN IRSHAD BIN ABDULLAH , terima kasih banyak banyak abang sebab terima sayang apa adanya dan harini kita dah sah menjadi suami isteri" . dengan penuh gembiranya Aisyah pada hari ini . Rayyan terus memegang tangan isterinya dan berkata " Sama sama sayang , abang pun bahagia dapat NUR AISYAH BINTI ANUAR kerana sudi juga menerima abang apa adanya , abang janji abang akan jaga sayang sampai akhir hayat abang ye ". Rayyan terus meletakkan tangannya ke pipi Aisyah dan mencium dahi isterinya . Bagi Aisyah , suaminya sudah cukup melengkapi kehidupan hari harinya.
Mama, kenapa aina taktahu yang Rayyan tu sudah berkahwin ? , marah Aina kepada ibunya kerana tidak memberitahu bahawa bekas kekasihnya itu sudah berkahwin. Aina adalah bekas kekasih Rayyan waktu sekolah rendah dahulu . Dahulu mereka ini saling bercinta antara satu sama lain . Tetapi , akhirnya Rayyan mendapat tahu bahawa Aina ini telah menduakan Rayyan didepan mata dia sendiri. Sejak dari kisah tu Rayyan terus tidak mempercayakan wanita sampai dia bertemu dengan Aisyah . Kerana Aisyah ini telah merubah dia menjadi lebih baik. Mak Aina terus berkata , " macam mana mama nak bagitahu kalau kamu tu terus pergi australia pergi pula ikut jantan mana. Kamu tu perempuan jaga sikit batas kamu dengan lelaki.. ini tak tengah subuh baru balik dengan siapa entah. Macam ni ke nak jadi isteri Rayyan ?" dengan tegas mama Aina berkata padanya . " Alahai , mama aina pergi pun dengan kawan kawan bukan dengan orang lain !! Mama jangan nak sibuk hal Aina boleh tak ?!" , Aima terus berlalu pergi dengan membentak mamanya. " Hah, baguslah ini punya anak, mak nasihat anak meninggikan suara pastu membentak kalau mama ni mati baru kamu tahu ". Sungguk terkilan Puan Rogayah apabila anakmya berkata bergitu padanya.
Back to story pasangan bahagia
" abanggg ~~, nak makan apa apa tak ? sayang nak masak ni ?" , dengan suara penuh kemanjaan Aisyah beri pada suaminya. " iye sayang , sayang harini abang rasa abang nak bawa sayang tempat special.. sayang pergi bersiap ye..", dengan penuh kemesraan layanan suaminya itu. Aisyah pun terus berlalu pergi ke bilik untuk bersiap. Tiba tiba ada 3 helai baju yang sangat cantik di atas katil dengan nota :
*Sayang, ini ada 3 helai baju .. abang belikan untuk sayang pakai malam ni.. abang harap sayang suka baju baju ni.. I LOVE YOU SAYANG ❤*
Sungguh romantis juga Rayyan pada isterinya. Aisyah sangat sangat terharu atas hadiah suaminya itu dan terus memakai baju yang dibeli oleh suaminya. Setelah bersiap , Aisyah terus turun tangga dengan baju yang sangat cantik & padan buatnya itu. Rayyan sangat sangat terkejut begitu cantiknya Aisyah malam tu dan dia tidak menyangka baju yang dipilihnya itu sangat sangat padan buat isterinya. " Abang, terima kasih sangat sangat atas baju yang abang belikan untuk sayang, pandai betul abang pilih ye", tiba tiba Aisyah menitiskan air matanya. " Sayang , kenapa menangis ni nanti comot makeup tu, abang taknak sayang menangis macam ni" , Rayyan terus mengelap air mata isterinya. " Terima kasih abang, sayang cintakan abang sangat sangat sayang harap hubungan ni kita jaga dengan baik dan selalu diredhai oleh Allah" , terus mereka pergi ke tempat yang mahu Rayyan bawa isterinya.
YOU ARE READING
Cinta ImamKu 💕
RomanceKisah Ini Menceritakan Seorang Wanita Yang Bernama Aisyah . Aisyah Ini Seorang Pelajar Kolej UITM . Dia ni seorang yang sangat degil , kuat cemburu , kuat merajuk , ego dan pemarah . Tetapi Aisyah ni seorang yang pandai dan bijak . Aisyah memang tid...