BLACKPINK IN YOUR AREA
JENNIE - Korang jom ponteng! tunggu aku dekat depan kolej aku lambat sikit! Aku memang takdak mood nak belajar
LISA - Yup aku pun! Okey aku gerak sekarang
ROSE - Aku ada dekat belakang kolej ni! Dah semua sampai call aku. Aku nak tengok bunga ni kejap!
JISOO- Wae jennie Lisa? Yahh! Ni baru first day kot! Gila ka apa korang ni! Dah balik kelas cepat!
JENNIE - Unnie nak belajar pi belajar sorang aku takmau aku nak balik!
JISOO - okey² aku tunggu.. Make sure cepat sikit!
Jisoo mengeluh ni pasti pasal RV dan TOZ.
"Wae Jihyun? Everything okey?" Nayeon melihat Jisoo yang serabut
"Diorang taknak belajar. Diorang nak balik nak ponteng." Jisoo meluah. Nayeon mengusap badan Jisoo perlahan.
"Okey macam ni. Kita berlima ponteng sebab selepas ni kelas lecturer kita tak datang ganti lecturer lain! Korang lepak rumah aku apa macam? Okey?" Nayeon memberi idea membuat Jisoo menaikkan jari okey.
Skip
Blackpink melihat rumah Nayeon. Mulut mereka terngaga. Nayeon ketawa melihat aksi mereka
"Weh Yeon kau tinggal rumah besar macam ni sesorang kau?" Lisa sudah terkejut. Wahh daebakk berani gila tinggal sesorang!
"Ya aku tinggal sorang. Dah la jom masuk dulu nanti kita sembang puas² kat dalam" Kata Nayeon teruja. Blackpink mengangguk
Skip
Jennie dan Jisoo membantu Nayeon menyediakan makan tengahari manakala Rose dan Lisa memilih DvD yang menari untuk ditonton selepas makan tengahari. Harini mereka nak lepak rumah Nayeon sampai malam.
"Korang makanan dah siap Jom makan!" Laung Nayeon
"Okey!" Balas Lisa
"Wah banyaknya makanan. Nak buat kenduri ke apa?" Ujar Rose. Dia menelan air liur.
Lisa sudah melabuhkan punggung sebelah Jisoo
"Hahaha Jisoo dan Jennie ni lah kalau aku tak hentikan tadi. Lagi banyak diorang masak. Aku tak sangka korang idol pun tahu masak. Aku ni setakat nak bagi lepas perut bolehlah" Ujar Nayeon ketawa
"Ha tu la sebabnya. Jangan pandang kami tak ada mata tau" Ujar Jennie
"Nasib baik la Nayeon ni ada stok barang basah banyak kalau tak ramen la kita tengahari ni" Ujar Jisoo sambil tangannya ligat menyedok nasi ke pinggan mereka berlima
"Weh korang sebelum aku terlupa tugasan Miss Lee mini projek tu nanti kita bincang la alang² dah lepak sampai malam. Alang² korang tidur la sini terus lagipun aku bukan ada sapa yang datang manager aku ja" jawab Nayeon
"Em nanti kita bincang. Jom kita isi perut dulu" Jawab Lisa
Skip
Bunyi hempasan pintu kedengaran kuat! Tak guna! Berani budak² Nerd tu melawan cakap aku!
"Argh sial la!" Irene menjerit mukanya yang cantik tiba² berubah merah
"Irene sabarlah! Nanti kita plan lain macam mana nak ajar budak² nerd tu!" Pujuk Wendy
"Sepanjang kita berada dekat sini semua tunduk dengan kita! Sekor pun tak berani melawan!" Joy mengetap bibir
"Aku akan buatkan geng nerd tu menyesal sebab cari pasal dengan kita" Ujar Yeri tersenyum sinis
"Aku takkan lepaskan Lisa. Berani dia percikkan air milo dekat muka aku!" Ujar Seulgi geram
Skip
Mereka berlima menonton cerita hantu yang dipilih oleh Lisa. Rose dari tadi memang membantah tapi dengan kedegilan Lisa Rose akur
"Wargh hantu" Jerit Rose. Bahunya terhinjut sedikit kerana suara hantu mengilai tangan kirinya memegang bantal kecil di sofa sebelah kanannya memeluk lengan Jennie
"Weh aku takut la tukar la cita lain!" Rose menjerit
"Tak mau. Cita ni best la" Ujar Lisa sambil tersenyum melihat kaca Tv
"Kau ni Lisa dari tadi cerita hantu. Mula² conjering lepas tu hantu badut makan orang lepas tu anabell. Sudah² la tu woi!" Ujar Jisoo benggang. Dia pun takut sebenarnya
"Yah Lalisa!!" Rose menjerit
"Okey² aku mengalah! Kau nak tengok cerita apa?" Lisa mencebik Rose ni tak fun langsung.
Jennie dan Nayeon hanya mendiamkan diri malas nak masuk campur. Nayeon bukan tumpu sangat ke tv sebab semua cerita dia dah tengok. Jennie malas buka mulut dia hanya melihat pergaduhan manja rakannya
"How about love story?" Ujar Rose senyum
"Euw tak ada cita lain ke? Tak habis cerita cinta kau ni!" Lisa membantah. Dia cukup tak suka la perkataan cinta ni
"Aku sokong Rose" Ujar Jisoo. Jisoo ketawa melihat mulut muncung Lisa
"Aku pun sokong Rose" Jennie menjawab. Best apa cerita cinta
"Nayeon kau pun sama ke macam diorang? Katakan la kau pun sama pihak dengan aku" Ujar Lisa sedih
"Em. Aku pun rasa baik kita tengok cerita cinta. Aku ada cerita korea jom tengok Strong Girl Do Bong Soon!" ujar Nayeon teruja
"Hahaha aku menang Lalisa!" Rose menepuk bahu Lisa . Lisa mencebik bibir
Skip
Sejong duduk di ruang tamu. Sejong melihat skrip yang perlu dia hafal. Keropok di sisi diambil dan dimasukkan di mulut
"Gong Woo Jin seorang designer dekorasi di Chaewoon. Bersifat dingin dan tak sukakan stranger. Kemunculan seorang gadis asing dan duduk di rumah sekali dengannya perlahan mula mengubah hatinya." Sejong berkata perlahan. Sejong adalah Lead actor yang perlu bergandingan dengan Shin Hye Sun
Hyung Sik yang kebetulan lalu ke dapur melihat Sejong memegang skrip. Dia melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Sejong
"Kau dapat tawaran belakon lagi ke?" Ujar Hyung Sik
"Ya. Watak kali ni aku dapat aku seorang yang dingin dan fobia terhadap sorang gadis ni!" .
"Bila kau start shooting?"
"Next week. Tadi manager aku datang beri tarikh. So nanti aku tak pi kolej sangatlah"
"Weh mana boleh kau lupa ke kita nak final tahun ni" Hyung Sik membantah. Dia kalau boleh nak konvo sekali dengan rakannya
"Nanti la aku set time atau aku cakap dengan pengarah. Lagipun aku tak sanggup la tinggal korang" ujar Sejong
"Tau pun kau. Aku pun pun last drama Strong Girl Do Bong Soon tu ja. Lepas tu aku habis belajar ni baru aku belakon balik"
Bunyi pintu dibuka dari luar. Kim Soo Hyun melabuhkan punggung di sofa. Kunci kereta dilempar di atas meja. Dia memejamkan kepalanya
"Hyung kenapa ni?" Ujar Hyung Sik
"Aku baru balik dari club. Tak sangka aku jumpa Irene naik rimas aku peluk aku sana sini" Soo Hyun memecik kepalanya
"Awal kau pi club hyung" Sejong menaikkan keningnya
"Saja la aku nak lepas gian. Kau apa tau?" Soo Hyun mencebik
"Hahaha ni hyung Seo Joon mana?" Ujar Sejong
"Dia balik rumah omma dia" Hyung Sik membalas
"Okeylah aku masuk bilik dulu" Soo Hyun bangun dan masuk dalam bilik
Tak ada idea .
Gila hambar .. sory
YOU ARE READING
[ C ] NERD IN LUV [ BLACKPINK ]
Fanfiction✓ COMPLETE START - 05 / 02 / 2019 END - 07 / 05 / 2019 © Beautiful cover by @Jemann- / Pikah 🖤 [ Senah Graphic Shop ] 🌸 © Editor By @Byongchuxx 💛 [ Byong Graphic Design ]🌸