Ezra : Ini kali terakhir saya berada disini ?
Puan Erka : Ye , Ezra . Kamu tahu kan tentang kejadian beberapa hari lalu ? Kamu hampir tidak dapat mengawal kuasa kamu .
Ezra : Tapi , waktu tu saya tengah marah .
Puan Erka : Ibu tahu kamu marahkan ayah kamu , tapi kamu mesti mengawal kuasa kamu juga pada masa yang sama . Jika fikiran kamu bercelaru , kamu mungkin tak dapat kawal kuasa .
Ezra : Hmm ..Ezra masih marahkan ayahnya kerana ayahnya memecahkan batu milik Ezra dengan sengaja . Ayahnya tidak tahu betapa pentingnya batu itu terhadap Ezra . Batu itu adalah hadiah persahabatan dari kawan Ezra .
Ezra : Erh..!
Puan Erka : Ezra , kawal kuasa kamu . Tenangkan diri .
Ezra : Saya .. Cuba ..Puan Erka tahu yang Ezra tidak bercakap benar . Tetapi Puan Erka membiarkan sahaja kerana dia tahu jika Ezra marah , dia memerlukan waktu bersendirian .
Puan Erka : Ibu tinggalkan kamu disini , ok ? Ibu tahu kamu perlukan waktu bersendirian .
Ezra : Terima kasih , ibu .Selepas Puan Erka berlalu pergi , Ezra terus menangis semahu-mahunya kerana dia stress tentang kejadian ayahnya . Ezra tak tahu nak buat apa .
### 1 jam selepas itu ###
Ezra : Ibu , saya pergi dahulu lah . Saya taknak melengahkan masa .
Puan Erka : Haa , elok lah tu .. Baiklah .. Jalan tu hati² ya . Ingat , kawal kuasa kamu .. Kalau kamu tak dapat kawal , ingatlah ayat ini :-Jikalau api yang membara boleh terpadam dengan air ,
Maka hati yang sedang marah juga boleh terhenti tatkala wujudnya rasa tenang dan sabar .Ezra : Baiklah ibu . Saya akan ingat ayat tu .
Puan Erka : Okey , selamat jalan !
Ezra : Terima kasih , ibu !!Ezra berlalu pergi dengan tangisan kerana dia akan berjauhan dengan ibunya , wanita yang selalu mendengar tentang masalah yang dihadapi olehnya . Ibunya juga turut menangis , anak bongsunya akan tinggalkan mereka buat waktu yang amat lama . Tetapi , Ezra mungkin selamat dibawah jagaan kakaknya , Zurka .
Ezra : Selamat tinggal , Kota Galaksi .
### Setelah Sampai Ke Lexelts Academy ###
Ezra : Be..Besarnya .. Macam mana aku nak cari kakak aku ni ? Haishh .. Tanya budak tu jelah..
==================
Taur : Hei , Leo . Tengok tu , mcm budak baru je .
Leo : Boleh buat gang ni .. Tengok dia ni mcm lurus bendul je .
Tarius : Jahatnya , hahaha !!
Pisc : Memang kita jahat pun !! Hahaha !!
Ares : Ish korang ni , dh berapa ramai jdi mangsa kita , dah la tu..
Leo : So kau nak cakap yang kitorang kena stop ? Heh , biarlah !Ares hanya mendiamkan diri kerana dia tahu memang kalah kalau cakap dengan Leo , ketua kumpulan mereka . Tiba² budak baru itu datang kearah mereka .
Ezra : Hello , aku Ezra .
Leo : Aku Leo , dan yang lain² .
Taur : Shaiton .
Leo : Hahaha .
Ezra : Korang kenal Zurka tak ?Mereka terus terkejut mendengar nama 'Zurka' itu . 'Zurka' , perempuan yang mempunyai kuasa untuk mengawal galaksi . Antara kuasa yang terkuat . Mereka juga ada masa lampau dengan 'Zurka' .
Leo : Asal kau cari dia ?
Ezra : Sebab aku nak cari dia la aku tanya .
Leo : Kau jangan dekat dengan dia , dia tu bahaya .. Kekuatan dia mampu menghancurkan gunung !!
Ezra : Woah ..
Leo : Haah , weyh .. Aku pun takut dengan dia .
Ezra : Lagi² ??
Leo : Entah la , tapi janganlah dekat dengan dia . Dahla sombong , garang pulak tu .
Ezra : Haha , lawaklah korang ni . Dahlah , aku nak gi cari dia .
Leo : Weyh !! Kau tak takut ke ?
Ezra : Tak , sebab aku tak buat salah apa pun dekat dia . Selamat tinggal ~
Leo : Weyyy !
Taur : Beraninya dia .
Leo : Tunggu !!
YOU ARE READING
Oneirataxia 1 (Malay)
FantasyDidalam suatu kawasan di bumi , terdapat suatu kerajaan yang terasing dari manusia dan tidak diketahui kewujudannya . Kerajaan itu dikenali sebagai Kerajaan Nelxo . Ini adalah kisah tentang suatu sekolah yang mengajar anak-anak penduduk kerajaan Nel...